Skip to main content

Eh.. dekat saja



KUALA PERLIS - Sepasang suami isteri terkejut apabila mendapati bayi lelaki pertama mereka tidak memiliki alat kelamin seperti lelaki normal meskipun selepas 10 bulan dilahirkan.
Bayi itu, Muhammad Nabil Mustaqim Rodzake yang dilahirkan di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar pada Ogos tahun lalu hanya mempunyai dua buah zakar namun alat sulitnya tidak kelihatan.Ekoran itu, bapanya, Rodzake Namis, 35, berkata, beliau begitu gusar mengenangkan nasib yang menimpa anaknya yang terpaksa menggunakan saluran najis untuk kencing dan membuang air besar.
"Beberapa minggu selepas Nabil dilahirkan, dia sukar membuang air kencing sehingga perutnya kembung dan doktor terpaksa menebuk lubang untuk sambung saluran kencing ke saluran najisnya."Oleh itu, saya harap bantuan doktor pakar untuk memeriksa keadaan anak saya dan memberi pandangan terutama tentang kesihatan serta masa depannya," kata Rodzake ketika ditemui di rumahnya di Batu 5 di sini semalam.
Rodzake, seorang peniaga kedai makan, memberitahu, anaknya itu juga memiliki kecacatan fizikal lain iaitu tiada kelopak mata, mempunyai sembilan jari, cuma ada telinga sebelah kiri selain mempunyai ruang pernafasan hidung yang sempit... kosmoonline 170609
----------
Kejadian ni berlaku dekat saja dengan kampung aku, sebenarnya aku sendiri tak tahu, tapi kawan aku dok tanya tang mana rumah dia pasal kampung dia dekat dengan rumah aku, aku rasa penah dengaq cite nih, dari mulut ke mulut cumah tak amik perhatian sangat. Aku kenal dengan depa, keluarga depa, sejak dari kecil lagi, malahan tarikh perkahwinan depa sama dengan kenduri kawin aku , juga jarak anak pertama depa hanya 3 bulan tua dari Athirah dan anak kedua (nabil nih..) tua dalam 2 bulan dari Anieq.. cuma Pak Nabil nih (Rodzake..) Lebih muda dari aku... he hee..

Comments

Popular posts from this blog

Kalau Grab di Perlis - Inspired By Copilot

Entri kira muat...

Kasihani lah....