Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2014

Jom main belon sabun..

Isk ingatkan dah tak sempat berkunjung melihat kucing-kucing comel.. sekali sempat juga.. Program Pertandingan kucing tercanti diadakan di Taman Ular Sg Batu Pahat Perlis... Jadi sebagai melunaskan janji dengan Athirah dan Anieq.. bawak juga depa pi tengok.. Dah abis tengok kucing, arnab bagai.. sambil berekat ada juga depa juai sabun buat buih.. entah juai ka sewa tak paham juga tapi layan aje lagi selagi budak-budak suka kan.. ini anatara kucing-kucing nya.. eh burung pon ada.. dah puas meronda .. main belon pulak

Saya Pinjam ...

Semalam, keputusan UPSR telah diumumkan, ramai ibubapa yang pergi bersama anaknya untuk mengambil resultnya.. harap-harap bagi yang berjaya bersyukurlah.. dan kalau boleh tidak terlalu ditunjukkan kegembiraan yang keterlaluan dihadapan mereka yang kurang berjaya mau pon yang tidak berjaya. Sesungguhnya anak-anak ini masih terlalu mentah.. Bagi yang berjaya Alhamdulillah perkembangan anak mereka mungkin terkedepan dari yang belum berjaya, bukan bermakna anak-anak ni tidak boleh berjaya, bukan juga bermakna mereka tidak pandai.. tapi mereka belum sampai tahap untuk berjaya begitu.. percayalah.. bagi yang belum berjaya harapnya jangan di marahai malahan pujuk sebaiknya.. jalan di hadapan masih cerah..masih luas dan masih banyak kesempatan.  Kata-kata ini saya simpan disini.. yang akan jadikan sepabagi pedoman kerana nanti saya juga akan sampai ketahap ibubapa pada anak2 yang begini.. Ya saya tahu ada ibu-bapa tercedera emosi melihat ibu-bapa lain meraikan kecemerlangan...

Bahaya juga menggunakan gajet untuk kanak-kanak..

IBU BAPA yang membiarkan anak-anak kecil mereka bermain dengan gajet-gajet terkini seperti iPad sebenarnya boleh mengundang bahaya kepada tangan dan jari kanak-kanak tersebut. Penyelidik dari Pusat Pembelajaran dan Terapi Maryland di Amerika Syarikat, Lindsay Marzoli memberitahu, menggunakan skrin sesentuh secara berlebihan boleh menyebabkan kanak-kanak mengalami kesan kesihatan untuk jangka masa panjang. Ini kerana apabila mereka menggunakan skrin sesentuh, mereka tidak membina otot yang diperlukan untuk menulis. "Jika mereka sentiasa bermain dengan iPad dan tidak melakukan aktiviti menulis di atas kertas dan menggunakan pensel, ia boleh menyebabkan otot-otot tangan mereka menjadi lemah. "Apa yang kita lihat ketika ini, ramai kanak-kanak yang mengalami masalah di beberapa bahagian badan membabitkan pertumbuhan otot-otot mereka," ujarnya kepada stesen televisyen CBS . Mudarat Seorang Pakar Kanak-Kanak Pusat Perubatan Greater Baltimore, Dr. Timothy Dora...

Sinaran pagi

Alhamdulillah... Pagi ni dapat saksikan pemandangan ni.. Kerja masuk lewat, Cuti sekolah Dah dua tiga hari bermula, jadi agak boleh berlenggang tangan. Sempat juga tangkap-tangkap gambar...

Drama lagi ..2

Lepas terjadinya drama Athirah menulis surat.. atau kelihatan seperti menulis diari, ada harapan suatu hari nanti dia akan tulis blog.. Itu antara harapan di antara harapan-harapan disebalik hati kecil ayahnya.. Berbalik peristiwa yang terjadi sebenarnya abah dia kena pi Mesyuarat sambil berkrusus di Chenering Spa & Resort di Janda Baik, Pahang, Malaysia. Overall Mesyuarat ini dapat memberikan input-input berkaitan dengan Perpustakaan Gunasama yang selama ni aku hanya tahu akan keujudannya di Jabatan-jabatan.. Berkaitan masalah dan kerenahnya memang aku tak amik port sangat selama ni.. Jadi pelan-pelan juga aku belajar, betapa perpustakaan gunsama ni gaji dibayar oleh jabatan yang dia bertugas, begitu juga dengan anugerah pekerja cemerlang akan berada di hiararki bawah dalam senarai jabatan.. begitu juga dengan perbelanjaan mengurus dan pembelian buku.. tak banyak jabatan yang mengambil berat akan perpustakaan ini. Apa-apa pon aku enjoy juga berada bersama mereka.. ...

Drama lagi..

Aduhai Athirah.... Tiap Kali kena tinggal ada saja lah dramanya... Dengan status anak manja Abah ( walau kerapkali kena marah dengan Abah) namun tetap ada2 saja keletahnya... Mungkin Kali ni Dah makin pandai meluah kan perasaan nya.. Tapi caranya tu tetap mencuit hati....

Selamat Tinggal Pangkor..

Selepas puas bercanda di pesisiran Pantai teluk Nipah.. Lepas makan tengahari maka bertolak balik ke Perlis yang tersayang.. segala kenangan semasa berada disana tetap terpahat dalam ingat, malahan menjadi kenangan yang tak kan luput ditelan zaman. kira-kira jam 1.00 tgh hari berangkat ke Jeti Pulau Pangkor dan sekitar Jam 2.30 petang baru sampai ke Jeti Lumut selepas singgah sana sini ikut laluan feri..  Dalam pukul 3.00 juga bertolak balik ke rumah.. Mulanya lepas naik kereta pakat dok bising lagi la.. makan jajan yang di beli di sekitar Jeti Lumut, tapi belum pon sampai Kawasan Seri Iskandar pakat lena abis dah.. tinggal abah dengan mama saja yang masih segar bersembang-sembang.. Punya lah depa pakat letih, sampai berhenti untuk solat di Hentian Taiping sapa pon tak terjaga.. menyenangkan lah mama dan abah untuk bergilir pergi solat..  opss selfie lagi atas feri masa nak balik kenangan yang ditinggalkan

Hari terakhir di Pulau Pangkor

Hari terakhir di Pangkor.. Dah program habis dari semalam lagi, jadi pagi ni yang tinggal hanyalah aktiviti bebas. Ramai yang memilih untuk pergi snorkling di Pulau-pulau yang berhampiran dengan bayaran sendiri. Pada mulanya aku dengan Athiran, Anieq dan Anief hanyalah bermalasan bermain-main ombak di tepi pantai sajalah.. Ingat tak nak lah bawak depa naik bot meronda-ronda kawasan pulau.. sekali dah mama nak pergi.. budak-budak pon nak ikut.. akhirnya pergi semua lah..