Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2007

Jalan-jalan di pantai

Merdeka... merdeka..!! Selepas semalam tengok kereta berhias... sampai umah tak lena lagi.. dok layan tv saja sampai kol 2, emm aper taknya.. kat luar umah tu bising, bebudak moto tu baru balik dari tengok bunga api merdeka.. bisingnya ya amat.. siap leh dok wheelie kat depan umah aku.. mujur la athirah tak jaga.. kalau tak ni maunya aku lastik diorang ni.. paginya aku kena berkawad pulak... alah takder berkawadnya.. berjalan saja.. dah tu pegang bendera kecik.. sampai depan orang-orang besar tu (dif-dif) ... goyang-goyang ajer.. so tak der berkawad pacak tu.. em panjang lak tahun ni.. dah jadi 90 orang staf berkawad.. so hampir semuanya masuk.. kalau yangbertanding kawad tu dalam 37 ajer kot.. meriah jadinya.. dalam kol 11 tu abis la semuanya.. rinkas betul... yer lah dah ari jemaat.. pakat nak pi semayang ooo.. takkan nak semayang masjid negara lak.. ? Petangnya... tak da projek nak pi mana, jalan-jalan jer lah kat tepi laut tu.. sekali tengok, isk rama beno doklepak kat tepi laut ni...

Merdeka ke 50!

Merdeka! Merdeka! Merdeka! Selamat menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan ke 50! Betapa kita sedar, betapa kita akur, kemerdekaan menjadikan kita sebagai seorang kita, bukan menjadi hamba kepada orang lain, menjadi kita pemikir pada kita, bukan memikir mengikut orang lain. Dan, sejauh mana kita merdeka? Baik dari segi zahir, maupun dari segi pemikiran? Merdeka kah kita kalau macam mana nak dapat makan percuma, nak dapat hadiah dari cabutan bertuah, bukannya mendapat habuan dari hasil usaha kita sendiri. Dari segi imannya merdeka kah kita kalau kita masih lagi mencuri?, mencuri dalam mengerjakan ibadah, mencuri kudrat kawan-kawan dan juga mencuri masa dalam membuat pekerjaan?.. Entah la.. Mungkin banyak yang perlu kita pikirkan...

Puteri di malam merdeka

Yeah.. malam ni malam merdeka.. ingat nak bawak Athirah pi tengok kereta berhias.. yer la.. bukan senang, bukan selalu ada keta berhias ni, ni sempena jubli emas ulang tahun kemerdekaan malaysia ni kan..? Petangnya lepas amik athirah kat TAsKA dia tu.. dok control nak bagi dia lena.. emm tapi tak lena-lena gak.. mungkin dah puas lena kot.. Kol 7.00pm.. Ahirah masih ok.. mata masih cerah, dan masih aktif bermain. Dah siap makan.. jadi kang dia tak lapar masa nak pi tengok kereta berhias.. kalau lapar pon akan dibekalkan dengan biskut dan susu.. Kol 7.20pm.. Mama dan abah dah siap mandi, makan serba sedikit, Athirah masih bersembang dengan angah dia, masih aktif.. tapi.. dah mula dok genyeh-genyeh(?) mata.. isk dah ngantuk ker? Kol 7.45pm... Mama dan abah dah siap sembahyang, emm athirah nampak nya dah tiga suku lali, emm nampaknya nelepas la dia nak tengok keta berhias.. so bawak masuk bilik.. tidurkan ajer... dalam kol 8.15 lebih dah tertidur... Kol 8.30pm.. ngan mama, nak pegi tak ni,...

Cuti sekolah datang lagi

Cuti sekolah datang lagi, Berduyun-duyun budak budak datang kemari, Ada yang membaca, Ada yang bermain, Ada yang berlari, Ada juga yang tengok tv. Kepala ku pening sendiri, apa taknya, dah la dok sendiri ,kena susun buku sendiri ,kena buat aktiviti, kena tengok budak berlari, kena tengok budak tengok tv,l ast-last aku juga belum makan lagi....

Ketumbit dimata.. ketumbit di hati

Aduh sakitnya,.. Begitulah.. Sakitnya Ketumbit dimata dapat ku cari penawarnya.. Kalau ketumbit di hati, Bagaiman nak ku rawat...??

Lingkaran Halo...

GEORGETOWN: Fenomena Halo iaitu lingkaran seakan-akan pelangi mengelilingi matahari, dikesan di beberapa tempat di bahagian pulau negeri ini, petang semalam. Kejadian itu yang dikesan di antara jam 2.15 petang hingga 2.30 petang, menarik perhatian orang ramai yang menyifatkannya luar biasa. Bagaimanapun, Jabatan Meteorologi menganggap kejadian itu sebagai fenomena astronomi biasa tetapi boleh mengundang padah jika dilihat terlalu lama. Pengarah Jabatan Meteorologi negeri, Santhira Segaran, berkata sesiapa melihat matahari secara berterusan ketika fenomena itu, berisiko menjadi buta kerana cahayanya boleh merosakkan retina. “Tidak ada luar biasa mengenai fenomena itu kerana ia berlaku bila-bila masa apabila kandungan air atau ais pada atmosfera terbias pada cahaya matahari sehingga membentuk beberapa segmen cahaya berlainan. “Cahaya itu tidak berbahaya kepada tubuh badan, namun jika melihatnya terlalu lama, ia boleh merosakkan mata dan menjadi buta,”katanya ketika dihubungi, semalam. ...

Hari pertama menapak ke masa depan!

Hari ni, sejarah tertulis lagi, Athirah bergerak setapak lagi, Dari alam rumah pengasauh yang dikenalinya semenjak umur 2 bulan, ke alam taska, di mana di dijaga tapi entah lah di manja ataupun tidak, Tiada lagi dalam lipatan diari hariannya seorang mak tuk, tuk wan chan, maksu dan sebagainya.. Hari pertama, Paginya, sekitar pukul 7.00 di dah bangun, macam fahampulak pesanan mama dia yang pagi ni dia mula masuk skool (school) , bangun awal tanpa banyak karenah, mungkin dia seronok agaknya nak pergi skool. sekitar 8.15 pagi, athirah sampai di skool , mungkin kali pertama masuk skoo l, athirah terpesona, ramai kawan-kawan, ada duck, ada mickey, ada tweety. Harusnya dia tak mengerti, bahawa hari-hari berikutnya, di skool inilah akanmejadi rumah dan skool nya di waktu siang. Athirah melihat sana sini, bergerak ke arah duck, mickey dan tweety , tiada reaksi menolak, tiada reaksi memberontak, mahu pun menangis.. mungkin dengan hiasan yang menarik ni, juga ada baby , ada adik, ada kakak, ad...