Skip to main content

Selamat bertakhta!

PETALING JAYA: Yusry Edoo atau Yus dinobatkan sebagai Raja Lawak Astro musim pertama apabila memperoleh 37 peratus undi, menewaskan empat peserta lain pada pusingan akhir, malam tadi.

Dengan kemenangan itu, peserta berusia 30 tahun berasal dari Kampung Nesam, Perlis membawa pulang hadiah keseluruhan melebihi RM170,000 termasuk sebuah kereta TD 2000 bernilai RM145,311.Beliau juga menerima wang tunai RM20,000, barangan elektrik tajaan Aowa bernilai RM6,485 dan trofi. Sebagai juara, beliau turut memperoleh tawaran mengacarakan program sendiri di saluran Astro yang formatnya bakal ditentukan kelak. Kemenangan peserta pertandingan itu ditentukan sepenuhnya oleh Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) penonton.Beliau yang ditemui media selepas selesai pertandingan itu berterima kasih kepada penonton yang menyokong perjuangannya selama lapan minggu hingga memperoleh gelaran Raja Lawak Astro.“Saya juga ingin berterima kasih kepada ‘otai’ lawak iaitu AR Badul, Datuk Jamali Shadat, Jalil Hamid dan Sabri Yunus yang banyak memberi teguran sepanjang menyertai pertandingan ini.“Tanpa teguran dan tunjuk ajar mereka, saya tidak mungkin dapat bertahan hingga ke peringkat akhir. Mereka mengajar saya erti berlawak yang sebenar malah, membentuk diri untuk menjadi insan seni profesional,” katanya.
Sementara itu, tempat kedua milik Mohd Razizan Ab Razak atau Zizan, manakala tempat ketiga, Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz atau Johan. Mereka menerima barangan elektrik tajaan Aowa dan pakej percutian.Dua peserta lain yang melayakkan diri pada pusingan akhir Raja Lawak Astro yang disiarkan secara langsung dari Wisma Ali Bawal, Jalan Tandang, di sini ialah Iskandarsah Hashim atau Angah dan Zamatul Amri Zakaria atau Taukeh. - Berita Harian- Gambar-Astro.Com

-------------------------------------------------------------------

BUKAN Zizan dan bukan Johan. Tetapi akhirnya Yus yang menjadi pilihan penonton untuk bergelar Raja Lawak Astro musim pertama. Barangkali ada yang terkejut dan tidak berpuas hati dengan kejayaan manis Yus yang ditentukan 100 peratus melalui undian khidmat pesanan ringkas (SMS) para penonton. Walaupun bukan menjadi calon favourite, Yus atau nama sebenarnya Yussry Edoo membuktikan bakat versatil menjadi penilaian ramai.
Jejaka kelahiran Kampung Nesam, Kangar, Perlis itu berjaya mengenepikan dua calon pilihan penonton Zizan dan Johan selain Angah dan Tauke.
Malah suasana di Wisma Ali Bawal, Petaling Jaya malam Sabtu lalu memang riuh rendah apabila dua nama itu sering dijerit penonton.

Bahkan nasib Yus yang berusia 31 tahun itu bagaikan sudah terkubur apabila persembahan pusingan pertamanya yang menggunakan tema nyanyian lagu Bollywood mendapat kritikan pedas pengarah filem Aziz M. Osman.

Aziz menggelarkan Yus sebagai badut yang cemerlang tetapi gagal sebagai pelawak.
“Saya memang lemah semangat ketika itu kerana sangat teruja untuk membuat persembahan pada malam ini,” jawab Yus apabila ditanya perasaannya ketika mendengar teguran Aziz itu.
Buktinya juga, raut wajah Yus terus berubah bagaikan terguris dengan komen itu.
Namun Yus yang merupakan anak yatim piatu itu bangkit pada pusingan kedua apabila menggamatkan penonton dengan telatah kanak-kanak lurus bendul.
Apa yang pasti, pengalaman Yus dalam bidang teater dan penari kebudayaan berjaya diaplikasikan untuk memvariasikan idea kreatifnya.

Dengan kemenangan itu, Yus berjaya membawa pulang hadiah sebuah kereta TD 2000 bernilai RM145,311 dan turut menggondol hadiah wang tunai berjumlah RM20,000, barangan elektrik AOWA dan trofi. Paling istimewa, Yus berpeluang mengacarakan program sendiri di Astro Ria kelak dan kontrak tiga tahun sebagai artis di bawah naungan Astro.

“Saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada Astro kerana berjaya mencungkil bakat saya. Apa yang saya lakukan dalam Raja Lawak ini demi arwah bapa dan ibu saya.
“Tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada semua pengundi saya,” katanya pada sidang akhbar sebaik program berakhir. Sementara itu, empat peserta lain turut menerima barangan elektrik AOWA dan pakej percutian.

Apa yang membanggakan, program realiti terbitan Astro yang dihoskan oleh dramatis Sharifah Shahirah berjaya meraih jumlah undian SMS sebanyak 275,000 sejak memulakan siarannya setiap Sabtu mulai 23 Disember lalu, pukul 9.30 malam menerusi saluran Astro RIA.
Pelawak terkenal A.R. Badul selaku ketua bersama Datuk Jamali Shadat, Jalil Hamid dan Sabri Yunus Empat merupakan tenaga pengajarnya yang dikenali sebagai otai.
-Utusan-
-------------------------------------------------------------------------------------------
Entry ni aku tujukan khas buat sorang sahabat (tu pun kalau dia masih kenai aku la..) yang mana dulu sekitar tahun 1994 di mana aku juga pernah terlibat dalam kegiatan seni macam nih, dari sinilah kami kenal , walaupunaku tidak secara langsung berada bawah Pejabat Kebudayaan Negeri , tapi banyak aktiviti yang melibatkan kami. Bukan tujuan aku nak tumpang glamor, tapi lebih kepada satu penghargaan kepada Yus, Yus yang ku kenal dulu, dan kini tak banyak berubah dari segi identitinya (tapi berubah gak la.. takkan macam dok macam tu sampai tak menjadi dewasa kan?), bagaimana suka duka beliau dalam memperjuang kan seni, dan suka duka beliau dalam kehidupan.. sedikit sebanyak, kejayaan belia menjadi raja lawak astro, menjadi pengubat kehidupan beliau, setelah kini sebatang kara ( -- masih ada abg lagi, tapi dah berkeluarga... tapi tak tinggal sekali la.. ) , kalau korang tengok dalam astro tu satu video klip final dia masa kat kampung tu, jangan ragu2 .. aku leh jadi saksi mmg itu lah hakikat kehidupan dia.. isk.. entah kemana entry aku.. cuma selamat maju jaya untuk yus.. (kalau aku rajin mungkin aku buat lebih detail entry nih..)
--------------------------------------------------------------------------------------------
ps.. haak alahhhhh.. lupa lak, hari ni genap lah dua tawun perkahwinan aku, apppy anniversary lalinggggggg... moga-moga years to go lebih membawa sinar kebahagiaan dalam rumahtangga kita.. (err athirah ada bebisik ndak adik ke tak..??? )

Comments

Popular posts from this blog

Kalau Grab di Perlis - Inspired By Copilot

Entri kira muat...

Kasihani lah....