Skip to main content

..kena tag..

Aku telah di tag oleh si Kojah , dah sebulan dah ni, tak sempat aku nak buat.. tapi kesian punya pasal aku buat juga walaupun 'embun pun dah hampir membeku'.. Jadi Buat cik Kojah, harap pueh hati lah yer.. kalau salah silap, tak sedap di dengar harap maap lah yer.. juga sekali lagi maaf pasal lambat bebenor lah nak jawap nih..


ATTENTION
Once you've been tagged you are supposed to write a note with 16 random things, facts, habits or goals about you.
At the end, choose 16 people to be tagged.
You have to tag the person who tagged you (macam mana nak tag dia, dia dah tag aku dan dia pun kena tag..?)
If I tagged you, it's because I want to know more about you.
Note with 16 random things, facts, habits or goals about me...




1: Aku anak cucu Adam dan Hawa, di lahirkan di Planet Bumi.
2: Aku sorang lelaki, bukan wanita..
3: Aku di lahirkan di Perlis, menetap di Perlis, mengaji di Perlis dan kini bekerja di perlis.. 
4: Kerja aku, orang bawahan di mana aku kena buat apa yang bos aku suruh..
5: Aku anak kecik sekali dalam keluarga aku seramai 4 orang (sorang dah meninggal)
6: Aku suka makan, tapi tak cerewet nak makan apa.. kalau ada orang nak masak lagi aku suka..
7: Makanan kegemaran aku ialah laksa Kuala Perlis..(kalau di tambah dengan pulut udang lagi sodappp)
8: Minuman kegemaran aku masa kecik-kecik ialah MILOOO... dah besaq nih tak kesah apa pun..
9: Aku suka ceta-ceta sains fiksyen.. kalau dulu-dulu tu, ada Buck rogers an 21th Century, ada Battlestar Galactica, lagi suka ceta-ceta adventure macam Mc Gyver, james Bond ka.. juga kadang-kadang ceta hospital tu macam Doogie Howser, House ka.. aku layan saja.. 
10: Dulu aku suka tengok wayang.. dan kalau tengok wayang aku suka solo saja.. kalau bawak geng aku tak leh nak tgk la asyik nak sembang saja.. tak khusyuk..
11: Aku mula bercinta sejak umur 11 Tahun.. tapi dalam mimpi.. mula berkenan dengan anak dara orang sejak umur 15 tahun tapi dalam angan-angan saja.. bila remaja aku teringin nak bercinta.. tapi tak dak orang yang berkenan kat aku.. bila dah keja mula pandai bercinta.. tapi tak penah menjadi.. tapi jodoh aku sampai tak sampai setahun dah kawen.. he heee..
12: Aku ada dua orang anak, Nur Saidatul Athirah dan Mohd anieq nu'man.. depa pengubat kalbu manakala mem aku pelengkap hidupku.. hehee
13: Aku sampai sekarang dokmengidam nak sambung belajar.. tapi entah bila waktu aku nak boleh buat tah..
14: Aku suka berkawan, dan aku suka percayakan kawan, dan aku akan percaya sampai yakin yang kawan aku tak boleh di percaya , maka aku tidak akan percaya dah pada dia..
15: Aku suka buat apa yang aku suka, biar orang kata tak suka, tapi bila aku suka, aku akan buat juga.. walaupun kadang-kadang memang patut aku tak suka pun.. bila dah tau macam tu baru lah aku tak suka.. pelik juga kan? mungkin aku jenih yang ketegaq dan juga beban (di baca dengan 'e' bertanda).. semuanya membawa maksud orang degil..
16: Err aku suka jadi kawan korang.. korang suka dak jadi kawan aku..?

.. aku tak nak tujukan pada sapa-sapa lah tag nih, takut lak tak sempat nak baca..


Comments

Neeza Shahril said…
suka! suka! jawapan untuk soalan nombo namblas
zul, apa habaq?
Zul Abdullah said…
baik aidi.. lama tak jumpa..

Popular posts from this blog

Khutbah Jumaat 08112024 - JAIPs secara ringkasnya.

She got the 'P'..