Skip to main content

Selamat Tahun Baru!

Tentang apa sebenarnya entry aku kali ini, aku buat entry tentang tahun baru, reject! aku buat entry tentang angan-angan aku, reject! aku buat entry tentang hari raya aidil adha juga reject! emm ucapan selamat tahun baru pon reject... adus pening kepalo den... aku rasa bukan pasal apa sangat.. cuma pasal internet slow la.. dah dua tiga kali aku buat entry sumer nya tak leh nak hantar..

Ahh sebenarnya kerana apa aku nak buat entry kali ni?

Pertamanya, macam biasa bila dah akhir tahun ni mesti nak review balik segala diari dan juga aktiviti mau pon peristiwa yang kita lalui sepanjang tahun, juga apa yang kita nak cerita mungkin segala kenangan maupun cita-cita dan juga azam sepanjang tahun samada yang berjaya mau pun tidak.. adakah ini yang selalu kita buatkan? check and balance tentang kehidupan yang kita lalui sepanjang tahun.. adakah sanggup kita hadapi tentang diri kita, tentang baik dan buruk diri kita di sepanjang tahun? tapi sebenarnya kalau kita sanggup menghadapinya dan juga sanggup mengakuinya sesungguh nya ianya amat baik untuk diri kita untuk terus maju.. mari lah kita bermuhasabah.. mencari kebaikan dan keburukan diri kita.. yang mana baik kita pertingkatkan.. yang mana kurang baik kita upgradekan juga , dan mana yang tak baik kita review balik.. kalau memang tak leh baik dah.. buang ajer kalau boleh di pertingkatkan.. maka foward pada tahun depan dengan adjusment dan ammenment!


Berbalik pada diri ku.. tahun ni Alhamdulillah, semuanya berlangsung dengan baik.. selepas tahun lepas bahtera kehidupan ku penuh dengan naik turun dek lambungan ombak kehidupan, dan tahun ni bahtera kehidupan aku berlayar dengan tenang, dengan kehadiran isteri dan Athirah, memberi aku keyakinan untuk terus belayar dalam kehidupan ini. Kehadiran Athirah sebenar terus mengikat kami, gelak ketawa, tangis keluh, serta keletah Athirah adalah lagu dan gurindam dalam kehidupan ku kini. Dalam perihal kerja, buat masa ni, aku masih di satu takuk, takuk yang susah nak ku daki, dan untuk aku daki ke takuk yang lebih tinggi memerlukan lebih tenaga dan usaha yang mana tiada sebarang jaminan untuk kejayaan, masih dalam situasi beku.. kalau pasaran saham tu suasana masih belum rugi tapi keuntungan juga belum tiba! so aku aku akan terus monitor keadaan, kalau ada peluang Insyaallah takkan aku lepas kan.

Dan tahun baru bakal menjelang.. aper sebenarnya arah tuju seorang aku dalam tahun 2007 yang bakal menjelang ni!? Dalam mencari azam tahun baru sebenarnya aku masih beku, belum terlintas dan masih tercari-cari.. sebenarnya kemana hala azamku untuk tahun hadapan, apa yang ingin ku capai dalam tahun 2007 ni, juga apakah arah tuju kehidupan aku seterusnya? sebenarnya kalau tahun- tahun sudah memang sebenarnya kita meletakkan satu aras tanda (pancang?) ke mana hala tuju kehidupan kita, dan kita sedaya upaya dengan kederat yang ada, menumpukan pada satu skop kehidupan untuk di capai dan nak di gapai. sebenarnya itu yang aku nak cari sekarang ni, apa skop pencapaian aku tahun depan.. apa yang aku akan tumpukan.. samada pada keluarga semata, atau naik taraf pencapaian aku dalam kerjaya aku, atau keduanya, juga mungkin aku perlu review kerjaya aku sekarang ni, dan mencari alternatif lain.. aku sedar opsyen ni bukan satu yang senang, bahkan adalah mustahil nak di lakukan dalam masa 3 atau 4 tahun ni, tapi aku perlu bergerak... mencari jalan macam mana aku perlu bergerak untuk naik dari satu takuk ke takuk lain yang di atas. semuanya masih dalam pertimbangan... semoga keazaman ni bukan satu angan2 semata2, juga semoga aku di berkati, insyaAllah!

Seterusnya apakah pula hala tuju kepada sangkelu, sebuah coretan yang entah apakah ini, yang entah kepada sapa di tujukan coretan ini, dan entah2 sapa lah yang membaca blog ini.. apa-apa pun sebenarnya aku tetap berterima kasih kepada semua, sesiapa saja yang hadir ke blog ini, terima kasih aku ucapkan! tanpa kehadiran sesiapa ke blog ini sesungguhnya makin kelu lah blog ini, dan tanpa komen dan kutukan dari sesiapa juga takkan berkembang lah blog ini. Untuk seterusnya aku cuba nak baiki cara penceritaan aku, moga jadi lebih baik dan lebih menarik.. sesungguhnya aku terus mencuba.. walaupun sebenarnya aku semakain sedar, bahkan semakin insaf sesungguhnya aku bukan lah sekreatif yang aku sangka, aku juga bukan seorang artis seperti yang aku sangka, juga buka teknikal seperti yang aku sangka.. aku pasrah dan aku akan cungkil sebenarnya siapa la sangkelu ini.. untuk apa dia dilahirkan.. kerana apa dia di ujudkan.. kearah mana dia di tujukan dan kehidpan yang macam mana dia perlukan!

Akhir kata bagi pihak sangkelu sekeluarga, mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha yang bakal menjelma juga Selamat menyambut Tahun Baru 2007 dengan penuh keazaman untuk bermuhasabah diri ke aran peribadi yang lebih baik dan mulia.

Comments

Popular posts from this blog

Kalau Grab di Perlis - Inspired By Copilot

Entri kira muat...

Kasihani lah....