Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2007

Berlari..

kadang kadang kita cuba berlari, berlari dengan laju, tanpa menoleh ke belakang... tapi, kita tak sedar, malah tak tahu, ke mana arah destinasi kita, kemudian, kita mencari.. kenapa harus aku berlari?, kemana hendak ku tuju?, akhirnya, baru tersedar, apa guna kita berlari dengan laju, jika tiada tujuan, tiada destinasi, dan tiada sebab, kesudahannya, kembali pada asal, kembali pada titik awal, dan kembali ke tempat asal, bukan ke mudah?

Sekilas pandang

Hah Tak suka aku nak ngata kan orang, maleh aku ... tetapi kadang-kadang ada juga perlu yang kita renungkan.. benar juga kata orang tua-tua " Matlamat tidak menghalalkan cara" jadinya jika kita nak berbuat sesuatu yang baik, seharusnya kita berusaha dengan cara yang terbaik juga.. jadi semua orang boleh mendapat kebaikan juga. Aku tak bertujuan nak mengatakan apa yang dilakukan ini salah, dan sesungguhnya aku juga tak berhak dan tidak boleh mengatakan nya salah cuma apa yang aku katakan adalah dari padangan ku sendiri, pendapat ku sendiri bahawa ianya adalah tak bersesuaian.. tak bermaksud semuanya salah.. so apa komen korang..?

Salam Hijrah

Selamat Menyambut Tahun Baru 1428 Hijrah Ya!, di sana sini orang akan menyebut tentang hijrah.. sebenarnya pernah kah kita terpikir, apa itu hijrah, dah apa peranan hijrah dalam kehidupan seharian kita, dan aper pentingnya hijrah kepada kita sebagai umat Islam? Dengan merenungi peristiwa-peristiwa yang berlaku semasa peristiwa hijrah ini kita akan dapat memperkuatkan mental dan fizikal serta keazaman untuk memperjuangkan Islam. Kerana kalau Nabi sebagai seorang manusia yang telahdirancang dan disempurnakan kejadian dan sifat-sifatnya oleh Allah terpaksa melalui dan merempuh jalan yang begitu sulit dan sukar untuk menegakkan Islam dan segala isi pengajarannya, apalah yang ada pada kita yang lemah ini untuk membolehkan kita mengelak dan terlepas daripada ditimpa kejadian yang serupa. Secara logiknya kita akan menerima lebih banyak masalah dan halangan kerana ia bukan sahaja fitrah perjalanan sebuah kebenaran dan keadilan tetapi ditambah pula dengan kelemahan-kelemahan yang ada pada kita ...

Athirah moving out..

So... setelah beberapa lama mencari aura, mencari pikiran, serta mencari panduan.. namun akhirnya aku kelu juga, tiada aura mendatang, tiada panduan yang aku dapat.. juga tiada pikiran yang menjenguk di kalbu.. so aku buat fikiran yang aku akan keluarkan athirah dari public.. jauh dari tatapan orang.. semoga akan ada yang berpuas hati.. dan ada yang menjadi suka hati.. namun bagi aku tiada secalit perasaan marah, kesal, maupun berduka... Jadi athirah takkan menghiasi blog ini ( entah ke sementara , entah ke selamanya.. aku pon tak tahu..) , biarlah aku abadikan athirah di satu ruang yang sulit.. dimana aku bebas untuk bermegah dengan diriku, menangisi perit hatiku.. dan bermuram durja ... dan jangan bimbang yang elok, yang ranum, yang hensem dan lawa serta gumbira akan ku khabarkan kat sini.. jadi, bergumbira lah.. bersenang-senanglah.. tiada apa lagi perlu di hebohkan.. tiada apa lagi di war-warkan..

Di hujung minggu..

Hujung minggu... Di mana orang lain bercuti, Di mana orang lain beriadah bersama keluarga, Bersama anak dan isteri, Aku bekerja, Walau hati ku berada di rumah, Bersama Athirah yang sedang riuh merangkak sana sini, bersama isteri yang sedang riuh melarang Athirah itu dan ini, Tak pa la, Demi sesuap nasi, Demi permainan yang hendak di main Athirah, Aku akan terus bekerja...

Laluan ku..

Hari ni, aku terpanggil untuk menyatakan satu pertanyaan yang bermain dibenakku, semenjak dua menjak ni, ada satu persoalan yang membuat aku bertul bertanya-tanya untuk mencari jawapan, tapi aku belum juga mendapat jawapan, jadi aku nak bertanyakan pada semua yang mendatang kat sini, pada pendapat korang semua la, adakag elok atau tidak elok meletakkan gambar anak banyak2 kat sini? Cuba korang responkan kat aku sat.. aku betul-betul memerlukan jawapan ni. Sebelum tu, disini secarang terbuka aku nak menyatakan bahawa sa nya aku tidak pernah berniat untuk berbangga dan membangga kan diri akan kehadiran anak ku ini, tapi yang ada pada ku hanya semata-mata kesyukuran yang tak terhingga, juga amat berterima kasih ketas isteri ku kerana sudi menjadi sorang ibu kepada anakku. Tak pernah aku berniat nak menyinggung mana-mana pihak dan juga tak pernah aku berniat nak menunjuk-nunjuk kepada sesiapa. Aku ada alasan sendiri untuk aku letakkan gambar anakku, maupun keluarga ku.. dan jika sesiapa...

Laluan teduh.....

Sudah lama aku tak mengunjungi laluan ini.. Dulu, Disinilah tempat aku berjalan. Merenung masa depan, Menilai masa lampau, Malah disini juga tempat aku berangan-angan, Macam mana la aku nak membentuk, sebuah kehidupan yang ku idamkan.. Kini laluan ini, Makin teduh, Makin redup, makin sunyi, Sewaktu aku mengunjunginya.. Mungkin, Sudah terlalu sarat kerinduannya akan diriku, Mungkin sudah begitu pasrah akan kemungkiran ku mengunjunginya, Atau mungkin sudah lupa aka diri ku... Ahh.. Bila aku akan kembali mengunjungi kembali laluan ini, Sudah teramat rindu rasanya, Bermain di gigi - gigi laluan ini, Beramah dan bermesra seperti dulu..

Kebakaran

Kebakaran ni aku saksikan sendiri..

Dari hijau..

Dulu.. Bagaikan hamparan karpet... Hijau semuanya... Sejauh pandangan.. Hingga ke kaki langit.. Kini.. Sudah ternoda.. Tiada lagi kehijauan.. Yang tinggal hanya tunggul-tunggul, Yang berceracakan.. Kontang dan kering.. Yang tinggal hanya rasaksa kuning.. Menodai hijau semalam, Tapi, Raksaksa itu lah, Penghubung kepada rezeki.. Pak Tani... 

Kalau lah!

Our Ref: ( JMM.RML06/701/10 Jld 14 ( 92 ) ) AMARAN RIBUT PETIR DAN HUJAN LEBATDikeluarkan pada: 11.00 pagi 04/01/2007 SEKSYEN A AMARAN HUJAN LEBAT (PERINGKAT JINGGA)Dikeluarkan pada: 11.00 PAGI 04/01/2007 Bagi Negeri Sarawak, hujan sederhana yang berlaku di Bahagian Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri dijangka berterusan sehingga hari Sabtu (6 Januari 2007). Di negeri Sabah, hujan sederhana dijangka berlaku dari masa ke semasa di Bahagian Kudat, Sandakan, Tawau, Pantai Barat, Pedalaman dan WP Labuan dan berterusan sehingga 7 Januari 2007 SEKSYEN B NASIHAT HUJAN LEBAT ( PERINGKAT KUNING )Dikeluarkan pada: 11.00 PAGI 04/01/2007 Di Kelantan, Terengganu dan Pahang, hujan menyeluruh dan kadangkala lebat dijangka berlaku mulai hari Jumaat 5 Januari 2007 sehingga hari Isnin 8 Januari 2007. Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak dijangka mengalami hujan dibeberapa tempat dan menjadi lebih menyeluruh serta lebat mulai hari Sabtu 6 Januari 2007 dan berteru...