Skip to main content

Posts

Showing posts from 2009

Entri hujung tahun...

Sesungguhnya dah lama tak begitu rajin nak nak buat entri kat blog, tapi padahal hampir hari hari aku lawat blog, entah apa yang aku jengok tah? Kenapa aku tak begitu nak rajin buat entry ya? Mungkin pasal malas nak taip, balik-balik taip sebaris dua kat FB itu je, jadi sekarang ni aku on kan twitter bersambung dengan FB dah tu lekatkan papan tempet twitter kat sini, jadi apa yang aku taip kat twitter akan ada kat FB dan juga Blog nih.. itu aje lah curahan aku buat masa ni.. dan kalau yang ada FB jengah saja kat FB aku tuh, kalau tak tgk je lah kat tempelan tuh.. dan bila ada mood aku yang ok aku update juga lah kat sini.  Okeh sedikit pasal aku, sebenarnya tak ada apa sangat pasal aku, masih lagi mengikuti bas yang memberi khidmat dari destinasi ke destinasi, dari kampung ke kampung, taman ke taman... dengan perkhimatan yang tak sepertinya (pasl masih belum ada intenet dalam bas nih, melainkan singgah kat mana2 ada wifi baru leh tumpang, kalau aku online lama bermakna aku ada ...

Hajat lama, menyinar kembali....

Akhirnya cita-cita aku nak kembali aktif berjogging balik tercapai juga, setelah sekian lama aku menantikan saat ini akhirnya menjelma jua. Kisah ni bermula pada hari ahad jalan-jalan kat Alor Setar, terjumpa dengan satu kedai jualan barangan kesihatan, dia promote punya promote tapi tak jalan juga, akhirnya dua buat pemeriksaan dan juga mengukur BMI dan resultnya memang mem aku overweight, aku juga tapi tak bnyk la, jadinya kami decide yang lepas ni balik kena mula balik aktiviti berjogging, dan besoknya maka bermula lah aktiviti jogging nih, tapi aku macam tak bersedia lah pulak, kasutnya entah ke mana, stokinnya entah kemana, tapi mem aku yang baru balik dari kursus tentulah dah ada semua kan, jadinya dua tiga harini aku jadi pengiring saje lah, aku ngasuh bebudak tu sambil jalan-jalan melayan Athirah dan anieq sajalah... Destinasi yang kami pergi sudah semestinya di Denai Larian Pengkalan Assam, dah lain-lainnya tengok je lah gambar di bawah... Adik Anieq juga berjogging di a...

..sedikit laporan kursus..

Alhamdulillah, patang tadi sekitar jam 4.30 petang, aku selamat sampai rumah setelah 3 hari 2 malam berada di Kampus UiTM Merbok Kedah kerana menghadiri kursus Pemantapan Pengurusan Perpustakaan. Prog ram yang bermula pada 7/12 sehingga pukul 2.00 petang tadi telah dengan jayanya aku sudahi setelah menghadapi bebarapa cabaran sebelum menghadirinya. Perjalanan yang lancar cukup melega kan semasa nak daftarkan diri. Walaupun tak la jauh sangat area Merbok ni, tidak jauh juga dengan pekan Perikanan Tanjung dawai yang cukup popular.. dekat juga dengan Pantai Merdeka.. ha hah.. cukup lah tu kan..? Suasana kursus agak santai sebenarnya, tapi menjadi agak kekalutan dengan pengurusan AJK yang macam kurang pengalaman walaupun sebenarnya depa-depa nih adalah Pensyarah Fakulti Teknologi Maklumat.. tapi ,umgkin ini kali pertama menganjurkan seminar macam ni, banyak perkara yang perlu depa titiberatkan, terutama logistic, sasaran peserta, bayangkan untuk modul-modul asas perpustakaan nih peg...

Si Kembang yang membalas jasa...

Mem aku memang tak suka kan kucing, malahan phobia pulak dengan anak kucing, kalau nampak ibu kucing mengonggong anak, maka akan bertempik-tempik histeria lagaknya, bukan nak bukak pekung di dada, tapi sebagai ingatan turun temurun hendaknya, di sebalik ketidak sukaan mem aku tu nampaknya tidak memihak kepada anak-anak dia kerana nampaknya depa suka akan kucing-kyucing yang ada di rumah tu.. walaupun tidak dapat di nafikan bahawa kucing amat kurang sesuai dengan budak=budak ni, jenuh juga aku jadi hakimnya... ...sikembang dan anak2nya Aku pon sebenarnya dah tak amik kucing untuk di bela, yang mana ada di rumah tu sebanrnya adalah dari tinggalan yang lama-lama dari arwah mak aku dulu, uh yang kesian nak buang tuh, ada sekoq nih yang paling lama, kucing ni aku bawak balik dari perpustakaan pasal masa tu kucing di rumah aku pupus terus pasal kena penyakit, kucing ni aku panggil dia musang, pasal bulu dia sungguh meriah warna.. musang ni pulak kucing betina, selama bersama dengan jantan ya...

Jangan harap...

Seperti yang aku bagitau tadi, kalau ikut rancangan nya sementara mem aku nak sampai rumah, Athirah macam biasa aku hantar rumah mak dua, petangnya maksu dia akan hantar balik rumah, manakala angah dia balik naik bas.. Adieq anieq pulak akan duduk di rumah dengan Tok Pah dia, itu yang di rancang dan itu yang telah di janjikan... Tapi tu lah, itu yang di rancang, tak semua yang di rancang itu dapat di laksanakan, petang tadi tunggu punya tunggu Tok Pah tak datang-datang juga , hinggalah Maghrib tak juga sampai-sampai, kemudiannya baru mem aku telefon yang tok pah tak boleh nak mai pasal Kak Chak (kak ipar aku la..) sudah kidnap Tok Pah untuk pi teman dia buat checkup di KMC Alor Setar esok, juga kerana katanya ada majlis kenduri di dua tiga tempat kot nak kena pi, hmmm.. jawab dia lari dari plan la, dalam masa terdesak nih nak buat plan macam mana? Harapnya esok pengasuh adik anieq akan ada di rumah, tidak kemana-mana pasai plan asai tak hantar mengasuh, harapnya dia takdak kenuri mana...

mr mama pt 3..siri 2 -end part 3( i guess...!!ma)

Alhamduulillah.. sudah masuk 4 hari mama pergi berkursus BTN di Kem Mega Crystal, di Kuala Selangor.. dan anak-anak mama ni ( buat masa ni masih anak abah) tidak memberikan banyak masalah, cuma semalam adik sedikit meragam, selepas balik dari makan kenduri, tido dalamsejam lepas tu dia terjaga kerana terbatuk2, entah samada tersedak minum susu, atau pasal dia nak batuk dan selsema pasal semalam lepas saja bagi dia mandi hidung pon beringus, hmm mungkin depa sejuk kot, kat Perlis ni dah masuk musim sejuk (winter wind), siang malam sejuk kalau peluh pon keluar rumah kena angin pasti sejuk, tapi semakin kering sekarang so kena manyak minum air.. Petang nya adik meragam lagi, mungkin nak ajak pergi jalan-jalan, pasal biasanya kalau ada mama measti nak gi jalan-jalan naik keta, jadi dah dua petang aku bawak dia gi jalan-jalan masuk kampung, tapi tak lama la, pasal angin kat luar agak sejuk.. anyway dia meragam semalam mungkin pasal lapar kot, hmm lepas bagi makan, dalam kol 8.30 mlm dia ti...

Kursus...

Besok aku akan menghadiri kursus di UiTM Merbok Kedah, isk jawab dia kena tinggal lah anak-anak aku nih, dah tu bini yang baru nak abis kursus pon tak sempat nak jumpa, hai badan sabo saja la, kalau tak dikenang kan borang prestasi kerja yang perlu di lengkapkan, tak gamak rasanya nak pergi, berat hati ku nak melangkah, tapi apa kan daya aku.. ker ja.. ker ja.. kerja....

mr mama pt 3..siri 1

adeh semalam adik anieq kenakan aku , semalam lepas je maghrib terus dia tido, dengan sesekali meragam nak susu, tapi trus sampai aku masuk tido jam 10.00 malam dia tak jaga, malahan masa aku tukar lampin (pakai buang), dia tak jaga.. aman aku rasa denia ni.. ha ha... sampaikan aku terlena sekalai tanpa sempat nak telefon mama depa.. athirah pon lena awal.. tapi keamanan ku tak bertahan lama dalam kol dua pagi adik anieq jaga, aku pon macam biasa bingkas bangun buat susu dengan harapan dia akan tido balik.. tapi aku kuciwa tak mau dia tido nak ajak aku main juga, mula aku buat derrrk aje, tapi bila dia nak terjun tilam terpaksa aku layan juga la, dalam kol 3.00 pagi selepas aku rasa dia dah puas main, aku nak tido kan dia pakai buaian la, jadi aku keluar bilik dan buaikan dia kat rumah depan, bukan apa takut athirah lak jaga, tapi sekali lagi aku keciwa juga, adik anieq masih tak mau tido, walaupon dah dua botol susu masih dia liat juga, tapi aku gagahi jua, ku pujuk-pujuk sambil berde...

Mr Mama Part 3...

Baru, baru saja keluar.. cerita Mr Mama part 3, yehaa mem aku keluar lagi.. berkursus lagi, kalai ni kena kursus lagi, kali ni kursus Biro Tata Negara, kursus yang tengah top namanya sekarang, di sebut2 di merata-merata terutama nya di Selangor, kerana kerajaan Negeri Selangor telah mengharamkan kursus BTN ni.. dan sayugianya mem aku dapat kursus di Kuala Selangor lah pulak, abis tu macam mana nak ceta lak tu kan? Tadi juga ada kematian dekat umah aku, Tuan Hj Abidin Abu Bakar, memang di kenali di sekitar umah aku ni, dulunya mempunyai sebuah kilang memproses padi, dan antara orang yang berada sekitar kampung aku dan Kuala Perlis, hari ni juga mem aku bertolak ke Kuala Selangor , jadi agak sibuk juga la, keluar dari rumah dalam pukul 6.45pg hantar adik anieq ke rumah opahnya (err pengash aja panggil opah, lepas tu antar angah , lepas tu hantar Athirah pulak, balik lak umah amik mama untuk ke Polimas , lepas tu terus aku balik pergi mengunjung.. lepas tu terus datang pejabat pulak.. hu...

Rumah Idaman...

Isk.. hari ni do termenung sorang-sorang dalam bas, tak keluar beri perkhidmatan pasal driver masih sakit mata, entah kena apa mata dia, masih bengkak dan berair, jadi aku melayan internet sajalah.. selain dari dok melayan Facebook, sambil dok google-google tentang Perlis, manalah tau kot jumpa apa2 yang menarik.. akhirnya dengan tiba-tiba aku terjumpa lak gambar-gambar rumah Perlis nih.. Agak lawa juga rumah dia, agak berkenan di hati, walaupun certain part tu aku tak berapa minat, terutamanya rumah tengah yang bersambung dengan bilik, kalau boleh sediakan rumah tamu yang tak boleh aksses ke bilik tido kan best, ada privacy sikit kalau org pompuan dok kat sana.. Ruang Bilik dan tengah rumah ini ruang depan Ruang Serambi Beranda rumah Tapi kan kalau betui-betui nakbuat rumah ni dengan kayu seperti dulu-dulu memang makan modal besar la.. tapi mungkin konsep dia boleh diambik... sekarang ni nak ari di Perlis pon payah dah, hampir pupus dah pon.. tapi boleh dapat di Mini Malaysia.. di m...

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Hmmm.. sudah 3 hari berhari raya, baru terlintas nak ku coretkan disini, ntah lah.. sungguh aku jadi malas+segan+tak rajin nak mengupdate kat sini, macam sudah mau berputus arang, tapi nehi-nehi tak akan aku berpatah arang di sini, walaupun pelan-pelan kayuh kata orang, asalkan terus tak tertinggal di belakang dah kira ok lah kan..? Kenapa harus aku segan+malas+tak rajin nak update blog nih, mungkin juga kerana aku asyik melayan FB, FV dan sebagai nya, membawa dari rumah ke pejabat, dari pejabat bawak balik kerumah.. aduhai sungguh aku addicted to FB, ... Sebelum apa-apa baik aku update tentang raya sikit, tentang Anieq sikit, tentang athirah sikit, ada juga coretan yang leh tinggal dan tak tanggal kat sini kat? Raya haji tawun ni bagi aku sungguh slow lah, tak ada majlis korban di masjid, hmm entah pasai apa tah, adakah pasal tiada yang sumbangan untuk di buat di masjid, juga mungkin kekurangan orang nak pesah (berkerja) kat masjid, hanya ada dua kumpulan pada hari raya pertama, satu...

Adek Anieq lagi....

Adeh la.. adik Anieq buat halagi la... entah pasal apa, mungkin pasal mama dia dah balik ka, atau mungkan pasal   terlalu suka dia dah boleh merangkak sana sini, boleh berdiri sambil pegang kerusi dan bangku, boleh duduk walaupun didudukkan maka malam dia setelah tidor dari pukul 9.00 malam, bangun pukul 1.30am.. dan terus dok merangkak, memanjat orang dan duduk, serta terjun tilam, selama hampir 3 jam, fuhh dah pukul 4.00am baru dia nak tido, tu pon aku masukkan dalam buaian, tak sampai 10minit masuk buaian elok pulak dia lena..aku dah tak ngantu, jadi aku ngadap laptop mem la.. entah sampai kol berapa baru nak ngantuk pulak, mem aku mestilah tengah lena setelah seharian dok dalam kereta dalam perjalanan balik... Kisahnya mem aku bertolak balik selepas dari amik exam kursus dia tu, lepas exam ada majlis penutup kursus, jadi ting tong pi, ting tong mai, pukul 11.00am baru bertolak balik, sampai Jitra dalam pukul 6.30 ptg, aku pulak keluar rumah dalam pukul 5.00ptg, selepas solat...

Cinta di hujung usia.. di petik dari majalah Pancing Nov 2009

AlKisahnya s Anieq...

Sudah lama rasanya aku tak update pasal anak-anak aku nih, hmmm etah kenapa aku jadi sibuk yang tak menentu, tak ketahuan apa yang di sibukkan.. tetapi itu la yang pastinya sekarang memang aku sibuk dengan depa dua la, al maklumlah aku membujang sementara bersama dua orang anak aku ni.... Anieq nih sekarang dah pon setahun, tapi agak perlahan perkembangan dia, emm tu la ada kalanya dalam ramai2 tu ada jugak yang slow nya, aku tak pasti kenapa, mungkin pasal dia dua kali masuk wad hari tu, juga mungkin pasal susah sangat nak lepaskan dia, asyik nak pegang, dukung dia saja.. he hee.. jadi di umur setahun ni dia masih baru nak belajar merangkak, tapi dalam masa yang sama dia juga dah boleh 'didudukkan'.. juga sekarang ni dah pandai merayap sendiri , bangun sendiri untuk merayap sambil dok pegang kerusi, mungkin dia rasa dah ketinggalan jadi dibuatnya sekali gus merangkak , duduk dan berdiri dalam masa sebulan nih... tak pa Anieqkan?.. usaha tangga kejayaan..  Sekarang ni m...

Mr Mama..Season Two Pt 1

Seperti yang telah aku nyatakan pada catatan ringkas dua tiga hari lepas, sekarang ni mem aku sedang menghadiri kursus (ntah apa tah.. ) di Institut Aminuddin Baki Genting, jadi dengan sendiri nya aku mengisytiharkan diri ku bujang kembali tapi bersama dua anak.. hmm boleh ka begitu.? ---gambar kredit to nazim-- Hari pertama aku lalui seperti biasa la, tiada apa yang janggal, begitu juga dengan anak-anak, maklum la bila time cuti Ahad, mama depa memang kerja, jadi dah jadi kebiasaan la.. pagi dalam kol 9.30am pi hantar mem kat Jitra untuk tumpang kawan dia yang nak bertola ke Genting, bawa Athirah sama.. dia cool aja walaupun dalam keta tu dok atas riba mama dia saja.. hmm macam tau saja nak kena tinggal. --mereka-mereka yang kena tinggal-- Malamnya baru la bermula episode tanpa mama di sisi, hmm adik lena awal dala jam 7.00 malam.. terus sampai bawak masuk bilik tak jaga, tapi dalam pukul 4.00pg dia terjaga, macam biasa nak susu.. jadi bancuh kan kat dia terus tido balik sam...

Banjir di Perlis..

Hari tu kan ada hujan lebat, errr sejak hari Jumaat hari tu .. hujan 2 hari yang berturut-turut dan agak lebat serta tak berhenti memang membawa kemungkinnan akan banjir, tapi baru jer dua hari dah berhenti, jadi aku rasa tak akan banjir lah Perlis tahun ni, tapi tak tepat adanya, walaupun tak sempat tengok berita tapi ada kawan-kawan bagitau yang air dah mula naik pada hari Ahad tu, jadi semestinya aku tak berpeluang pi tengok mau pun nak main-main dengan air banjir... Tadi sempat juga meronda-ronda melihat kawasan-kawasan yang masih di genangi air, terutamanya jalan Santan nih.. air dah surut tinggal dalam 1 kaki saja gih.. jadi tak de la gah nya nak menunjuk2.. cuma sebagai satu catatan je la... lebuhnya biarlah gambar yang bercerita..

.. di kala mata hampir berlabuh..

Di kala mata mata hampir berlabuh, di malam nan sunyi ini,... daku terkenang akan laman, yang sudah lama tidak aku jengah.. laman di mana aku dulunya sering titipkan nota sepi, sedih, keciwa, bahagia, dan suka.. .. terasa rindu ku makin sarat, .. sabarlah, mungkin nanti ada masa dan ketika, akan aku titipkan kembali semua nota-nota, segalanya...

Mencari pensil warna Athirah...

Isk.. entah macam mana aku nak mulakan, dah lama jari jemari aku tak menari kat keyboard nih untuk mencoret bait-bait kata, bercerita serta berkisah kat sini, entah apalah virus yang sedang melanda diri aku ini. Bila dah selalu ber blog aku tergoda pulak dengan facebook, tapi tetap jugak ku jengok kat sini, walaupun tidak ku tinggalkan jejak. Harapan aku agar jemari ku ini akan kembali cargas kat sini nanti.. sabo saje la... Apa-apa pun, terigin lak aku nak singkap kisah Sabtu lepas, di mana seharian hari tu Athirah dok sebut nak pensil warna saja, bangun-bangun tido dah dok sebut2.., mungkin juga dia teringatkan pensil warna Syafik & Nafis yang tak puas dia godam dulu, dah di bawak lari .. he hee tersebut-sebut macam tu, hmm jadi ingat petang sikit boleh lah cari kat mana-mana, tapi tengahari tu ada makan-makan kat rumah Tok Ngah depa kat Kodiang. De ngan anggapan yang masa balik nanti boleh cari pensil warna dia kat Wah Siah ka, Din Borong ka, tak pun kat kedai Rm2.00 saja pun...

Kisah 2 Jejaka, 1 dara dan sorang mama...

Hehe.. tak ada apa apa kisah pon sebenarnya, hanya setelah lama tak makan bihun sup kat gerai dekat dengan rumah ni, dulu ianya agak femous juga lah, tapi semenjak dua menjak selepas isteri Harun ni meninggal kerana kanser payudara maka perniagaan dia pun jadi slow, aku tak pasti samada kerana isteri dia, atau kerana harun tu sendiri yang melariskan perniagaan dia.. jadi semalam tiba-tiba saja mama budak2 nih ajak pi situ, jadi on sajalah pasal keta pon nak kena boh minyak.. ..bihun sup Harun Setelah sekian lama tak makan bihun sup dia, rasanya dah banyak berubah, kalau dulu tuh memang kaw-kaw punya sedap, dah tu berminyak-minyak lemak dia.. hmm itu yang aku jarang makan tuh, kang banyak sangat minyak dan lemak tak baik unuk kesihatan... masa sampai kat kedai bihun sup ni dah pukul 6.15 petang, suasana petang yang agak malap seolah nak hujan tu menjadikan suasana malam lebih terasa.. Duduk saja terus saja order 2 bihun sup biasa dan satu bihun sup kosong untuk Athirah & ad...

Dari Minda Tajdid - Di Mana Hendak Diperolehi Teman Yang Sejati

  Antara kemanisan hidup ini apabila seseorang memiliki sahabat yang setia tanpa sebarang kepentingan. Namun hal yang seperti ini amat sukar untuk diperolehi di dunia ini, sekalipun ramai yang selalu mendakwa dia adalah sahabat setia kita. Kita tidak tahu sejauh manakah dakwaan itu sebelum adanya ujian yang sebenar. Ramai yang pernah mendakwa sedemikian tetapi terbukti berbohong apabila ujian datang melanda. Bahkan banyak persahabatan dalam dunia ini pun terjadi di atas kepentingan tertentu. Maka tidak hairan jika ia akan berakhir disebabkan kepentingan tertentu jua. Bahkan ada persahabatan yang diasaskan di atas kejujuran namun berakhir disebabkan kepentingan. Memiliki persahabatan yang jujur dalam ertikata yang sebenar adalah nikmat kehidupan. Namun ia sebenarnya sukar untuk diperolehi secara meluas di alam maya ini melainkan dalam sejarah kehidupan golongan yang beriman dalam makna yang sebenar. Bahkan baginda Nabi s.a.w. menjamin bahawa sesiapa yang mempunyai sahabat ta...