MAKKAH: Gempa bumi menggegarkan kawasan Utaybah, kira-kira 25 kilometer dari Masjidil Haram pada jam 2 pagi waktu tempatan Selasa lalu, mengejutkan penduduk kota suci Islam itu. Tiada kematian atau kerosakan bangunan akibat kejadian itu walaupun penduduk melaporkan anjing menyalak sejurus sebelum gegaran dan bunyi bising atau apa yang didengari seperti bunyi letupan.Gegaran susulan yang dilaporkan berlaku dalam tempoh enam jam selepas gempa bumi awal mencetuskan ketegangan di kota suci ini. Anggapan mengenai gegaran disebabkan kerja pembinaan yang berterusan di bandar raya itu, jelas tidak berasas.Seorang penduduk Utaybah, Siraj Muhammad Omar, 23, berkata beliau berasa empat gegaran dengan yang pertama dan keempat paling kuat. Beliau bersama tujuh anggota keluarganya yang ketakutan selepas gegaran pertama bergegas naik ke atas bumbung bangunan.Muhammad Baid, 22, yang berketurunan Maghribi, berkata dia meninggalkan rumah sebaik berasa gegaran pertama dan kembali semula selepas keadaan k...