Skip to main content

redup pulakk budaya membaca...

Walau kerja di tempat terhimpunnya sejuta ilmu, namun kekangan untuk membaca secara serius nampak sangat kepudaran semangatnya... Entah lah sebabnya.. dulu memang lah menggila baca novel.. mungkin bawaan dari sekolah rendah lagi suka membaca.

Tapi zaman dah berubah.. bermula dari hujung 1998 dah mula berjinak dengan blog.. menulis di blog macam dah rutin harian.. dah tu timbul pulak istilah blogwalking.. iaitu menerjah, membaca dan mengomen di blog2 orang sampai boleh menghimpun beratus blog dalam satu komuniti.. maka buku pon mula lepas ketepi..

Kemudian masuk pulak facebook.. maka makin ramai lah pakat tinggal blog.. cuma tinggal beberapa saja yang masih aktif menulis.. yang lain lebih santai di facebook.. dan semangat membaca buku terus malap bersama muncul nya blog dan fb..

Dan kenapa aku tulih disini..? Hanya sekadar nak cuba baca novel balik.. ha .. novel pertama tahun ni.. moga sempat sampai penamat.. 

Comments

Popular posts from this blog

Kalau Grab di Perlis - Inspired By Copilot

Entri kira muat...

Kasihani lah....