Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2006

Korban

Sejarah Korban : Ibrahim Dan Perayaan Korban 1) Penebusan Dosa dalam konteks Kitab Suci membawa erti bahawa Tuhan menghapuskan dosa. Pendekatan yang paling hampir dengan pandangan ini ialah kisah berkenaan pengorbanan anak lelaki Ibraham dalam Al-Quran:Ibrahim berkata : Aku pergi kepada Tuhanku (ke tempat yang disukainya). Dia akan memimpin aku. Ya Tuhanku, berilah aku anak yang salih. Kemudian Kami gembirakan dia dengan seorang anak yang penyantun. Setelah anak itu sanggup berusaha bersamanya, berkata Ibrahim kepadanya: Hai anakku, sesungguhnya aku bermimpi dalam tidur, bahawa aku menyembelih engkau, maka perhatikanlah, bagaimana pikiran engkau? Sahut anaknya: Hai bapaku, perbuatlah apa yang diperintahkan itu, bapa akan mendapatiku berhati sabar, Insya Allah. Tatkala keduanya patuh (menurut perintah Allah) dan telah digulingkannya anaknya (ke tanah) atas pipinya. Lalu dia Kami seru: Hai Ibrahim! Sesungguhnya telah engkau turut mimpi itu, sesungguhnya begitulah Kami membalasi orang-ora...

Selamat Tahun Baru!

Tentang apa sebenarnya entry aku kali ini, aku buat entry tentang tahun baru, reject! aku buat entry tentang angan-angan aku, reject! aku buat entry tentang hari raya aidil adha juga reject! emm ucapan selamat tahun baru pon reject... adus pening kepalo den... aku rasa bukan pasal apa sangat.. cuma pasal internet slow la.. dah dua tiga kali aku buat entry sumer nya tak leh nak hantar.. Ahh sebenarnya kerana apa aku nak buat entry kali ni? Pertamanya, macam biasa bila dah akhir tahun ni mesti nak review balik segala diari dan juga aktiviti mau pon peristiwa yang kita lalui sepanjang tahun, juga apa yang kita nak cerita mungkin segala kenangan maupun cita-cita dan juga azam sepanjang tahun samada yang berjaya mau pun tidak.. adakah ini yang selalu kita buatkan? check and balance tentang kehidupan yang kita lalui sepanjang tahun.. adakah sanggup kita hadapi tentang diri kita, tentang baik dan buruk diri kita di sepanjang tahun? tapi sebenarnya kalau kita sanggup menghadapinya dan juga san...

Baby on move!

Adus dah lama tak update.. nanti2 la aku updatekan yer.. nih ada masa sikit jer....  

Google Map

Isk.. ntah kenapa hari ni aku keboringan sangat .. tak tau nak buat apa, emm maklum la lepas buat weeding buku dan shelving semula... lega rasanya bila semua dah selesai... dalam dok surfing2 tu aku terclick kat satu laman tu dah termasuk dalam google maps... waa cari punya cari, punya cari dan cari.. la umah aku pun ada kat situ.. tapi pandangan dari atas la.... Hmm bertapa canggihnya teknologi kan.. aku rasa kalau di fokuskan lebih sikit lagi ntah kan leh nampak aku sedang berjalan... dan bahay gak ooo.. senang kalau musuh nak serang.. dah setiap penjuru dunia boleh di jejaki.. kecuali dalam gua lah kot... !! 
Hmm.. dah seminggu tak update ni.. aper nak buat kan.. dah sibuk.. tak de masa nak ngadap komputer.. walaubagaimana pon YM aku on kan jugak.. Emm sepanjang masa aku tak berinternet ni sebenar ada projek yang di bagi.. kami kena buat weeding buku dan jugak bila dah buat weeding kena buat shelving sama la.. aper tak nya buku dah bersiponggang! Bila di check balik banyak juga buku yang dah lapuk, dah rosak dan dah ketinggalan zaman yang kena di buang so abis la satu library kena projekkan.. ok la.. nak sambung keja.. kang sambung balik..
Entah kenapa dengan aku hari ni.. terasa kesunyian di tengah keriuhan, terasa kekosongan sedangkan aku mempunyai apa yang aku hajatkan malahan juga idaman setiap orang, terasa kekerdilan sedang kan aku ni tinggi fizikalnya.. Mungkin juga sebenarnya aku keletihan.. sepanjang minggu dengan aktiviti yang pun tak sebanyak mana tapi.. aku letih jua.. Mungkin juga dengan selsema yang menyerang... meletihkan badan ku.. until next week moga semuanya akan ok balik...

review seminggu

Isk.. dah lama aku tak menulis.. dalam erti kata betul-betul menulis.. yer lah.. kan aku dah cakap.. aku jadi kelu.. dah tak tau aper sebenarnya aku nak tulis.. yer la.. takkan aku nak tulis diari kat sini.. emm tak de privacy kan?.. emm yer lah.. aku penah cakap.. aku akan tulis apa saja kat sini.. tak kira susah senag, gembira dan sedih.. tapi aku masih tak berupaya nak kongsi semuanya.. biarlah aku tulis yang aku senang, yang aku gembira, dan yang aku tak puas hati tu ada jugak la aku selitkan.. tapi tak menyeluruh la.. kang kengkawan aku kata apa lak kan? ..dan korang pon tentu komplen.. aper lak dalam ni penuh ngan hempasan perasaan saja kan? Jadi biarla aku hempaskan kat tempat lain. Hari ni, ada la masa aku terluang pasai kena tunggu dewan syarahan.. so leh la aku dok diam2 kat control room ni, dan aku setup balik wireless so leh la online.. walaupon sesekali tu terputus, tapi sekurang2nya leh jugak aku update.. so hari ni juga, dek nak kena jaga dewan.. aku hantar awal anak ke ...

Menjunjung Kasih

Ampun Taunku! Patik menjungjung kasih ke atas keberangkatan Balik kebawah Duli Tuanku berdua ke Negeri Perlis Darul Sunnah. Semoga dengan pemerintahan Tuanku, Negeri Perlis akna lebih makmur dan maju. Ampun Tuanku!

Tragedi Buah Epal

Tragedi Buah Epal Kau merah sangatlah mengghairahkan Dan kadang hijaumu lugu Padamu telah tercipta Denyut getaran hidup Seirama dalam dunia Dalam dunia Kau menggoda setiap insan Yang menatapmu berbeban harap Anggunmu dan sombong Congkaku seketika Melupakan kodrat kehidupan Oh duniawi Mungkin kau belum merasa gelisah Dan terlepas dari rasa ragu Namun dirimu itu tersimpan jua Seribu tanya seribu sapa Dan saatnya kini kau pun pasrah Di sisi kilau sebilah belati Tak berdaya lupakan dirimu Hanya tuk sekadar pelepas dahaga Oh tragedi Oh sungguh pilu Kesemuan yang membius diri Anita Sarawak ps... Kerana itu mulai hari ni, aku kena banyak makan buah epal...

Senyum penawar duka..

Senyum penawar duka..

Medical Leave / On Leave

Cuti sakit... dan bercuti.. will be back soon