Skip to main content

review seminggu

Isk.. dah lama aku tak menulis.. dalam erti kata betul-betul menulis.. yer lah.. kan aku dah cakap.. aku jadi kelu.. dah tak tau aper sebenarnya aku nak tulis.. yer la.. takkan aku nak tulis diari kat sini.. emm tak de privacy kan?.. emm yer lah.. aku penah cakap.. aku akan tulis apa saja kat sini.. tak kira susah senag, gembira dan sedih.. tapi aku masih tak berupaya nak kongsi semuanya.. biarlah aku tulis yang aku senang, yang aku gembira, dan yang aku tak puas hati tu ada jugak la aku selitkan.. tapi tak menyeluruh la.. kang kengkawan aku kata apa lak kan? ..dan korang pon tentu komplen.. aper lak dalam ni penuh ngan hempasan perasaan saja kan? Jadi biarla aku hempaskan kat tempat lain.

Hari ni, ada la masa aku terluang pasai kena tunggu dewan syarahan.. so leh la aku dok diam2 kat control room ni, dan aku setup balik wireless so leh la online.. walaupon sesekali tu terputus, tapi sekurang2nya leh jugak aku update.. so hari ni juga, dek nak kena jaga dewan.. aku hantar awal anak ke rumah pengasuh.. aku cuma sempat minum jer.. dan juga dua tiga keping biskut sebagai pengalas perut.. dan sampai kat sini tak sempat beli makan pon..nasib baik la ada epal hijau hari tu.. jawab dia akan makan epal lagi la..

Emm berbalik dengan tugas baru aku ni, sebenarnya sementara saja.. (aku harap la).. pasai person in charge dah bertukar tugas, dan sekarang pi kursus kat KL.. aku tak pasti nanti balik ni, dia kena jaga dewan ke tak.. kalau dak mesti kena ada orang lain.. dan aku harap orang tu bukan aku, pasal aku kalau jaga dewan ni masalahnya satu je.. aku buring sangat bila kena buat backdrop ni.. dah le huruf dia kena buat satu2.. pastu kena pasang lak satu..yer lah.. dewan lama.. mesti la tak der screen LCD yang besar tu.. jadi backdropnyer tak der, kena la buat satu2,tahun bila la baru nak leh upgrade.. dah dekat 20 tahu dewan ni.. ada perubahan yang minimal je.. harapnya suatu hari nanti ada la perubahan.

Berbalik pada persekitaran kerja aku sekarang ni, ada banyak perubahan.. sekarang ni dah ada ramai staf baru.. yer la walaupun sepenuhnya staf perpustakaan Perlis, tapi masih lagi di tempatkan di Kangar dan juga kawasan2 lain yang berkaitan.Yang terbaru, 11 orang pembantu perpustakaan pks dan dan 11 penolong pegawai perpustakaan pkas telah di lantik, kesemua mereka ni di lantik memegang jawatan secara kontrak seslama 6 bulan dengan perpustakaan Negara Malaysia , selepas tu akan di sambung semula kalau di perlukan. 11 orang pembantu perpustakaan ni juga setengah adalah terdiri dari pembantu dan PAR yang dah berkhidmat di Perpustakaan desa dan juga bahagian lain, walaupun mereka ni terdiri dari kakitang pks
persekutuan tapi di tempatkan juga di perpustakaan pusat dan Kangar. Oleh kerana tu juga terdapat kekosongan di sesetengah perpustakaan desa, dan juga setengah yang di upgrade dari negeri ke perpustakaan desa persekutuan. NAnti akan ada pengambilan baru la.. nak ganti balik kekosongan yang di tinggalkan.

Hah banyak lak aku punya ceritakan? Almaklumlah.. dah dua tiga minggu aku mengelu, mencari dan menghimpun idea.. atau tak ade ape nak ceta.. nih dah ada la.. pastu takdak lak. Dua tiga ari lepas.. kat umah aku ada gak buat kenduri.. kenduri bersunat anak buah aku.. rasa macam buat sikit2 jer, tapi bila hari kenduri rasa macma besar la pulak, hari kenduri lak tu Athirah macam tak selesa je.. merengek sana, merengek sini, mungkin pasal panas dan jg pasal orang ramai kot, pasal tu tak selesa.. walau apa pun Alhamdulillah kenduri tu selamat di jalankan dan anak buah aku tu pon selamat dikhatankan. Walaupun kenduri kecik, tapi aku masih terasa kemeriahan dia, yer la dah sume sedara mara datang, pastu orang2 kampung pon datang aper tak meriahnya.. emm kalau mak aku ada, pastinya jadi lebih meriah lagi.. yer lah dia kan ramai kenalan dan rakan2, juga murid2 mengaji AL Quran dia tu, tentu lagi meriah! Yang anak menakan aku ni dah tak leh nak jejalan2, tak leh nak bergerak asyik main video games je.. dari pagi sampai la ke malam.. emm senang la bebudak la ni, tak ler boring sangat!
Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting
Bila di ingatkan masa aku khatan dulu.. uhh hampir sebulan baru nak sembuh.. heh dalam 2 minggu tu asyik berkurung je kat umah, dengar kawan2 dok main kat luar, lagi la gelisah.. rasa macam nakbuang jer kain pastu pegi main.. yer lah nak pakai seluar dah luka lom sembuh, tapi nasib baik ler aku kuat iman.. :) kalau tak emm .. ntah la..

Photobucket - Video and Image HostingSetelah dah 5 tahun DYMM Tuanku Syed Sirajjuddin menjadi Agong, kini beliau balik semula ke NegerI Perlis.. kembali menjadi Raja di Negeri yang kecil ini. Semoga kepulangan Tuanku akan menjadikan Perlis lebih Makmur.

Udah ler.. aku letih dan lenguh dah tangan.. bila-bila lah pulak aku sambung!dah ler.. aku letih dan lenguh dah tangan.. bila-bila lah pulak aku sambung!

Comments

Popular posts from this blog

Kalau Grab di Perlis - Inspired By Copilot

Entri kira muat...

Kasihani lah....