Skip to main content

RIWAYAT SEJARAH SAHABAT : ANTARA FAKTA DAN KEKELIRUAN (siri ke-2)

...sambungan semalam
RIWAYAT SEJARAH SAHABAT : ANTARA FAKTA DAN KEKELIRUAN (siri ke-2)
Apa yang berlaku pada zaman sahabat, tidak disaksikan sendiri para pembaca sejarah. Mereka menaqalkannya daripada para mu’arrikhun atau ahli sejarah, seperti al-Tabari. Al-Tabari juga tidak hidup pada zaman berlakunya peristiwa yang diriwayatkannya tetapi beliau meriwayatkan peristiwa tersebut hanya berdasarkan kepada maklumat yang diberi oleh orang lain kepadanya. Oleh itu, dengan cara yang demikianlah maklumat atau riwayat tersebut sampai kepada pengetahuan seseorang. Pendirian al-Quran dalam hal ini sangat jelas seperti yang difahami daripada ayat di bawah:
ŁŠَŲ§ Ų£َŁŠَّŁ‡َŲ§ Ų§Ł„َّŲ°ِŁŠْŁ†َ Ų”َŲ§Ł…َŁ†ُŁˆŲ§ Ų„ِŁ†ْ Ų¬َŲ§Ų”َŁƒُŁ…ْ ŁَŲ§Ų³ِŁ‚ٌ ŲØِŁ†َŲØَŲ§Ų”ٍ ŁَŲŖَŲØَŁŠَّŁ†ُŁˆŲ§ Ų£َŁ†ْ ŲŖُŲµِŁŠُŲØŁˆŲ§ْ Ł‚َŁˆْŁ…ًŲ§ ŲØِŲ¬َŁ‡ِŁ„ِŁŠَّŲ©ٍ ŁَŲŖُŲµْŲØِŲ­ُŁˆŲ§ Ų¹َŁ„َŁ‰ Ł…َŲ§ ŁَŲ¹َŁ„ْŲŖُŁ…ْ Ł†َŲÆِŁ…ِŁŠŁ†َ
(maksudnya) “Wahai orang-orang yang beriman! Sekiranya datang kepada kamu orang yang fasik membawa sesuatu berita maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya menyebabkan kamu menyesal atas perbuatan kamu itu”. (Surah al-Hujarat: 6)

Ayat di atas menjadi dalil tentang kewajipan dalam memastikan setiap berita yang dibawa atau riwayat yang diriwayatkan. Ini sebagai langkah berhati-hati dan menghalang daripada menganiaya orang lain dengan tuduhan yang salah yang akan menyebabkan orang yang tergesa-gesa menghukum dan mempercayai itu menyesal di atas sikap tergopoh-gapah, tidak teliti dan berhati-hati“ (Wahbah al-Zuhayli, Al-Tafsir al-Munir, jil. 26, hlm. 229).
Al-Imam al-Tabari (w, 310) sendiri dalam tafsirnya mengatakan ketika mentafsirkan ayat ini: “Apabila datang kepada kamu orang fasik yang membawa sesuatu berita, (maka) carilah bukti kesahihannya serta pastikan (pastikan kebenarannya). Janganlah kamu tergesa-gesa menerimanya. Ini kerana berita tersebut boleh menyebabkan kamu menuduh kaum yang tidak bersalah dengan tuduhan jenayah disebabkan kejahilan kamu. Maka nanti kamu akan menyesal di atas tuduhan kamu kepada mereka”. (Tafsir al-Tabari, tahzib: Dr. Salah ’Abd Fattah al-Khalidi, jil. 7, hlm. 33)
Berdasarkan tuntutan ayat di atas, adalah menjadi kewajipan setiap Muslim untuk memeriksa dan meneliti setiap berita yang memburukkan para sahabat Nabi s.a.w, iaitu dengan menyemak latar belakang pembawa beritanya dengan menanyakan soalan seperti: siapakah mereka, apakah mereka tergolong dikalangan orang fasik atau tidak. Sekiranya pembawa berita tersebut adalah orang yang fasik, maka berdasarkan ayat ini “sesiapa yang pasti kefasikannya maka batallah perkataannya (hilang kredibiliti) di dalam menyampaikan berita“ . Hukuman ini adalah ijma’. Ini kerana berita yang dibawa itu adalah suatu amanah dan kefasikan pula adalah sebab yang membatalkannya (Ibn al-’Arabi, Ahkam al-Quran, jil. 4, hlm. 147).
Ini adalah disiplin pengambilan berita yang telah digariskan oleh al-Quran. Setiap pengkaji berita mesti melalui kaedah ini. Sekiranya tidak melalui kaedah ini, maka kajiannya adalah tertolak.
Menyemak Sanad
Justeru, mengenali sanad adalah antara kaedah yang telah digunakan oleh para ulama hadis sebagai langkah untuk menghadapi gerakan pemalsuan terhadap hadis (Mustafa al-Siba’i, Al-Sunnah wa Makanatuha fi al-Tasyri’ al-Islami, hlm. 90).
Sanad ialah rangkaian pembawa riwayat (para perawi) yang menyampaikan kepada sesuatu ungkapan, sama ada ungkapan tersebut daripada Nabi s.a.w atau selain baginda (Hammam Sa’id, Al-Tahmid fi ’Ulum al-Hadith, hlm. 14).
Bagi mereka yang kurang memahami bidang ini, suka saya jelaskan bahawa dalam setiap riwayat mempunyai dua bahagian. Bahagian pertama dinamakan dengan sanad iaitu rangkaian perawi. Sementara bahagian kedua ialah matan iaitu teks yang diriwayatkan oleh para perawi tersebut. Bagi memudahkan, dikemukakan di sini satu contoh ringkas dalam memahami hal ini:
Hadis Nabi s.a.w:
: "Ł„Ų§ ŲŖŲ³ŲØŁˆŲ§ Ų£ŲµŲ­Ų§ŲØŁŠ ŁŁ„Łˆ Ų£Ł† Ų£Ų­ŲÆŁƒŁ… Ų£Ł†ŁŁ‚ Ł…Ų«Ł„ Ų£Ų­ŲÆ Ų°Ł‡ŲØŲ§ Ł…Ų§ ŲØŁ„Ųŗ Ų£Ų­ŲÆŁ‡Ł… ŁˆŁ„Ų§Ł†ŲµŁŠŁŁ‡“
“Jangan kamu mencerca para sahabatku. Seandai seseorang kamu membelanjakan emas sebanyak bukit Uhud, tidak akan mencapai secupak atau setengahnya yang mereka belanjakan”.

Bahagian ini dinamakan matan atau teks. Teks sampai kepada kita melalui para periwayat atau rawi. Rawi yang mengumpulkan hadis ini ialah al-Imam al-Bukhari. Beliau sendiri tidak mendengar daripada Rasulullah s.a.w secara langsung, sebaliknya meriwayatkan hadis ini melalui rangkaian para perawi yang dinamakan sanad. Maka sanad hadis ini telah nyatakan oleh al-Imam al-Bukhari seperti berikut:
Ų­ŲÆŲ«Ł†Ų§ Ų¢ŲÆŁ… ŲØŁ† Ų£ŲØŁŠ Ų„ŁŠŲ§Ų³ Ų­ŲÆŲ«Ł†Ų§ Ų“Ų¹ŲØŲ© Ų¹Ł† Ų§Ł„Ų£Ų¹Ł…Ų“ Ł‚Ų§Ł„ Ų³Ł…Ų¹ŲŖ Ų°ŁƒŁˆŲ§Ł† ŁŠŲ­ŲÆŲ« Ų¹Ł† Ų£ŲØŁŠ Ų³Ų¹ŁŠŲÆ Ų§Ł„Ų®ŲÆŲ±ŁŠ Ų±Ų¶Ł‰ Ų§Ł„Ł„Ł‡ Ų¹Ł†Ł‡.
Adam ibn Abi Iyas telah meriwayatkan hadis kepada kami (al-Bukhari). Katanya (Adam): “Syu’bah telah meriwayatkan hadis kepada kami.” Katanya (Syu’bah): “Daripada al-‘Amash. Katanya (Al-‘Amash): ‘Aku mendengar daripada Zakwan, dia meriwayatkan hadis daripada Abu Sa’id al-Khudri yang mengatakan: Sabda Rasulullah s.a.w (lalu disebut hadis atau matan di atas)’.”

Menerusi rangkaian sanad ini, kedudukan para perawi dan cara sesuatu teks itu diriwayatkan akan dikaji dan dinilai. Sejauh manakah keteguhan periwayatan mereka? Setelah selesai kajian sanad, akan dikaji pula keserasian teks atau matan tersebut dengan al-Quran dan riwayat-riwayat lain yang lebih kukuh atau dipercayai.
Antara perkara yang perlu ditekankan dalam kajian kedudukan sanad ialah persoalan mengenali latar belakang setiap individu yang terlibat dalam setiap riwayat. Mahmud al-Tahhan menegaskan: “Dalam kajian sanad, pada asas ia berpegang kepada ilmu Al-jarh wa al-Ta’dil dan sejarah para perawi” (Mahmud al-Tahhan, Ushul al-Takhrij wa Dirasah al-Asanid, hlm. 140).
Al-Jarh wa al-Ta’dil ialah dua perkataan: al-Jarh dan al-Ta’dil. Al-Jarh ialah sifat perawi yang menyebabkan ditolah hadisnya dan riwayatnya tidak diterima. Sementara al-Ta’dil pula ialah sifat perawi yang menyebabkan riwayatnya diterima dan hadisnya dijadikan hujjah. Ini semua berdasarkan ciri-ciri yang mesti dipenuhi untuk dia diterima atau ditolak (Muhammad Adib Salih, Lamahat fi Usul al-Hadith, hlm. 326).
Latar Rawi
Sementara sejarah perawi pula untuk mengkaji sejauh manakah kesinambungan dan keteguhan periwayatan tersebut. Ertinya dua aspek berikut dikaji;
Satu: Al-Jarh wa al-Ta’dil terdiri daripada dua perkataan Al-Jarh dan al-Ta’dil. Al-Jarh ialah sifat-sifat rawi yang menyebabkan ditolak hadisnya dan tidak diterima riwayatnya. Sementara al-Ta’dil bermaksud, sifat-sifat rawi yang menyebabkan diterima riwayatnya dan dijadikan hujah hadisnya. Ini semua berdasarkan ciri-ciri yang mesti dipenuhi untuk seseorang rawi itu diterima atau ditolak.
Dalam ilmu hadis, ada kitab-kitab khas mengenai latar belakang para perawi atau dikenali dengan Kutub al-Rijal ŁƒŲŖŲØ Ų§Ł„Ų±Ų¬Ų§Ł„. Termuat dalam kitab-kitab tersebut latar sejarah perawi dan juga komentar para penganalisa hadis mengenai diri mereka. Di mana, para penganalisa mengkaji kedudukan atau kekuatan setiap perawi dalam periwayatan mereka. Setiap mereka akan dinilai apakah dia kuat atau lemah dalam riwayat, atau mungkin juga seorang pendusta. Di dalam kitab-kitab ini juga akan dibongkar kejahatan para pendusta yang memasuk dan mencipta hadis-hadis palsu. Para ulama hadis telah mengembelingkan usaha yang begitu hebat dalam meneliti dan menilai peribadi-peribadi para periwayat. Sanad adalah pengesan utama dalam mengenali hadis-hadis yang datang daripada para pendusta.
Kedua: Ilmu mengenai sejarah para periwayat atau rawi ini dikenali dengan ‘ilm Tarikh al-Ruwah iaitu Ilmu Sejarah Para Periwayat. Dalam ilmu ini akan dibahaskan mengenai latarbelakang setiap perawi; tarikh lahir, tarikh kematiannya, guru-guru yang dia ambil hadis mereka , tarikh pengambilan hadis daripada guru-guru berkenaan, pelajar yang mengambil hadis daripadanya, negeri dia tinggal, pengembaraannya dalam mengambil hadis, tarikh dia sampai ke negeri-negeri yang diambil hadis daripada tokoh-tokohnya, tarikh pengambilan hadis daripada sesetengah tokoh sebelum tokoh-tokoh tersebut keliru dalam periwayatan dan berbagai lagi.
Ilmu ini sangat penting untuk mengetahui sejauh manakah benarnya dakwaan seseorang rawi bahawa dia benar-benar mengambil hadis daripada rawi sebelumnya. Dengan ilmu ini dapat dilihat sejauh manakah berlakunya kesinambungan sanad, atau ittisal al-Sanad Ų§ŲŖŲµŲ§Ł„ Ų§Ł„Ų³Ł†ŲÆ. Jika sanad tidak bersambung, di mana fakta sejarah rawi menunjukkan dia tidak bertemu dengan perawi yang diambil hadis daripadanya, maka sanad dianggap tidak bersambung atau terputus. Sanad yang tidak bersambung menafikan kesabitan sesebuah hadis, maka hadis dianggap tidak sabit untuk disandarkan kepada Nabi s.a.w. Ini kerana syarat bagi hadis yang thabit ialah bersambung sanad.
Pengkajian sanad dapat menjadi penapis bagi membezakan antara riwayat yang boleh dipercayai dan yang tidak boleh dipercayai. Selepas sanad sesebuah riwayat itu diterima, barulah dapat diikuti dengan kajian terhadap teks atau matan yang diriwayatkan.

dipetik dari DrMaza.Com
bersambung...

Comments

Popular posts from this blog

Kalau Grab di Perlis - Inspired By Copilot

Entri kira muat...

Kasihani lah....