Skip to main content

Mr Mama.. part 2


Selepas keluar entry tentang Mr Mama kat blog nih, ada juga orang kata, biasa lah kan, kena tinggal dan mengasuh anak ni memang dah kebiasaan orang bekrja, mungkin betul juga apa yang depa katakan, cuma mungkin bagi aku ini satu ujian sebenarnya, mungkin kalau anak yang dah besar macam Athirah, tak lah menjadi masalah sangat, tak susah nak di uruskan, tapi bila nak mengasuh sorang budak yang baru berumur 8 bulan, sebenarnya memang sedikit meresahkan.. kalau dulu masa Athirah lebih kurang umur yang sama, aku cuma mengasuh siang, tidak susah sangat pon, semua keperluan dah di sediakan.. mengasuhnya saja... nih adik Anieq kena mengasuh malam, yang mana pada kebiasaannya malam nih adik Anieq diuliti oleh mama dia.. abahnya hanya tukang bancuh saja.. jadi nampak gayanya kali ni kena belajar menguliti Anieq di waktu tidur la.. tak la susah, jaga susu bila dia jaga saja lepas tu tepuk-tepuk dah lena balik la..


Lebih nak dijadikan kisah, selepas saja mama dia tinggal, Anieq pulak mula selsema dan demam, adeh tak lena malam la jawabnya, pusing sana nangis, pusing sini merengek.. nak pasang kipas hidung dia tersumbat, tak pasang kipas di pulak berpeluh... sampai naik pening abah dia.. kiranya kalau boleh tido 4 jam satu malam kira besar rahmat dia... tapi Alhamdulillah besok tu selepas di beri ubat Anieq cepat lak sembuh, tinggal kahak dia sahaja yang tak habis lagi, kemudiannya cabaran datang lagi, Athirah pulak demam, mungkin berjangkit dari Adik dia.. nasib baik ada ubat adik dia, sambung guna ubat tu saja la, cuma dos dia up kan sikit, tengok dari botol-botol ubat yang lama, akhirnya sembuh juga lega rasanya... sehingga kini dah tak rasa susah sangat nak control depa ni... satu lagi nasib baik pasal ada Angah depa boleh juga tolong pagi-pagi, tak la terlalu kalut sangat... kalau tertinggal apa-apa tu memang dah biasa la.. maklum lah pagi2 tu memang sebuk, kalau malam memang tak leh nak tinggal la..

Tapi semua ni sememang nya banyak beri pengajaran pada aku, bukan senang juga tugas seorang mama, bukan senang juga nak menguruskan anak-anak kecik nih, tapi walau apa pun ku harung juga, pastinya nanti lebih banyak kursus yang mama kena pergi nanti, mesti anak-anak kena tinggal lagi, dan abah kena berjaga juga lagi nanti.. he hee

Comments

kuIna said…
hadiah hari bapa nie...

hehehe

Popular posts from this blog

Kalau Grab di Perlis - Inspired By Copilot

Entri kira muat...

Kasihani lah....