Skip to main content

Pantai Kuala Perlis

 


Banyak yang membicarakannya kat facebook dan media sosial lain, yang menghentam macam biasalah tidak cakna dengan kawasan dan keadaan geografi penduduk setempat, ada juga yang positif kerana bukan hanya Kuala Perlis sahaja kes ini berlaku dan bagi rakyat tempatan mereka juga menyimpan keinginan melihat suasana yang lebih baik. Banyak juga keterlibatan kerajaan dalam menambah baik kawasan dengan menyediakan prasarana yang lebih baik, apa pon keadaa akan makin cepat berubah.. 

Pada pandangan aku banyak faktor yang menjadi punca, 


1) Pembuangan sampah domestik - pembuangan sampah oleh penduduk tempatan, tanpa menguruskan pembuangan sampah kendiri menjadi penyumbang kepada sampah hanyut ini, ramai yang tinggal diatas air eg. Kampung Pulau Ketam, Kampung Puju, Kampung Seberang Ramai dan lain-lain pendidikan pengurusan sampah patut bermula dari rumah.. Lagi cepat kesedaran ini bermula makin cepat sampah hanyut dikurangkan.

2) Sampah hanyut dari bandar - ini juga antara faktor, bila air surut turut membawa sampah dari bandar dan hanyut ke laut, walau ada zon penampan memerangkap sampah, tapi palin utama, kesedaran sivik masyarakat perlu dititik beratkan.

3) Sampah Pelancong - sampah dari pelancong juga turut menyumbang jumlah sampah di pantai, kadang pelancong merungut sampah banyak di pantai, dalam masa yang sama pelancong turut buang sampah dipantai. Sepatutnya tiada bakul sampah bukan faktor membenarkan buang sampah merata-rata, tapi pelancong seharusnya bertanggungjawab dengan sampah yang mereka bawa, bawak lah balik, jumpa tong dimana-mana buang..

Pucuk pangkalnya, kesedaran dari masyarakat adalah faktor utama kebersihan, kalau masyarakat bertanggung jawab menjaga sampah, hasilnya masyarakat sendiri yang dapat menikmati keindahannya. Lebih cantik jika dapat banyakkan lagi program kutip sampah/plogging dijalankan bersama masyarakat, bukan sahaja mencantikkan kawasan malah meningkatkan kesihatan peserta. 

Sekian cadangan saya!

Utusan Malaysia

Comments

Popular posts from this blog

Kalau Grab di Perlis - Inspired By Copilot

Entri kira muat...

Kasihani lah....