Skip to main content

Santai di kampung..

 
 
Syukur juga lah dapat berada di kampung di zaman kobd ni, tidak lah terlalu stress walau tak dapat nak kemana-mana, maklum lah SOP yang ketat. PKP pertama kali, memang mati kutu dibuatnya, dua minggu pertama memang tak kemana-mana, habiskan stok makanan yang ada, makan dan tidur saja. Minggu kedua dah jadi stress, bermula lah nak keluar, dari keluar seorang, jadi berdua (selepas kali ke 3 full PKP) untuk mencari keperluan. Aktiviti di rumah terpaksa di rancang, mau tak mau cari mana-mana ada bonggol tanah cangkul dan ratakan.. hmm dapat juga keluarkan peluh. Selebihnya makan dan tidur, tengok tv dan main internet, masa ni laporan harian tetap menjadi kegemaran.

Kemudian masuk episod baru, berpuasa ala pkp, memang agak mencabar, disamping bekerja dirumah (maksud nya membuat kerja-kerja pejabat di rumah) cukup mencabar, internet menjadi faktor utama cabaran kali ni, internet sebenar nya laju juga awalnya, tapi bila dah ramai mula kerja di rumah, menggunakan sidang video dan bermacam-macam program lagi disini berlakunya kesesakan talian. Semua ni menjadi makin parah bila sekolah pon bermula buat PDPr dengan sidang video dari cikgu-cikgu. Jenuh la .. kalau ada Unifi memang menjadi penawar terbaik. Tapi apa kan daya, infra struktur pon tak ada, kalau ada port-port menjadi pisang goreng panas dikala hari hujan, dalam masa terdekat, habis!

Puasa kali ni memang tak upaya nak ke Masjid terdekat, apa lah lagi masjid-masjid jauh mahupun surau! Semuanya tertutup erat!SOP Sepenuhnya! Jadi pada mas itu kes di Perlis pon tak banyak!
 

Comments

Popular posts from this blog

Kalau Grab di Perlis - Inspired By Copilot

Entri kira muat...

Kasihani lah....