Skip to main content

Kenduri.. suka dan duka

Hari Sabtu hari tu, sempat juga aku singgah kenduri Puan Rokiah yang meninggal seminggu sebelum tu, masih terdapat banyak ruang-ruang sedih di sana sini, walaupun majlis di ceriakan dengan musik iringan, dengan kehadiran rakan taulan serta keluarga untuk memeriahkan susana, tapi wajah kesedihan ada di mana-mana, terutamanya suami dan anak-anaknya termasuk pengantin baru. Walaupun begitu majlis harus di teruskan, panggilan telah di buat sejak awal lagi, begitu juga ikat janji dengan sebelah lelaki, semuanya kena kotakan..
 
Sementelah pulak, si pengantin baru ini di jangkakan akan terbang ke Jepun pada hujung Julai atau awal Ogos nih untuk menyambung pengajian, dua-duang sekali.. jadi walau bagai mana pun semoga mereka tabah mengahrungi semuanya..

Comments

Popular posts from this blog

Kalau Grab di Perlis - Inspired By Copilot

Entri kira muat...

Kasihani lah....