Bangau oh bangau, kenapa engkau kurus? Macam-mana aku tak kurus, ikan tak mahu timbul. Ikan tak mahu timbul. Ikan oh ikan, kenapa engkau tak timbul? Macam-mana aku nak timbul, rumput panjang sangat. Rumput panjang sangat. Rumput oh rumput, kenapa engkau panjang? Macam-mana aku tak panjang, kerbau tak makan aku. Kerbau tak makan aku. Kerbau oh kerbau, kenapa tak makan rumput? Macam-mana aku nak makan, perut aku sakit. Perut aku sakit. Perut oh perut, kenapa engkau sakit? Macam-mana aku tak sakit, makan nasi mentah. Makan nasi mentah. Nasi oh nasi, kenapa engkau mentah? Macam-mana aku tak mentah, api tak mahu menyala. Api tak mahu menyala. Api oh api, kenapa engkau tak mahu menyala? Macam-mana aku nak menyala, kayu api basah. Kayu api basah. Kayu oh kayu, kenapa engkau basah? Kilat memancar.Macam-mana aku tak basah, hujan timpa aku. Hujan timpa aku. Hujan oh hujan, kenapa timpa kayu? Macam-mana aku tak timpa, katak panggil aku. Katak panggil aku. Katak oh katak, kenapa panggil hujan? M...