Setelah hampir seminggu Athirah demam selsema, rasanya dah mula pulih, tapi kesian jugak aku tengok, letih jer dia, semalam sekalilagi aku bawak pegi klinik, doc kata semuanya ok.. tak der apa-apa, semuanya sihat, tapi hidung nye je masih berair.. dah tu lak sesekali tu ada darah keluar bersama hingus dia.. emm doc kata ada sedikit luka kat dalam hidung dia.. kalau orang tua2 kat sebelah sini kata pecah lindung la.. ( aka.. bila hidung berdarah disebabkan oleh keadaan cuaca yang terlampau panas, juga kerana suhu badan yang terlalu panas ) . Orang kata, bebudak yang tengah naik ( sedang meningkat usia) memang selalu demam kekadang tu sebulan sekali, bukan pasal apa, pasal hendak mendapat akai (akal), aku cuba la perati2kan apalah akai yang anak aku dapat, emm satu yang pastinya, dia dah nak mula melangkah, walapun masih berpegang di dinding, kerusi dan apa saja agar mudah dia berdiri. Satu lagi dia ni tak leh di bangkang (sanggah) membebal jer keja dia, kekadang tu sampai melalak.. riuh...