Skip to main content

Jom kita berletiaq : Covid19 & Gelembong Pelancongan

 
Kali pertama bila anda tengok keratan berita ni, apakah pendapat anda?
 
Selepas di umumkan yang Langkawi di buka sebagi projek perintis bagi Program Gelembong (udara?) Pelancongan selepas Covid 19 ini, DG Dr Noorhisham selepas 2 - 3 hari kemudian, mengumumkan bahawa Hospital Langkawi mempertingkatkan kesiap siagaan untuk menambah katil dan fasiliti lain untuk bagi menangani Covid 19 di Langkawi, Hmm.. cuba untuk hadam di situ, macam rela dalam paksa untuk membuka Langkawi untuk Pelancongan.

Kemudian, Air Asia melapor kan hampir 200,000 tempat duduk telah di tempah untuk perjalanan untuk ke Langkawi, tempi tak perasan lak untuk tempoh berapa hari tempahan tu, sebaliknya MAS tak dengar pulak umum tiket yang dah di tempah tapi MAS yang awal-awal lagi mendaratkan pelancong ke Langkawi. hmm.. tentulah penuh Langkawi nanti, tapi kemudiannya KKM umumkan untuk naik kapal terbang kena ada test status kesihatan sebelum boleh datang ke Langkawi, hmmm sekali lagi proses di perketatkan.. 

Semalam, kemarin.. Kuala Perlis meriah kembali, namun paling meriah tentu lah kaunter pemeriksaan kesihatan, ikut laporannya ada yang kelewatan sampai 1 - 1 jam setengah, untuk mendapat satu hasil ujian saliva memakan masa 40 minit, jika ada 3000 pelancong jenuh menanti juga tu, oleh itu KKM cadangkan buat test di mana2 klinik, hasilnya nanti boleh dikepilkan bersama tiket feri boleh terus masuk dalam. Hmmm moga-moga tiada kebocoran proses disitu, moga tiada yang beli result diklinik tanpa mengambil ujian saliva.

Paling sensasi, laporan diatas lah, kerajaan tidak membenarkan balik kampung bagi mengelakkan berlaku penularan wabak ke kampung, dengan itu tidak dapat lah bertemu ahli keluarga. Bila program gelembung (udara?) pelancongan ini bermula, terbaca satu status di FB, tak boleh balik kampung kita buat reunion di Langkawi lah!, eh betul juga disitukan? Tup.. tup, baca berita hari ni, sungguh lah pakat buat reunion di Langkawi, jadi apa gunanya tak boleh balik kampung tapi berjumpa di Langkawi kan? 

Apa-apa pon, dalam keadaan sekarang kita juga faham, tekanan lama tak jumpa keluarga, tidak dapat pergi berlibur dan keluar dari kawasan, memang dah memuncak tekanan dia sekarang, sudah terlalu lama rakyat Malaysia berkurung, menahan diri dari melakukan aktiviti biasa sebelum ni. Apa yang aku harap, masing masing masih dapat rasional dengan keadaan sekarang, kalau sesuatu terlalu cepat diluah kan rasa, takut-takut nanti buruk juga jadinya, bak kata orang utara koho-koho lah, jangan terpa sangat!

Apa-apa pun jga pakat beringat sentiasa, ikut SOP, jangan ikut hati, moga yang dirancangkan ini berjaya, kalau berjaya nanti kita pula pergi, tapi buat masa ni kita perati saja dulu, takkan lari Langkawi di kejar.

Comments

Popular posts from this blog

Kalau Grab di Perlis - Inspired By Copilot

Entri kira muat...

Kasihani lah....