Skip to main content

Beban Selamatkan Tabung Haji (Rencana)




Beban Selamatkan Tabung Haji
Oleh : Dr Zaharuddin Abd Rahman
(Sinar Harian 8 dan 9 April 2019| ms.4)

MENURUT Ketua Pegawai Ekseku_f Tabung Haji (TH), Datuk Seri Zukri Samat pada sidang media

pengumuman hibah, Akta Tabung Haji mengehadkan pemberian hanya pada lebihan aset berbanding
liabili_. Walaupun keuntungan semasa TH adalah RM2.014 bilion, tetapi jumlah yang boleh diagihkanberdasarkan Akta TH (bagi memas_kan agar liabili_ _dak lebihi aset) hanyalah RM913 juta. Itulah jumlah yang membentuk 1.25 peratus hibah tahun 2018 yang terendah dalam sejarah.
Dijelaskan juga oleh pengurusan terkini TH, sejak beberapa tahun lalu, TH mampu memberikan hibah tinggi kerana wujud manipulasi piawaian perakaunan TH dan ketidaktepatan kedudukan akaun TH.

Akibatnya, hibah bagi beberapa tahun lalu adalah datang daripada wang depositor bukannya daripada
untung perniagaan sebenar. Ia adalah resipi keruntuhan TH sekiranya diteruskan serta _dak diperbaiki dan diperbetulkan. Bermakna, hibah _nggi masih boleh diberi tetapi dengan cara melanggar akta TH, mengubah ambang rosot nilai secara salah sekaligus melanggar piawaian perakauan TH sendiri dan menggunakan deposit penyimpan. Ini semua kalau dilakukan pada tahun 2018, pas_ boleh memberikan lebih daripada 6 peratus hibah tetapi ia salah di sisi undang-undang dan juga syarak serta menjatuhkan standard TH seper_ skim cepat kaya Pak Man Telo yang menggunakan duit pelabur awal untuk membayar pelabur terkemudian, bukan didasari oleh untung perniagaan tetapi 'memusing-musing' wang penyimpan.

Bagaimana tanggungan kos penyelamatan TH akan dibiayai oleh kerajaan?Berdasarkan maklumat daripada sidang akhbar TH, iaitu dibuat melalui melalui sun_kan dana bersih sejumlah RM17.8 bilion ke dalam TH yang akan dibiayai kerajaan dalam tempoh 10 tahun, iaitu daripada tahun 2020 sehingga tahun 2030.

Bagaimana kerajaan sedang menyelamatkan TH?
i. Kerajaan menerusi sebuah syarikat tujuan khas atau special purpose vehicle (SPV), iaitu Urus       
   Jamaah Sdn Bhd (UJSB) yang diketuai oleh CEO yang baharu dilan_k iaitu Izad Shahadi, membeli     aset TH yang kini bernilai hanya RM9.7 bilion dengan harga yang lebih _nggi pada RM19.9 bilion.

ii. Pembayaran RM19.9 bilion ini terdiri daripada:
  1. RM10 bilion dalam bentuk sukuk berkupon sifar dengan pulangan 4.05 peratus setahun bertempoh tujuh tahun.
  2. RM9.6 bilion dalam bentuk sukuk berkupon sifar dengan pulangan 4.10 peratus setahun bertempoh 10 tahun.
  3. RM0.3 bilion dalam bentuk bayaran tunai yang dijana menerusi aset RM9.7 bilion yang telah dijual kepada SPV (dividen dan sewa yang diperoleh).

iii. Dengan penerimaan aset-aset bernilai RM19.9 bilion, nilai aset TH akan bertambah dan melebihi
     liabili_nya sambil mematuhi piawaian yang sepatutnya.

iv. Dengan peningkatan nilai asetnya, TH akan terus mampu membayar hibah menurut keuntungan 
     yang diperoleh pada masa depan.

Dengan kata lain, kerajaan akan menanggung beban kewangan sebanyak RM19.6 bilion untuk
menyelamatkan TH. Kos yang akan ditanggung oleh kerajaan ke atas sukuk bernilai RM19.6 bilion tersebut dianggarkan sebanyak RM7.9 bilion, dan ini juga akan dibiayai oleh kerajaan.

Ini menjadikan tanggungan kasar kerajaan untuk menyelamatkan TH sebanyak RM27.5 bilion yang
disandarkan kepada aset bernilai RM9.7 bilion. Selepas menolak nilai aset sebanyak RM9.7 bilion, kerajaan akan membuat sun_kan dana bersih sebanyak RM17.8 bilion ke dalam TH yang akan dibayar dalam tempoh 10 tahun.

Berdasarkan kenyataan CEO TH, rumusannya keadaan TH sekarang adalah:

Defisit telah berjaya ditutup. Hibah boleh diagihkan mengikut Akta Tabung Haji. Semua kerugian rosot nilai telah direkodkan. Dijangka tiada lagi kejutan di masa hadapan. Kedudukan kewangan telah pulih. Pulangan yang stabil daripada aset yang berdaya saing. Sokongan daripada kerajaan melalui peruntukan tahunan diberikan untuk memastikan semua sukuk ditebus semula oleh SPV. Hak keutamaan dimiliki TH yang mana TH boleh mengambil semula aset yang telah dipindahkan setelah dipulihkan.

Tadbir Urus dan ketelusan yang lebih baik. Pengawalseliaan yang diperkukuhkan serta pengurusan pelaburan dan risiko yang lebih mampan. Subsidi haji masih ada bagi mereka yang ingin menunaikan haji termasuk pengiring. Simpanan penyimpan semua selamat malah dijamin 100 peratus oleh kerajaan. Aset yang dipegang oleh SPV Urusharta Jemaah Sdn Bhd (UJSB) kini diuruskan sendiri oleh UJSB yang diketuai oleh CEO Melayu Muslim bernama Izad Shahadi Mohd Sallehuddin dengan dibimbing oleh 5 orang ahli Lembaga Pengarah yang semuanya Islam. Prokhas dan CEO berbangsa Cina tiada lagi peranan dalam hal ini.

Keputusan besar dan penting berkaitan urusan TH semuanya dibawa ke kabinet menteri dan tiada sama sekali dikawal oleh menteri kewangan atau mana-mana bukan muslim. TH adalah di bawah tugasan perdana menteri dan menteri hal ehwal agama sahaja. Pandangan saya bagi pendepositor, bagi sesiapa yang menyimpan untuk menunaikan haji, terlebih baik untuk mereka kekal dalam TH bagi melunaskan hasrat mulia dan kewajiban haji terbabit serta mendapat subsidi haji dari TH. Bagi penyimpan untuk keuntungan yang lain dari itu termasuklah 1.3 peratus penyimpan kaya di TH yang merupakan pemegang RM37 bilion daripada keseluruhan jumlah simpanan RM74 bilion wang penyimpan, bertenanglah sekejap dan kemudian dengar dan fahami penjelasan pihak Tabung Haji dan bukan orang politik dari mana-mana parti politik sama ada pembangkang atau kerajaan (mereka saling melobi sokongan).

Sebaiknya fahamkan penjelasan CEO Tabung Haji Zukri Samad sebagaimana yang beliau huraikan dalam suatu sidang media. Biarlah kita mengambil maklumat dari bukan orang politik, ia lebih terpercaya. Jika masih tidak percaya, maka duit simpanan itu adalah duit anda, anda paling berhak menentukan keputusan terbaiknya.

Tahniah bagi mereka yang mampu membaca dan berusaha faham dari awal sehingga di para terakhir ini. Semoga hidayah dan kebenaran milik kita bersama.

Comments

Popular posts from this blog

Salam Ramadhan

Jom Hiking daa

Cuti...