Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2009

Entri hujung tahun...

Sesungguhnya dah lama tak begitu rajin nak nak buat entri kat blog, tapi padahal hampir hari hari aku lawat blog, entah apa yang aku jengok tah? Kenapa aku tak begitu nak rajin buat entry ya? Mungkin pasal malas nak taip, balik-balik taip sebaris dua kat FB itu je, jadi sekarang ni aku on kan twitter bersambung dengan FB dah tu lekatkan papan tempet twitter kat sini, jadi apa yang aku taip kat twitter akan ada kat FB dan juga Blog nih.. itu aje lah curahan aku buat masa ni.. dan kalau yang ada FB jengah saja kat FB aku tuh, kalau tak tgk je lah kat tempelan tuh.. dan bila ada mood aku yang ok aku update juga lah kat sini.  Okeh sedikit pasal aku, sebenarnya tak ada apa sangat pasal aku, masih lagi mengikuti bas yang memberi khidmat dari destinasi ke destinasi, dari kampung ke kampung, taman ke taman... dengan perkhimatan yang tak sepertinya (pasl masih belum ada intenet dalam bas nih, melainkan singgah kat mana2 ada wifi baru leh tumpang, kalau aku online lama bermakna aku ada ...

Hajat lama, menyinar kembali....

Akhirnya cita-cita aku nak kembali aktif berjogging balik tercapai juga, setelah sekian lama aku menantikan saat ini akhirnya menjelma jua. Kisah ni bermula pada hari ahad jalan-jalan kat Alor Setar, terjumpa dengan satu kedai jualan barangan kesihatan, dia promote punya promote tapi tak jalan juga, akhirnya dua buat pemeriksaan dan juga mengukur BMI dan resultnya memang mem aku overweight, aku juga tapi tak bnyk la, jadinya kami decide yang lepas ni balik kena mula balik aktiviti berjogging, dan besoknya maka bermula lah aktiviti jogging nih, tapi aku macam tak bersedia lah pulak, kasutnya entah ke mana, stokinnya entah kemana, tapi mem aku yang baru balik dari kursus tentulah dah ada semua kan, jadinya dua tiga harini aku jadi pengiring saje lah, aku ngasuh bebudak tu sambil jalan-jalan melayan Athirah dan anieq sajalah... Destinasi yang kami pergi sudah semestinya di Denai Larian Pengkalan Assam, dah lain-lainnya tengok je lah gambar di bawah... Adik Anieq juga berjogging di a...

..sedikit laporan kursus..

Alhamdulillah, patang tadi sekitar jam 4.30 petang, aku selamat sampai rumah setelah 3 hari 2 malam berada di Kampus UiTM Merbok Kedah kerana menghadiri kursus Pemantapan Pengurusan Perpustakaan. Prog ram yang bermula pada 7/12 sehingga pukul 2.00 petang tadi telah dengan jayanya aku sudahi setelah menghadapi bebarapa cabaran sebelum menghadirinya. Perjalanan yang lancar cukup melega kan semasa nak daftarkan diri. Walaupun tak la jauh sangat area Merbok ni, tidak jauh juga dengan pekan Perikanan Tanjung dawai yang cukup popular.. dekat juga dengan Pantai Merdeka.. ha hah.. cukup lah tu kan..? Suasana kursus agak santai sebenarnya, tapi menjadi agak kekalutan dengan pengurusan AJK yang macam kurang pengalaman walaupun sebenarnya depa-depa nih adalah Pensyarah Fakulti Teknologi Maklumat.. tapi ,umgkin ini kali pertama menganjurkan seminar macam ni, banyak perkara yang perlu depa titiberatkan, terutama logistic, sasaran peserta, bayangkan untuk modul-modul asas perpustakaan nih peg...

Si Kembang yang membalas jasa...

Mem aku memang tak suka kan kucing, malahan phobia pulak dengan anak kucing, kalau nampak ibu kucing mengonggong anak, maka akan bertempik-tempik histeria lagaknya, bukan nak bukak pekung di dada, tapi sebagai ingatan turun temurun hendaknya, di sebalik ketidak sukaan mem aku tu nampaknya tidak memihak kepada anak-anak dia kerana nampaknya depa suka akan kucing-kyucing yang ada di rumah tu.. walaupun tidak dapat di nafikan bahawa kucing amat kurang sesuai dengan budak=budak ni, jenuh juga aku jadi hakimnya... ...sikembang dan anak2nya Aku pon sebenarnya dah tak amik kucing untuk di bela, yang mana ada di rumah tu sebanrnya adalah dari tinggalan yang lama-lama dari arwah mak aku dulu, uh yang kesian nak buang tuh, ada sekoq nih yang paling lama, kucing ni aku bawak balik dari perpustakaan pasal masa tu kucing di rumah aku pupus terus pasal kena penyakit, kucing ni aku panggil dia musang, pasal bulu dia sungguh meriah warna.. musang ni pulak kucing betina, selama bersama dengan jantan ya...

Jangan harap...

Seperti yang aku bagitau tadi, kalau ikut rancangan nya sementara mem aku nak sampai rumah, Athirah macam biasa aku hantar rumah mak dua, petangnya maksu dia akan hantar balik rumah, manakala angah dia balik naik bas.. Adieq anieq pulak akan duduk di rumah dengan Tok Pah dia, itu yang di rancang dan itu yang telah di janjikan... Tapi tu lah, itu yang di rancang, tak semua yang di rancang itu dapat di laksanakan, petang tadi tunggu punya tunggu Tok Pah tak datang-datang juga , hinggalah Maghrib tak juga sampai-sampai, kemudiannya baru mem aku telefon yang tok pah tak boleh nak mai pasal Kak Chak (kak ipar aku la..) sudah kidnap Tok Pah untuk pi teman dia buat checkup di KMC Alor Setar esok, juga kerana katanya ada majlis kenduri di dua tiga tempat kot nak kena pi, hmmm.. jawab dia lari dari plan la, dalam masa terdesak nih nak buat plan macam mana? Harapnya esok pengasuh adik anieq akan ada di rumah, tidak kemana-mana pasai plan asai tak hantar mengasuh, harapnya dia takdak kenuri mana...

mr mama pt 3..siri 2 -end part 3( i guess...!!ma)

Alhamduulillah.. sudah masuk 4 hari mama pergi berkursus BTN di Kem Mega Crystal, di Kuala Selangor.. dan anak-anak mama ni ( buat masa ni masih anak abah) tidak memberikan banyak masalah, cuma semalam adik sedikit meragam, selepas balik dari makan kenduri, tido dalamsejam lepas tu dia terjaga kerana terbatuk2, entah samada tersedak minum susu, atau pasal dia nak batuk dan selsema pasal semalam lepas saja bagi dia mandi hidung pon beringus, hmm mungkin depa sejuk kot, kat Perlis ni dah masuk musim sejuk (winter wind), siang malam sejuk kalau peluh pon keluar rumah kena angin pasti sejuk, tapi semakin kering sekarang so kena manyak minum air.. Petang nya adik meragam lagi, mungkin nak ajak pergi jalan-jalan, pasal biasanya kalau ada mama measti nak gi jalan-jalan naik keta, jadi dah dua petang aku bawak dia gi jalan-jalan masuk kampung, tapi tak lama la, pasal angin kat luar agak sejuk.. anyway dia meragam semalam mungkin pasal lapar kot, hmm lepas bagi makan, dalam kol 8.30 mlm dia ti...

Kursus...

Besok aku akan menghadiri kursus di UiTM Merbok Kedah, isk jawab dia kena tinggal lah anak-anak aku nih, dah tu bini yang baru nak abis kursus pon tak sempat nak jumpa, hai badan sabo saja la, kalau tak dikenang kan borang prestasi kerja yang perlu di lengkapkan, tak gamak rasanya nak pergi, berat hati ku nak melangkah, tapi apa kan daya aku.. ker ja.. ker ja.. kerja....

mr mama pt 3..siri 1

adeh semalam adik anieq kenakan aku , semalam lepas je maghrib terus dia tido, dengan sesekali meragam nak susu, tapi trus sampai aku masuk tido jam 10.00 malam dia tak jaga, malahan masa aku tukar lampin (pakai buang), dia tak jaga.. aman aku rasa denia ni.. ha ha... sampaikan aku terlena sekalai tanpa sempat nak telefon mama depa.. athirah pon lena awal.. tapi keamanan ku tak bertahan lama dalam kol dua pagi adik anieq jaga, aku pon macam biasa bingkas bangun buat susu dengan harapan dia akan tido balik.. tapi aku kuciwa tak mau dia tido nak ajak aku main juga, mula aku buat derrrk aje, tapi bila dia nak terjun tilam terpaksa aku layan juga la, dalam kol 3.00 pagi selepas aku rasa dia dah puas main, aku nak tido kan dia pakai buaian la, jadi aku keluar bilik dan buaikan dia kat rumah depan, bukan apa takut athirah lak jaga, tapi sekali lagi aku keciwa juga, adik anieq masih tak mau tido, walaupon dah dua botol susu masih dia liat juga, tapi aku gagahi jua, ku pujuk-pujuk sambil berde...

Mr Mama Part 3...

Baru, baru saja keluar.. cerita Mr Mama part 3, yehaa mem aku keluar lagi.. berkursus lagi, kalai ni kena kursus lagi, kali ni kursus Biro Tata Negara, kursus yang tengah top namanya sekarang, di sebut2 di merata-merata terutama nya di Selangor, kerana kerajaan Negeri Selangor telah mengharamkan kursus BTN ni.. dan sayugianya mem aku dapat kursus di Kuala Selangor lah pulak, abis tu macam mana nak ceta lak tu kan? Tadi juga ada kematian dekat umah aku, Tuan Hj Abidin Abu Bakar, memang di kenali di sekitar umah aku ni, dulunya mempunyai sebuah kilang memproses padi, dan antara orang yang berada sekitar kampung aku dan Kuala Perlis, hari ni juga mem aku bertolak ke Kuala Selangor , jadi agak sibuk juga la, keluar dari rumah dalam pukul 6.45pg hantar adik anieq ke rumah opahnya (err pengash aja panggil opah, lepas tu antar angah , lepas tu hantar Athirah pulak, balik lak umah amik mama untuk ke Polimas , lepas tu terus aku balik pergi mengunjung.. lepas tu terus datang pejabat pulak.. hu...

Rumah Idaman...

Isk.. hari ni do termenung sorang-sorang dalam bas, tak keluar beri perkhidmatan pasal driver masih sakit mata, entah kena apa mata dia, masih bengkak dan berair, jadi aku melayan internet sajalah.. selain dari dok melayan Facebook, sambil dok google-google tentang Perlis, manalah tau kot jumpa apa2 yang menarik.. akhirnya dengan tiba-tiba aku terjumpa lak gambar-gambar rumah Perlis nih.. Agak lawa juga rumah dia, agak berkenan di hati, walaupun certain part tu aku tak berapa minat, terutamanya rumah tengah yang bersambung dengan bilik, kalau boleh sediakan rumah tamu yang tak boleh aksses ke bilik tido kan best, ada privacy sikit kalau org pompuan dok kat sana.. Ruang Bilik dan tengah rumah ini ruang depan Ruang Serambi Beranda rumah Tapi kan kalau betui-betui nakbuat rumah ni dengan kayu seperti dulu-dulu memang makan modal besar la.. tapi mungkin konsep dia boleh diambik... sekarang ni nak ari di Perlis pon payah dah, hampir pupus dah pon.. tapi boleh dapat di Mini Malaysia.. di m...