Hmm.. dah lama rupanya aku menghilang kan.. selepas dari entry Arwah Syawal tu terus saja aku diam, tak terkutik-kutik kata orang, entah la orang mana yang kata macam tu.. lepas saja laporan tu aku jadi sibuk la pulak.. entah macam mana boleh jadi banyak keja.. fotostat saja tak berhenti-henti... tak menyempat nak nak guna pc.. balik rumah lak dahjadi maleh nak ngadap pc.. jadi nya sepi gitu la blog ni kan..? Abis bab tu, masuk lak bab raya cina nih, aku sebenarnya tak ada la perancangan apa sangat.. cuma nak dok kat umah saja... boleh layan Anieq yang dak makinkurang tido, tapi nak duduk atas lantai saja keja dia, tapi aku letak la 'toto' kecik tu, jadi dia pon dok tergedang kat situ, dah tu dok cari apa tah kat siling.. dok bilang cicak kot.. he hee jangan ngap ta*k cicak dah la... sekali baru lah perasan yang Adieq Anieq ni dah nak meniarap rupanya, baru dok latih skil nak pusing badan... bila dah tak boleh pusing tu, dia mula ...