Skip to main content

RIWAYAT SEJARAH SAHABAT : ANTARA FAKTA DAN KEKELIRUAN (siri 1)

Disebabkan ramai yang keliru tentang sejarah sahabat nabi s.a.w terutama yang membabitkan pertelingkahan zaman Saidina Uthman bin 'Affan dan selepasnya, maka di sini saya nukil siri-siri penjelasan tentang hal-hal tersebut;
RIWAYAT SEJARAH SAHABAT : ANTARA FAKTA DAN KEKELIRUAN (siri 1)
Walaupun kedudukan para sahabat begitu tinggi di sisi kaca mata al-Quran dan al-Sunnah, namun kekeliruan akan timbul apabila membaca riwayat yang mengisahkan perihal para sahabat yang dicatatkan dalam penulisan sejarah. Para sahabat kadangkala digambarkan hanya menghayati al-Quran dan al-Sunnah semasa hayat Rasulullah s.a.w sahaja. Adapun selepas kewafatan baginda, maka mulalah timbul beberapa isu besar yang seakan cuba menggambarkan sikap rakus dan tamakkan kuasa sehingga sanggup bertumpah darah semata-mata kerana kepentingan dunia.
Watak yang amat bertentangan antara kesitimewaan mereka yang yang nyatakan oleh al-Quran dan al-Sunnah, dengan riwayat yang termuat dalam buku-buku sejarah. Kebanyakan kitab ini bersumberkan kitab Tarikh al-Umam wa al-Muluk (ŲŖŲ§Ų±ŁŠŲ® Ų£Ł„Ų£Ł…Ł… ŁˆŲ§Ł„Ł…Ł„Łƒ) atau dikenali dengan Tarikh al-Tabari. Membaca kitab ini dan sejarah yang lain tanpa panduan boleh menyebabkan timbulnya keingkaran perasaan terhadap pernyataan al-Quran dan al-Sunnah.
Mengapakah pertembungan yang sebegini boleh timbul? Mana satukah sumber yang telah membohongi kita? Dari sudut akidah Islam, kita wajib beriman al-Quran dan al-Sunnah itu maha benar. Apakah boleh diterima akal untuk menyatakan bahawa Allah S.W.T. dan Rasul-Nya telah menjamin para sahabat, namun jaminan itu tidak terbukti di alam kenyataan. Dengan ini sekali gus menafikan ilmu Allah yang Maha Mengetahui. Namun permasalahannya, riwayat sejarah yang dibaca secara terang dan jelas menceritakan kisah-kisah buruk para sahabat seperti kelemahan pemerintahan ‘Uthman, peristiwa ‘Uthman dibunuh, Perang Jamal, Perang Siffin, peristiwa Tahkim dan berbagai-bagai lagi.
Bagaimanakah kekeliruan ini dilangsaikan?
Sebenarnya, kesemua kekeliruan ini secara umum akan boleh dirungkaikan sekiranya dilakukan melalui dua kaedah utama.
Pertama: Meletakkan al-Quran dan hadis yang thabit sebagai sumber tertinggi seperti yang dilakukan oleh para muhaddithin dalam mengkritik matan hadis. Mereka tidak menerima mana-mana riwayat yang bertentangan secara jelas dengan al-Quran serta tidak dapat ditakwil lagi untuk merongkaikan pertentangan tersebut (Mustaga al-Siba’i, Al- Sunnah wa Maknatuha fi al-Islam, hlm. 99). 
Ertinya paksi dalam menentukan atau mengukur dan mempercayai sesuatu maklumat mengenai sahabat Nabi s.a.w adalah al-Quran dan al-Sunnah, jika seiras dengan kedua sumber itu maka diterima, jika tidak maka ditolak. Secara perlaksanaannya, jika terdapat kisah atau riwayat yang menggambar keburukan sikap para sahabat Nabi s.a.w yang jelas bertentangan dengan al-Quran dan al-Sunnah dengan tidak boleh ditakwil atau dijustifikasikan lagi, ia dianggap tidak benar atau riwayat yang tidak sahih.

Kedua: Menyemak kedudukan para perawi yang membawa riwayat tersebut. Siapakah mereka? Bagaimanakah kedudukan mereka di sisi ilmu al-Jarh wa al-Ta’dil? Ini adalah kaedah yang dituntut oleh al-Quran itu menyemak latar belakang pembawa berita keburukan orang lain atau dengan kata lain mengkaji sanad. Firman Allah S.W.T:
ŁŠَŲ§ Ų£َŁŠَّŁ‡َŲ§ Ų§Ł„َّŲ°ِŁŠْŁ†َ Ų”َŲ§Ł…َŁ†ُŁˆŲ§ Ų„ِŁ†ْ Ų¬َŲ§Ų”َŁƒُŁ…ْ ŁَŲ§Ų³ِŁ‚ٌ ŲØِŁ†َŲØَŲ§Ų”ٍ ŁَŲŖَŲØَŁŠَّŁ†ُŁˆŲ§ Ų£َŁ†ْ ŲŖُŲµِŁŠُŲØŁˆŲ§ْ Ł‚َŁˆْŁ…ًŲ§ ŲØِŲ¬َŁ‡ِŁ„ِŁŠَّŲ©ٍ ŁَŲŖُŲµْŲØِŲ­ُŁˆŲ§ Ų¹َŁ„َŁ‰ Ł…َŲ§ ŁَŲ¹َŁ„ْŲŖُŁ…ْ Ł†َŲÆِŁ…ِŁŠŁ†َ
(maksudnya) Wahai orang-orang yang beriman! Sekiranya datang kepada kamu orang yang fasik membawa suatu berita maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya menyebabkan kamu menyesal atas perbuatan kamu itu. (Surah al-Hujarat: 6).

Inilah adalah teras utama dalam periwayatan hadis. Menyemak sanad yang membabitkan mengkaji latar belakang perawi dan kesinambungan rangkaian periwayatan atau disebut Ittisal al-Sanad (Ų§ŲŖŲµŲ§Ł„ Ų§Ł„Ų³Ł†ŲÆ).
Ini keistimewaan periwayatan dalam ajaran Islam ini.
Terpeliharanya fakta dan kemampuan untuk membezakan antara yang sabit (authentic) dan yang tidak adalah melalui pengkajian sanad sesuatu riwayat. Kata Mahmud al-Tahhan: “Sanad adalah keistimewaan umat Islam yang tidak ada pada umat-umat sebelum ini. Disebabkan tidak adanya disiplin dalam mengkaji sanad, maka kitab-kitab serta kisah para anbiya’ diubah oleh para pendusta dan dajjal”. (Mahmud al-Tahhan, Usul al-Takhrij wa Dirasah al-Asanid, hlm. 139). Ertinya tanpa sanad, semua pihak boleh mendakwa apa yang dia mahu, namun sanad yang akan menentukan sejauh manakah dakwaan itu boleh diterima pakai di sudut keutuhan para perawi dan cara mereka menerima riwayat tersebut. Itulah sanad dan kepentingannya.
Malangnya, bagi sesetengah buku manhaj atau metodologi berkenaan perkara ini jarang dipakai atau diteliti oleh para penulis termasuk yang berkaitan para sahabat. Ini kerana kebanyakan mereka terpengaruh dengan gaya penulisan golongan orientalis yang hanya mencedok apa sahaja yang sampai kepada mereka tanpa melalui suatu disiplin penapisan. Natijahnya, tersebarlah dalam buku sejarah kisah yang tidak dipastikan secara ilmiah tentang kelemahan pemerintahan ‘Uthman, keburukan ‘Aisyah, Talhah, Al-Zubayr, ‘Amr ibn al-‘As, Mu’awiyah dan lain-lain yang terlibat dalam pertelingkahan sesama sendiri. Darjat atau nilai sahabat menjadi begitu rendah. Sekali gus ini memberi ruang kepada golongan Syi’ah untuk menyerang Ahlus Sunnah wal Jama'ah mengenai isu para sahabat disebabkan pengetahuan dan kajian kita tentang hakikat yang sebenar tentang mereka tidak menerusi disiplin yang betul.
Tarikh al-Umam wa al-Muluk atau yang dikenali dengan nama Tarikh al-Tabari dianggap sebagai sumber rujukan sejarah Islam yang paling awal dan terdahulu (Muhammad Fathi ’Uthman, Al-Madkhal ila al-Tarikh al-Islami, hlm. 162) bahkan yang paling penting dan terkenal.
Tarikh al-Tabari adalah himpunan riwayat sejarah yang dikumpulkan oleh seorang tokoh ulama Islam al-Imam Abu Ja’far Muhammad ibn Jarir al-Tabari (Ų£ŲØŁˆ Ų¬Ų¹ŁŲ± Ł…Ų­Ł…ŲÆ ŲØŁ† Ų¬Ų±ŁŠŲ± Ų§Ł„Ų·ŲØŲ§Ų±Ł‰) (w. 310). Al-hafiz al-Zahabi (meninggal 728H) menyifatkan beliau sebagai: “Seorang yang thiqah (dipercayai) lagi benar, seorang hafiz (pakar hadis), tokoh utama dalam tafsir, imam dalam bidang fiqh, masalah ijma’ dan khilaf. Seorang allamah (ilmuwan besar) dalam sejarah dan peristiwa manusia, amat arif dalam ilmu qira’at dan juga bahasa Arab dan pelbagai lagi”. (Al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala’, jil. 14, hlm. 271).
Kebanyakan bahan-bahan sejarah yang ditulis selepas al-Tabari akan menyandarkan kenyataan mereka kapada tulisan beliau sebagai sumber. Dengan lain perkataan, para penulis sejarah yang datang selepasnya menjadikan beliau sebagai rujukan dalam penulisan mereka.
Memandangkan kedudukan Tarikh al-Tabari yang begitu penting, kebanyakan perbincangan ini akan tertumpu kepadanya. Ini bukanlah bererti buku sejarah yang lain tidak perlu diberi perhatian tetapi dengan mengemukakan cara analisis terhadap riwayat al-Tabari, maka ia boleh menjadi garis panduan dalam menganalisis bahan-bahan sejarah yang lain. Manakala bahan yang ditulis oleh penulis-penulis Syi’ah umpamanya yang paling terkemuka ialah Ya’qubi dan al-Mas’udi dan yang seumpamanya, sudah diketahui sikap permusuhan terhadap para sahabat yang sedia tertanam dalam jiwa dan pemikiran mereka. Maka, mengambil khabar seseorang dari musuh ketatnya adalah amat tidak wajar dan terdedah kepada pemalsuan.

dipeti dari Dr.Maza.com
Bersambung

Comments

Popular posts from this blog

Kalau Grab di Perlis - Inspired By Copilot

Entri kira muat...

Kasihani lah....