Skip to main content

Ntah! Apa-apa saja la...

Isk ntah aper ye? Aku punya semangat nak masukkan entry hari ni, tapi pegang jer keyboard entah tak der satu pon yang bermain dalam kepala ni. Kenapa yer? Aku pon heran! cuma nya sekarang ni aku agak sibuk la, bukan sibuk pasal keja lak tu, sibuk yang ntah apa kebenda tah.. em next week cuti sekolah yek! heh seronok la bebudak sekolah kan? tapi anak-anak menakan aku tak balik kot.. so tak der yang sepeselnya cuti raya ni..

Lagi minggu depan kat umah mentua aku ada majlis kahwin adik ipar aku, tu la pasal kot, yang sibuk takketahuan hala tu, skrg ni tiap2 petang dok memanggilmakan kenduri, ada la dua tiga buah kat kampung aku ni, yang sebelah adik beradik aku tu kena juga, pastu yang sebelah mentua aku yang dok dekat2 situ pun kena panggil juga, yer lah dah orang wakilkan.. kena juga la.. amanah tu!! Start next week juga balik je dari pejabat, kena la pi umah mentua aku, tengok-tengak kan apa yang nak kena buat, heh hee kena jaga gak tu... mem aku tu lagi la sibuk, ari tu pi beli bunga la (bunga plastik la), pastu nak kena buat hantaran, pastu nak kena pasang curtain la.. itu la ini la, hah sibuk gak jadinya..

Satu hal, yang aku dok pikiaq panjang ni, masalah si athirah ni la, emm dalam minggu ni kesian lak aku tgk dia, balik umah jer, dalam kol lapan lebih dah tido, lena sampai tak berkalih-kalih, mula-mula tu tak per la, aku ingat pasal dia baru baik demam mungkin dia letih, tapi kan sehari dua ni.. ada keluarga dia mai, bawak cicit sekali.. pastu guna lakbuaian athirah.. pastu kan suatu hari tu mem aku pi jengok masa tengahari ( spot check la!) , dah la tak bagi minum air masak (?), tengok botol dia masih lom bertukar air.. ( pasal paginya kami masukkan madu lebah campur ngan air tu jadi kaler dia lain sikit.. kalau biar lama, air akan jadi masam la) pastu athirah lom tido pun.. kat atas buaian tu ada cicit dia.. pagi ni buaian pon tak der kat tempat biasa tu, mesti ada kat dalam bilik, guna utk cicit dia, emm bukan la aku kesah pasal buaian tu.. tapi takkan sampai tak bagi athirah tido..? kalau di biarkan mmg takkan tido athirah tu.. masa mem aku pi tengok tu, dia kata athirah dah ngantuk, tapi cicit dia sedap tido kat dalam buaian! Entah la. bengang jga aku tengok.. kesian juga kat athirah!

Entah la, apa la aku nak buat, sesekali tu ada juga dengar mem aku kata, macam ada dengar sindir2 tak nak jaga ( aku harap aku dan mem aku salah dengar), tapi yer la juga lama juga dok dengar dia cakap tak larat pasal athirah ni lasak juga budaknya.. dah tu dia lak sakit lutut.. emm aku pon curiga gak ni, pasal perlukah aku bertanya dengan lebih lanjut? betul kah itu satu hint tak nak ngasuh dah, may be cucu dia nak suruh ngasuh cicit kot, pasal cicit tu baru 3 bulan, tentu la tak lasak lagi kan..?

Emm nampak gayanya aku perlu cari option saja! Cari je nursery yang dekat2 ngan tempat keja.. senang aku gi antar dan amik, tapi makan modal la sikit kan, dulu pon aku berharap dalam setahun kalau leh biar lah athirah dok ngan orang ngasuh.. tapi ntah la..

Comments

Popular posts from this blog

Khutbah Jumaat 08112024 - JAIPs secara ringkasnya.

She got the 'P'..