via Instagram
Suasana masih awal pagi, selepas lebi dari 4 jam perjalanan dari Polimas Jitra ke Pengkalan yakni bertolak jam 9.30 malam dan sampai ke pengkalan dalam jam 2.30 pagi, sehabis unload segala barang yang di bawa (pakaian, barangan bekalan makanan, peralatan yang pelbagai, juga packing barangan sumbangan) kami terus ja tidur.. sementara menanti pagi. Jangkanya seawal 8 pagi akan bertolak ke sungai tiang, perjalanan yang agak jauh menaiki boathouse yang kelajuannya dalam 35-40km/j kalau knot aku tak tau la..
Dalam suasana pagi yang sedikit berkabus, kami bersubuh bersama memohon keharat ilahi di permudahkan kembara dan di jauhi segala bahaya sepanjang perjalanan. Se usai tanggungjawab wajib ini, maka bermulah lah aktiviti memasak dan juga menyediakan diri untuk perjalanan jauh ini. Jadinya pagi ni megi dan bihun menjadi santapan bersama secawan kopi sambil boathouse memulakan perjalanan.
Pemandangan disepanjang perjalanan sungguh cantik, seketika aku ralit menghayati, biar ramai yang menyambung rehat dibilik masing2.. tapi aku masih terleka melayan pemandangan yang serasa tak sanggup untuk aku terlepas. Namun akhirnya aku tewas dengan keletihan...
Comments