Skip to main content

Hari pertama menapak ke masa depan!


Hari ni,
sejarah tertulis lagi,
Athirah bergerak setapak lagi,
Dari alam rumah pengasauh yang dikenalinya semenjak umur 2 bulan, ke alam taska, di mana di dijaga tapi entah lah di manja ataupun tidak,
Tiada lagi dalam lipatan diari hariannya seorang mak tuk, tuk wan chan, maksu dan sebagainya..
Hari pertama,
Paginya, sekitar pukul 7.00 di dah bangun, macam fahampulak pesanan mama dia yang pagi ni dia mula masuk skool (school) , bangun awal tanpa banyak karenah, mungkin dia seronok agaknya nak pergi skool.
sekitar 8.15 pagi,
athirah sampai di skool, mungkin kali pertama masuk skool, athirah terpesona, ramai kawan-kawan, ada duck, ada mickey, ada tweety. Harusnya dia tak mengerti, bahawa hari-hari berikutnya, di skool inilah akanmejadi rumah dan skoolnya di waktu siang. Athirah melihat sana sini, bergerak ke arah duck, mickey dan tweety, tiada reaksi menolak, tiada reaksi memberontak, mahu pun menangis.. mungkin dengan hiasan yang menarik ni, juga ada baby, ada adik, ada kakak, ada abang menjadi athirah leka, ahhh mungkin dia tak sedar inilah dunia barunya... dan sekitar 8.40 pagi abah dan mama melangkah pergi, athirah masih lagi leka dengan duck, mickey dan tweety !!

Comments

Popular posts from this blog

Kalau Grab di Perlis - Inspired By Copilot

Entri kira muat...

Kasihani lah....