Skip to main content

di tempat baru...


Siaran tergendala sebentar, mungkin hanya itu dapat aku ungkapkan.... sejak aku berpindah kat tempat keja yang baru ni, tak sempat la aku nak berupdate blog, mungkin juga kerana kerja baru ni aku masih terkial-kial lagi, yer lah nak key in data buku bagi aku satu kerja yang baru, dah tu pulak siap ada target untuk sehari la, target untuk seminggu la, target untu sebulan pon ada.. jenuh la aku nak hambat semua tu.. dah tu pulak tengok orang-orang lama buat keja laju je.. aku pon dah jadi pressure, bukan nya depa pressure aku tapi aku sendiri ter pressure nak kejo diorang.. heh ee sabo jer lah kan..

Sekarang ni keja aku dari pukul 8.00pg sampai 5.00petang, memang lah balik awal.. tapi sok sek sana sok sek sini dah jadi 5.30 baru keluar dari opis, lepas tu tunggu kak aku , lepas tu ambik Athirah, jadinya sampai umah dah pukul 6 lebih, nak bolebuat aper yer..? terkelepek kat umah saja la, dah tu malam-malam kot boleh nak update blog, dah kena tido awal.. pasal esok pagi kena bangun awal.. dah tu sekarang ni Athirah dah buang buaian dia, nak tido aku kena ada kat sebelah, dah tu siap dia boleh dok buat aksi bollywood la, hollywood la kat atas tilam, dah puas semua tu baru tertido, kang aku yang dok teman terus tertido sama.. kadang2 tu jaga balik dah kol 2 - 3 pagi, baru nak Isyak.. lepas tu pulak sorang-sorang nak susu, kejap adik, lepas tu Athirah.. lepas tu adik balik.. sedar2 dah pukul 6.00 pg.. isk bangun mandi segala.. pastu bertolak gi hantar adik dan Athirah lepas tu baru gi keja lak.. macam tu la tugas harian aku.. he hee penat jugak tu.. nasib baik lah tak ada jem apa.. kalu tak mau tension tahap dewata hijau nih... 

Ok lah.. nak gi tido dah.. kang ada masa aku hapdet lagi la... 

Comments

Popular posts from this blog

Kalau Grab di Perlis - Inspired By Copilot

Entri kira muat...

Kasihani lah....