11 Tahun sudahh...

Wednesday, January 22, 2014

11 Tahun sudahh...


Tu dia aihhh... sedar tak sedar dah 11 tahun rupanya aku menceburi bidang penulisan blog ni.. ahh bukan masa yang singkat rupa nya. Walaupun kadang-kadang rasa masa berlalu dengan cepat.. begitu banyak juga peristiwa yang sempat ku kutip dan titipkan di sini.

Bermula sebagai sekadar memenuhi masa luang sewaktu sendirian ketika bertugas di Kaunter Hipermedia Perpustakaa Cawanga Simpang Empat.. kemudian dah mula berkenalan dengan beberapa kenalan atau lebih tepat kenal beberapa orang blogger dan mengikuti setiap hari penulisan depa membuatkan kita pon semangat nak menulis sama..

Penulisan aku yang pertama atas nama sikelu menggunakan Blogdrive.com, semestinya percuma he he.. dan entri pertama ialah pada 12, May 2004. Kemudian 14, September berpindah ke Blogspot.com atas nama sangkelu..

Hingga kini dah masuk tahun ke 11 catatan ku di alam maya ni, macam2 pengalaman sebenarnya, bertemu dan berjumpa dengan blogger, di  pandang sinis disebalik aku berblog masa awal-awal dulu pasal masa tu tak ramai lagi berblog.. dan setelah semuanya aku harungi aku dah tak kesah sangat apa orang akan kata selagi aku tak kata 'directly' pada sesiapa kan.. 

Statistik blog aku juga tidak la sebik mana pon, bukannya popular pon.. cuma sesekali saja terbit dalam google atas bebarapa isu atau artikel yang diselitkan berkaitan dengan pencari-pencari bahan.. 

 Banyak ni jer lah entry aku..

tgk tu berapa sangat lah page aku ni di lihat, ramai tu jer yang jadi follower.. 
tak per lah tu..
aku hanya insan biasa..
bukan insan popular..
ha ha!


0 comments :

Search This Blog

My Book Rack

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...