Skip to main content

Throwback.. Royal Belum trip


via Instagram

Aduh.. cannot brain! Sesuatu yang aku tak jangkakan.. dapat bersama mengikuti perjalanan yang amat menarik ini.. Kali pertama dapat menjejaki alam yang dilindungi dan dijagai.. menerokai Royal Belum bersama Pensyarah2 dan Pelajar Polimas. Bila mem aku mengajak bersama anak2 katanya jom kita pi melawat  orang asli disini, memberi bantuan, melihat alam sekitar dan sebagainya.

Tapi apa yang aku dapat ialah keterpersonaan melihat kehijauan bukit bukau dan juga air tasi/sungai yang juga menghijau, sesungguh nya memikat dan menawan hati. Sungguh aku menjiwaib dan menghayati alam sekitar sepanjang hampair 7 jam perjalanan dari pengkalan ke tapak pendaratan di Sg Tiang.. Sebelum sampai sempat juga mendarat di Perkampungan Orang Asli Sungai Tiang, melihat cara hidup dan memberi sumbangan makan dan pakaian. Malam nya beraktiviti atas Boathouse dan bermalam di tapak pertama..

Hari kedua tengahari baru bertolak mencari air terjun dan bermain dengan kelah.. okeh lah juga.. tapi kedamain dan kesunyian disini sungguh mengasyik, terputus dengan dunia luar tanpa talian telefon dan internet menjadikan perhubungan sesama insan jadi lebih akrab.. dan malam ketiga bermalam di atas boathuouse masih lagi bermacam aktiviti yang diadakan untuk pelajar. Aku hanya jadi pemerhati, tukang tangkap gambar dan juga tumpang buat ramai majlis.

Besok nya baru bertolak balik ke pengkalan, dan dapat berhubung kembali pada dunia asal. Hanya sekadar ini throwback aku dapat coretkan sepanjang perjalanan ini, jadi lah walau sedikit dapat juga aku tinggalkan jejak disini.

Comments

Popular posts from this blog

Khutbah Jumaat 08112024 - JAIPs secara ringkasnya.

She got the 'P'..