Skip to main content

Pos gatai tangan..

 



Dah lama tak mencoret, dah usang sangat dah ruangan kat sini, entah kenapa menghilang? mungkin sekadar mengharap, apa yang kita letak kat sosial media lain, akan hinggap kat sini, dan tak payah lah kita update selalu kat sini, rupanya yang disangka mudah itu tak selamanya terjadi, ada banyak pulak sekatannya. So, akan malap lah lagi kat sini..

2023, tahun malap rupanya, yang disangka akan cerah sampai ke petang, rupanya ribut di tengah hari, di jangka se usai pertukaran kerajaan, ekonomi yang menjunam dijangka akan mencanak, tapi rupanya yang sudah ke lumpur amat susah nak dicungkil di kala tekanan ekonomi yang terus berlarutan. Ada yang katakan Malaysia tak tertekan sangat dengan keadaan ekonomi ekarang ni, mungkin juga benar, tapi mungkin sekadar hanya boleh bertahan, tetapi nak memuncak banyak lagi yang perlu di lakukan, dan kita sebagai rakyat kena juga adjust cara hidup.. lagi pon dah makin berumur ni, maka makin kurang lah sikit selera..

So, at the end terpaksa lepaskan jentera yang banyak berjasa ini, sekian lama berbakti membawa kami ke serata negeri, serata pelosok, dengan membawa pelbagai kenangan dan pengalaman.. ekonomi dah downturn, poket pun kena adjust, tak banyak, sikit pon kita adjust.. walau pon sayang nya nak lepaskan, tapi kerana ekonomi tak mengizinkan, maintenance makin meningkat.. 

Comments

Popular posts from this blog

Kalau Grab di Perlis - Inspired By Copilot

Entri kira muat...

Kasihani lah....