Dalam kemeriahan menyambut Aidil Adha@Raya Haji@Raya Korban ni, berlaku satu insiden yang aku kena catat di sini, dalam masa kerja-kerja menyembelih ,melapah dan menghiris daging kambing dan lembu korban ni, salah seorang kawan aku ni, telah tidak sedarkan diri semasa menolong kerja-kerja melapah kambing, anak-anak jemaah lain yang nampak terus membawa ke ruang luar masjid dan memberi pertolong setakat yang mampu, tapi tidak berjaya menyedarkan dia, dan ambulan pon di panggil.. setelah di masukkan air melalui drip, dia pon di bawa ke hospital, aku tak tahu keadaan dia, tapi daari kabar yang aku terima ada yang mengatakan tekanan darah nya naik melampau, ada juga yang mengatakan yang akibat tekanan darah yang tinggi menyebabkan berlakunya pendarahan otak, walaupun begitu masih tidak terdapat berita yang sahih, yang pastinya dia masih belum sedarkan diri, semoga kawanku ini akan cepat sembuh dan sihat seperti sediakala... selepas di masukkan air melalui drip, bersedia utk di hantar k...