Hi Google Maps ni, baik hati sungguh la.. disimpannya kenagan dari Street View dia tu, ingatkan bila dah update, gambar lamanya tu akan dibuang begitu saja, tapi rupanya tidak, diletakkannya sebagai archive gambar, hmmm terperasan pulak hari ni, tak pa la, kita simpan sebagai kenangan, setiap deti yang berlalu tentu ada kenangan nya..
Ini gambar yang ada di Google Maps sekitar tahun 2013, Tengok masih belum ada rumah kt belakangnya.. dapur rumah masih yang lama.
Ini gambar yang ada di Google Maps sekitar tahun 2014, Masih sama
Toing, timbul 2018, 4 tahun dah berlalu, tiba-tiba dah ada umah baru kat belakang tu, pada awal 2014 ianya di bina dan pertengahan 2015 dah siap, nasib baik google maps tak cover masa tu, tentu beserabut dengan barang binaan.
Sekali lagi google maps datang update gambar pada Awal Februari 2019, entah mengapa, mengkin sempena besday aku kot (perasan..) .
Dan sekali lagi dalam bulan Oktober 2019 dia datang update gambar, baik hati sungguh, tapi bukan sekadar gambar dari depan, tapi juga bahagian tepi kiri dan kanan, hmm apa la yang baik sangat ni, nasib baik tak ada jalan belakang umah aku.. gamaknya dia masuk juga Google Street View Cars ni.
Pandangan sisi dari Masjid
Pandangan dari Jalan Kampung Peladang
Ni lah sebahagian dari Google Street View Cars, kerja depa masuk merata ceruk merakam dan membina street view google.
Comments