Skip to main content

Rumah lama...


Ini lah rumah lama ku.. ruma pusaka yang di tinggalkan oleh kedua orang tua ku.. ujudnya aku serta kakak2 ku bermulanya disini.. sekian lama bertapk disini sudah beberapa kali perubahan di lakukan. Susah aku nak gambarkan perubahan ini.. hanya tinggal dalam memori ingatan ku jua.. serba sedikit boleh lah aku kesahkan sedikit untuk kenangan bersama. Sebahagian cerita ini adalah dari mulut emak dah sebahagian lagi dari lipatan memori ku.. 

Bermula rumah pusaka ini ialah sebuah rumah ibu yang hanya sebesar, 20'kaki panjang X 10kaki lebar.. diatas tanah keluasa lebih kurang 3/4 relong.. mungkin masa ni ayahku baru kawin dan menetap disini. Itu pun tanah seluas itu di beli dari tukwannya.. entah dah lupa berapa harga pada masa tu.. (macam ada jodoh utk aku buka sejarah lama ni.. dari info mak menakan ku.. harga tanah yang di jual pada ayah ku pada masa tu ialah 1.000 sahaja.. ) Bila dah mula duduk di sini ayah ku tak betah nak mengerjakan bendang (rasanya : kerana susuk ayahku dikhabarkan oleh saudara2 ku, yang dianya lebih putih dari susuk pemuda lain bahkan adik beradiknya yang lain yang mengerjakan sawah bendang ni.. ) lalu di bukanya satu kedai runcit yang pada masa tu payah nak cari orang melayu yang berani berniaga.. 

Alhamdulillah perniagaan ayah ku agak berjaya, bahkan khabarnya mampu bersaing dengan peniaga runcit bangsa lain. Dari meruncit, dia menternak ayam2 telur bahkan kemudiannya memborong padi-padi hasil tuaian orang kampung dan menjual kan kepada kilang. Di masa ini rumah aku juga mulai melalui transformasi. Dari rumah menjadi kedai.. berkembang menjadi reban ayam telur dengan sangkar2 besi nya (yang aku dapat nampak sendiri di zaman kaank-kanak ku - walau dah jadi hutan rimba) dan akhirnya bertambah menjadi gudang menyimpan padi.

Tapi apakan daya.. rancangan Allah lebih mutlak, tiada perancangan yang sebaik Nya.. kerana dia yang lebih mengetahuinya.. Ayah ku di jemput pergi di ketika umurnya masih 40an.. dan aku hanya bermur 4 tahun.. belum mengerti apa-apa. Selepas pemergian ayahku, keadaan sedang keluarga ku berubah.. Emak harus menyara 4 orang anaknya yang 3 masih sekolah, seorang masih kanak-kanak berumur 4 tahun yang agak lasak. Dan kerana keperitan itu kakak ku yang sulung berhenti bersekolah, Seorang lagi berjaya menghabis kan MCE, sementara seorang lagi kakak ku sambung sekolah menengah di Kangar.

Keraana desakan hidup masa tu, kakak ku tidak berhasrat menyambung pelajaran dan mula lah mencari kerja sana sini.. dua tiga kali bertukar kerja, akhirnya menetap bekerja di Kilang di Perlis.. satu satunya kilang yang ada di Perlis masa tu..

sambung lagi...

Comments

Popular posts from this blog

Kalau Grab di Perlis - Inspired By Copilot

Entri kira muat...

Kasihani lah....