Skip to main content

Hari Keluarga...




Buat julung kalinya pejabat aku ni buat hari keluarga, mungkin sekarang ni dah ada ramai staf maka pihak atasan merasakan pentingnya diadakan hari keluarga bagi mengeratkan silaturrahim dengan staf dan juga keluarga masing-masing, sementelah bial menjadi staf bermakna dah jadi satu keluarga yang besar. Sekalung tahniah aku ucapkan ke jawatankuasa yang telah berjaya mengendalikan program yang boleh di katakan mencatat satu sejarah baru jabatan.









Pelbagai program yang telah di aturkan, termasuk permaianan bola baling dalam bulatan, dart, lontar hula hup, kutip gula-gula untuk kanak-kanak, juga mencucuk benang dapat sedikit sebanyak mengeratkan sesama kakitangan, dalam keseronokkan itu juga masih ramai staf yang tidak dapat datang, mungkin depa ada pelbagai alasan yang tidak dapat dielakkan.. ikut saja lah...











Dan bagi aku, mem aku memang tidak dapat nak ikut serta pasal ada kelas yang tak boleh tidak terpaksa dia kena hadiri, mulanya aku keberatan juga nak pergi, dah maklum yang adik anieq tak ada orang nak ngasuh, tapi pleh kerana angah dia sanggup maka aku attend juga dengan separuh hati,, nak kuatkan sikit ahti nih aku bawak athirah sebagai peneman.. he haa.. dan nampak nya dia enjoy juga lah, mula2 tu macam malu2 saja maklum lah ramai juga yang hadir, tapi bila dah lama sikit, jenuh juga aku nak kontrol, tak bagi dia main panas, tak bagi pi dekat air.. hish, tapi dia manage juga nak join satu acara yang di jalankan, heh sudah semestinya kutip gula-gula.. tapi dia hanya dapat dalam 10 - 15 gula2 saja, he hee jadi lah sebagai permulaan, tu pon dia kecoh dok citer kat orang yang dia dapat banyak gula-gula.. he he kecoh betul... .. he he..











Comments

Popular posts from this blog

Kalau Grab di Perlis - Inspired By Copilot

Entri kira muat...

Kasihani lah....