Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2008

Sehari bersama..

Okeh, hari nih ada entry lewat di publishkan, entry larut semalam, dimana siang tadi aku berdua-dua saja dengan Athirah.. hu huu sebenarnya budak nih selsema, bersin dan berhingus saja, dah di bagi ubat namun tak jalan juga , masih nak buas juga... hmmm sebenarnya tadi aku ke Polimas Jitra, mem aku nak menguruskan beberapa perkara yang perlu di lakukan segera, mem aku akan menghadiri satu temuduga pada 3/12/2008 di Politeknik Sultanah Bahiyah di Kulim Kedah. Jadi kena buat segera la, kalau tak aku kena cuti lak kan hari ni, tapi walau bagai mana pun lusa, Selasa dan Rabu terpaksa la aku bercuti.. okeh cerita pasal si Athirah ni kan akan aku masukkan di sini  .. jumpa disana yer..?

Raja Perempuan Besar Perlis Mangkat

R aja Perempuan Besar Perlis Mangkat KANGAR, 28 Nov (Bernama) -- Raja Perempuan Besar Perlis, Tengku Budriah Tengku Ismail, 84, mangkat di Hospital Kuala Lumpur pada 3.47 pagi tadi. Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu mengumumkan kemangkatan bonda Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail itu melalui stesen Radio Malaysia Perlis sebentar tadi. Almarhum adalah Raja Permaisuri Agong yang ketiga antara 1960 dan 1965 dan menjadi Raja Perempuan Perlis bermula 1945 sehingga kemangkatan almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail pada 2001. Jenazah almarhum diterbangkan dari lapangan terbang Subang ke Alor Star dan dibawa ke Istana Arau untuk membolehkan rakyat memberi penghormatan terakhir bermula tengah hari ini sebelum disemadikan di Makam Diraja Arau selepas solat Asar. Md Isa berkata, bagi menghormati kemangkatan itu, bendera dikibarkan separuh tiang selama tiga hari bermula hari ini dan semua acara keramaian dan berbentuk hiburan ditangguhkan.

Pulau Ketam.. Kuala Perlis

Pulau Ketam, sebuah delta yang terletak di muara SungaiPerlis. Kuala Perlis pada masa itu bukan sahaja menjadi tumpuan bot-bot tempatan, tetapi juga "tongkang cina" dan "tongkang keling" agi Import Barangan Seperti Arang, Lembu, Kerbau Dari Siam , Cili Kering, Bawang, Bijian Kopi Serta Beberapa Barangan Lain Dari Pulau Pinang. Mereka Juga Menjadi Agen Menjual Candu Masak Kepada Orang Ramai.. sebab itu ia juga pernah menjadi pusat pentadbiran kastam kuala perlis pada tahun 1934 - 1938 (sumber: kastam perlis  ) -jambatan lama menghubungi Pulau Ketam dengan Tanah Besar Kuala Perlis pemandangan Pulau Ketam sekitar 70an hingga 90an antara kuala sungai yang yang tedapat di Pulau Ketam  ni adalah keadaan rumah-rumah di Pulau Ketam zaman tu..  berpelantar da bertiti kan kayu-kayu bakau sahaja ..  dan sekarang dah masih lagi berpelantar dan ber titi kayu tapi jalan dah bertar la.. kira nya dah banyak membangun nih.. rumah dah makin cantik dan moden Tapikan kenapa aku ceta p...

Hujan Monsoon...

Nampak gayanya.. hujan monsoon datang lagi, diantara musim pertukaran musim nih, hujan menjadi lebat malah boleh membawa kepada banjir.. biasany sebelah Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur akan di landa banjir.. dan negeri -negeri lain akan terkena tempiasnya.. begitu lah biasanya terjadi.. untuk tahun ni kita tunggulah tengok macam mana.. kalau kena air laut musim pasang besar bertambah-tambah lah teruknya,air yang mengalir dari daratan ke laut tapi sebak naik balik akan menjadikan banjir bertambah buruk.. moga tahun ni tidak lah menjadi macam tu yer...  Tadi masa balik dari keja, hujan lebat dah mula turun, berbanding semalam walaupun gelap sepanjang hari, tapi hujannya tak der la lebat pon, tadinya mentari bersinar terang, bercahaya menyuluh segenap alam, ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan mula di tengah hari.. adeh.. layan sajala gambar di bawah..  hujan yang lebat, cermin kereta pon jadi kelabu nih.. nampak tu awan tebal, membawa hujan sepanjang perjal...

Award from Ixora..

Terima Kasih Ixora kerana menyedia dan memberikan award yang sungguh 'comey' nih, sayang sikit dah tertimbul sedikit kekeliruan kt sini, award nih untuk aii ker untuk mem aii, pasal dia tulis untuk kakak sikelu.. tapi walaubagaimana pun saya terima sajaa.. mungkin kerana tak berkenalan maka kita tak kenal, bila dah berkenalan maka tak timbul lah kekeliruan kan... waalaubagaimana pun saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas penghargaan ini.. ini adalah award ke dua..  Terima Kasih Ixora..! (len kali kalau buat lagi, bagi lagi ekkkk.. jangan lupa tau...!!! :)  )

Sehati berdansa....

Apa lah yang dua beranak ni buat kan? Konon-kononnya sehati berdansa lah kan? Padahal tak penah tingok pon sehati berdansa tu, tak la masa memula dulu tu, dok ikut juga, kali nih terus tingga-tinggalkan.. nih masa dok temankan mama Athirah gi beli barang kat Avon Kangar.. sempat juga dok snap gambo tuh.. kalau tak jenuh nangis la budaak tu

Tahniah..!

Tahniah... tahniah buat Man & Anis .. Setelah sekian waktu menanti,  akhirnya.. putera yang di nantikan selamat tiba ke pangkuan.. semoga kehadiran anugerah ini  menjadi ikatan kekeluargaan berpanjang  hingga ke akhir hayat... 

Projek hujung minggu

Yeee.. dh kembali.. dah kembali.. isk apa yang kembalinya.. he hee dimana-mana parit, kawasan sawah, tali air dah ada orang yang sibuk memancing, ikan favourite ialah iakan haruan, puyu dan keli.. tapi yang paling banyak ialah ikan puyu la...  IKAN PUYU (Anabas testudineus)  memang banyak boleh di dapati di kawasan seperti nih, kadang-kadang tu kalau lau di kawasan dekat umah aku memang banyak nampak orang sedang memancing.. ikan puyu ni sedap di masak gulai (kari pada setengah tempat), 

Anieq Nu'man : hari ke 20

Anieq Nu'man dah 20 hari dah.. masih lagi siang-siang dia tido dan malamnya mesti nangis bila lapar susu.. menjerit macam la kena gigit nyamuk ka? suara dia nyaring jer.. sampai kan kakak dia tido kat hujung bilik pon terjaga dan tak leh nak tido.. kesian kakak dia.. err sapa tahu apa kegunaan tuala putih yang digunakan untuk melapikkan kepala Anieq..? Cubo tekoooo....

Recap.. Bermulanya Cerita Muhammad Anieq Nu'man

(masa gambar diambil kol 1.00 tgh dah) Cerita ini, yang dah berlaku ini sebenarnya bermula dari sini, walaupun perjalanan pagi nya bermula dari klinik kesihatan Kangar di mana mem aku menjalankan pemeriksaan rutin pada setiap bulan untuk memeriksa keadaan janin, tapi semenjak sebulan setengah terakhir ini dah jadi seminggu sekali kerana keadaan berat badan mem aku yang melebihi had  muatan yang dibenarkan .  Pemeriksaan kat klinik kesihatan sebenarnya tak la menyeluruh hanya pemeriksaan tahap kesihatan saja.  Lepas habis check di Klinik Kesihatan Kangar nih, bergera pulak ke Klinik Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Tuaku Fauziah Kangar Pulak, kat sini ada juga la Doktor-doktor kanan dan yang pakar... kami sampai dalam 9.30 pagi, temujanji dalam kol 9.00 pagi, tapi tengok yang temujanji kol 8.00 pagi masih ramai yang belum masuk, jadi selepas letak kad temujanji, kami pergi sarapan kat kantin hospital dulu la, tak der la jauh, lebih kurang se pelaung sahaja.. kalau orang laung kuat-kua...

Kangar, Perlis.. 0 KM

Kalau sapa selalu lalu dan berurusan dengan CIMB Bank, Pejabat Pos Kangar, The Store kangar dan kawasan sewaktu dengan nya mesti terjumpa batu tanda ni.. mesti terheran-heran dan tercangak-cangak, apa kebenda lah menatang nih? Apa kah tanda nya.. adakah dia nih satu batu aras, atau pusat GPS atau apa-apa ka? Sesungguh nya aku pun jadi heran dan tak tau juga.. ada sapa boleh bagi tau?

Gambar Anieq lagi...

huh.. gambar BB botak ni lagi la... belum boley nak update banyak-banyak...  privacy sedikit kureng.. ramai owang la pulak kat umah nih.. jadi kapla ada sikit weng la...  pssst :- kalau korang tanya apa yang di tepekkan oleh mama Anieq kat kepala dia..? Ia hanya lah sekadar bedak sejuk sahaja.. guna nya? nak bagi sejuk kepala.. nak bagi kepala dia tak ringan sangat..  kalau tak..? Dia muda tarkojut ooo.. he heee 

Majlis Kesyukuran dan bercukur.. Part 1

Alhamdulillah, selepas bertegang betis, lengan dan urat-urat sebgal ku, majlis bercukur dan kesyukuran telah selesai dengan sempurnanya.. sebenarnya aku masih amat letih rasanya, tiada terdaya nak celik mata rasanya.. tapi ku tahan jua semata nak update.. aku tau ada yang dah tak sabar nak tau macam mana perjalanan kenduri nih, Alhamdulillah semua nya berjalan dengan selamat.. walau terdapat beberapa hal berlaku tapi dasarnya semuanya berjalan dengan elok.. yang lain-lain layan saja la.. gambar yang sedikit nih.. aku hanya sempat snap sedikit dek kebizian dengan segala urusannya.. layan sajal lah dulu gambarnya nih. Athirah yang tak mou berenggang dengan Anieq yang sedang di cukur rambutnya.. "Anieq botak!".. jerit Athirah... tapi dia masih cool saja kan..? Tak nangis masa bercukur, malahan tido saja.. ni selepas di mandikan, gamaknya terasa ringan kepalanya..  Antara hadirin dan hadirat sekelian yang sudi menghabiskan juadah yang disediakan.. (alamak gambar juadah terlupak...

Jemputan

ini lah dia...

Ini lah dia.. di perkenalkan Muhammad Anieq Nu'man Kelu Jr..  he hee.. lepas nih tiada lagi istilah Kelu Junior kot.. 

Kelu Jr.. : Tidur yang lena..

lena benar tidur si kecil nih... Memang benar lah, adik ni... "Siang Mengantu malam berjaga".. pada waktu siang nih.. tido saja keja dia, bila dah malam baru la mula berjaga.. biasanya dari kol 2 - 3 pagi.. sampai lah dah dekat nak subuh baru la dia nak tido, jenuh la mama dan atuknya berjaga melayan kerenah si adik nih, patut lah sampai sakit-sakit kepala di buatnya.. walaupun begitu abahnya masih lagi terlepas dari di dera si adik pasal abahnya melayan si kakak tido dalam bilik.. manakala adik masih lagi tido kat luar bilik bersama atuknya (errr tukkat sebelah utara ngan sebelah selatan pastinya tak sama kan..?) .. he hee

Kelu Jr.. : Hari ke 8

Gambar awal pagi hari ke 8, masa nak bersiap-siap kan adik untuk pergi check kuning di Klinik Kesihatan Kuala Perlis, emm anak teruna ni masih lom mandi lagi, jahatnya baha dia kan.. ntah kanair liur basi pon masih ada lagi.. dalam kol 10.00 pagi baru lah dapat pergi peksa.. result nya ialah turun 0.4 sahaja.. hu huu jadi ari Ahad ni kena check lagi la...

Musim sekarang ni...

Peristiwa Nostalgia..  Nostalgia sungguh gambar macam nih, membawa kenagan kembali kepada 10 - 15 tahun lalu, zaman berderau (bergotong-royong), mencabut semai, memindahkan ke sawah serta menanam semula... tiada penggunaan jentera berat yang moden di perlukan, cuma tenaga dan semangat setiakawan yang utuh dapat meyiapkan segala kerja.. Kini semuanya memerlukan upah, dari segala segi dan pekerjaan.. bertapa jauhnya zaman sudah berlalu...  

Kelu Jr .. : Dahseminggu

Adik.. hari ke 7 Sedar tak sedar dah seminggu adik di lahirkan, masih lagi belum bernama, masih lagi belum bercukur, berbanding dengan kakak yang mana pusatnya luruh pada hari ke 6, dan hari ke 7 nya dah boleh bercukur dan siap dengan Akikah sekali.. iye lah kan kakak nya dilahirkan secara normal, lepas tu pulak sekor saja kambing jadi semuanya save budget lah kan.. Manakala adiknya di dilahir melalui pembedahan .. jadi makan modal dan masa la, lepas tu nak cari dua ekor kambing untuk Akikah memang makan modal la sikit.. tapi InsyaAllah aku akan usahakan la.. supaya nanti-nanti tak yah aku pikirkan lagi...  Hari ni, sekali lagi pergi periksa kuning di Klinik Kuala Perlis, Alhamdulillah dah mula turun kepada 10.3.. tapi besoknya kena lagi la pergi check.. moga-moga akan terus turun la, tak yah aku berulang lagi ke sana...   ** bagi yang bertanya, pasai apa gambar BB dok tido dan terpejam saja? hmm bapak dia masih kurang kesabaran nak tunggu dia bukak mata, dia ni masih manyak t...

Milo : minuman sepanjang masa...

History of MILO® MILO® derived its name from MILON, a champion athlete of ancient Greek mythology. He was renowned for his feats of strengths some 600 years BC. 1950 MILO® Tonic Food Drink was introduced in Malaysia as a Tonic Food Drink. 1999 MILO® with B Vitamins was introduced. 2002  MILO® with ACTIGEN-E® MILO®  was further improved with ACTIGEN-E®, a unique combination of 8 vitamins and 4 minerals, which helps to optimise release of energy from food. 2006 MILO® with ACTIGEN-E® and PROTOMALT® MILO® is action-packed with: - Natural Goodness of malt, skimmed milk, and cocoa for that great chocolatey taste, - ACTIGEN-E®, a unique combination of 8 vitamins and 4 minerals, which helps to optimise release of energy from food. - PROTOMALT®, a malt extract with a mixture of different types of carbohydrates that provides energy and nutrients the body needs. MILO® in Malaysia It was MILO® that coined the nation’s battle cry "Malaysia Boleh!" and  kindled the national spirit of achie...

Serupa tak..?

Kelu Jr : Hari ni..

Hari ni kena pergi lagi Klinik Kesihatan Kuala Perlis, buat pemeriksaan jaundice adik Ti'ah, hmmm naik lagi la, tapi tak banyak.. 13 saja.. naik 0.7 .. (hu huu kalau tanya aku paham ke apa tu.. mana lah aku paham kan..?)  Bayi yang mengidap penyakit ini akan kelihatan kuning pada kulit dan matanya disebabkan oleh tahapbilirubin yang tinggi di dalam darah. Bilirubin dalam keadaan normal diproses melalui hati dan dinyahkan melalui usus sebagai bile. Pada pesakit jaundice, peningkatan tahap bilirubin adalah lebih cepat daripada ianya dapat diproses dan disalurkan keluar oleh hati bayi. Kadar bilirubin yang terlalu tinggi dalam darah boleh menyebabkan pekak dan kecacatan otak (cerebral palsy).  Adalah dianggarkan bahawa sehingga 60% bayi mengidap penyakit ini dan 10 - 20% memerlukan rawatan. Pemakanan, gaya hidup dan persekitaran selalu dikaitkan sebagai sebab-sebab berlakunya keadaan ini. Esok nampak gayanya kena lagi pi check la...

copy & paste : jangan baca tau !!

Masuk blog  kuina  sy terkena, oleh kerana dia dah terkena dengan  sultan  & tak mahu dianggap derhaka & tak mahu dia murka aku dgn berbesar hati, jujur, ikhlas menjunjung titah perintah. Dia jugak telah telah di tag oleh  Ojie  &  l.i.f.e.  padam muka dia! Syarat-syaratnya ialah (dalam bahasa inggeris) :- terjemah sendiri la... 1) Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right now. 2) Don't change your clothes, don't fix your hair...just take a picture. 3) Post that picture with NO editing. 4) Post these instruction with your picture. 5) Tag 10 people to do this inilah aku (dr kacamata hpone cam ) tgh mengadap blog sambil mengelap pelu (panas sangat..nak ujan gamaknya), abaikn harta karun yg bersepah di belakang tu , aku  kebizian menguruskan hal-hal bb baru  minggu nie (err sampai tak sempat bercukur..?). Sorry kalu tak dpt terjah blog kalian @ tak ada en3 baru. Sekarang ni dengan k...

Kelu Jr... : Hari Keempat

Nyanyi Athirah : "Siang Mengantuk, Malam Berjaga" -------------------------- Hari ni tahap Jaundice : 12.3... misi suggest masuk wad.. tapi nak kena rujuk ke Klinik Mahsuri Jitra dulu..  Update: 20.00hrs Bila pergi klinik tadi.. doktor tu kata, ikut akan besar baby dengan tahap jaundice tu kira ok lagi la.. tapi kalau terus naik dengan kadar yang banyak ada kemungkinan besok terpaksa masuk wad juga la.. harap-harap besok semuanya akan ok.. Hari ni juga, baby mula berak dengan agak banyak kat klinik.. mungkin ini satu tanda yang dia nak sembuh kot... 

Kelu Jr.. : Jaundice...

Hari ni pi check jaundice... resultnya 8.8.. jadi esok kena pi check lagi la...

Kelu Jr ... 2

ALHAMDULILLAH.. tiada lafaz yang dapat bermain di bibirku... semuanya dah selamat.. Mem aku dah bersalin semalam.. jam 7.32 pagi, walaupun terpaksa di bedah.. tapi akhirnya semuanya selamat.. ibu dan anak.. ini lah bayiku yang belum bernama yang seberat 3.70kg... dilahirkan di Klinik Mahsuri Jitra Kedah pukul 8.00malam seleaps di bersih dan di azankan Pukul 12.00 tgh sebelum balik...