Skip to main content

Lingkaran Halo...

GEORGETOWN: Fenomena Halo iaitu lingkaran seakan-akan pelangi mengelilingi matahari, dikesan di beberapa tempat di bahagian pulau negeri ini, petang semalam.
Kejadian itu yang dikesan di antara jam 2.15 petang hingga 2.30 petang, menarik perhatian orang ramai yang menyifatkannya luar biasa.
Bagaimanapun, Jabatan Meteorologi menganggap kejadian itu sebagai fenomena astronomi biasa tetapi boleh mengundang padah jika dilihat terlalu lama.

Pengarah Jabatan Meteorologi negeri, Santhira Segaran, berkata sesiapa melihat matahari secara berterusan ketika fenomena itu, berisiko menjadi buta kerana cahayanya boleh merosakkan retina.
“Tidak ada luar biasa mengenai fenomena itu kerana ia berlaku bila-bila masa apabila kandungan air atau ais pada atmosfera terbias pada cahaya matahari sehingga membentuk beberapa segmen cahaya berlainan.

“Cahaya itu tidak berbahaya kepada tubuh badan, namun jika melihatnya terlalu lama, ia boleh merosakkan mata dan menjadi buta,”katanya ketika dihubungi, semalam.
Mengulas lanjut, Santhira berkata, fenomena halo mempunyai pelbagai jenis, termasuk halo optik yang biasa terjadi apabila ada wap air atau ais di ruang udara.
“Ia berlaku tidak lama, dan tidak membimbangkan,” katanya sambil memberitahu jabatannya tidak merakam fenomena itu.

Sementara itu, pegawai Pusat Falak Sheikh Tahir, Hardi Ahmad, berkata tiada fenomena astronomi seperti gerhana matahari berlaku, semalam.

“Apa yang dilihat itu kemungkinan jerebu sehingga matahari tidak kelihatan seperti biasa,” katanya.

Berita : Berita Harian
Arkib : normasmadi

Hari ni Fenomena Halo jadi di Perlis.
Apa lah petanda,
apakah symtom,
hanya Dia yang tau..
kerana Dia yang boleh membuat segalanya.
Posted by Picasa

Comments

Popular posts from this blog

Kalau Grab di Perlis - Inspired By Copilot

Entri kira muat...

Kasihani lah....