Beban Selamatkan Tabung Haji Oleh : Dr Zaharuddin Abd Rahman (Sinar Harian 8 dan 9 April 2019| ms.4) MENURUT Ketua Pegawai Ekseku_f Tabung Haji (TH), Datuk Seri Zukri Samat pada sidang media pengumuman hibah, Akta Tabung Haji mengehadkan pemberian hanya pada lebihan aset berbanding liabili_. Walaupun keuntungan semasa TH adalah RM2.014 bilion, tetapi jumlah yang boleh diagihkanberdasarkan Akta TH (bagi memas_kan agar liabili_ _dak lebihi aset) hanyalah RM913 juta. Itulah jumlah yang membentuk 1.25 peratus hibah tahun 2018 yang terendah dalam sejarah. Dijelaskan juga oleh pengurusan terkini TH, sejak beberapa tahun lalu, TH mampu memberikan hibah tinggi kerana wujud manipulasi piawaian perakaunan TH dan ketidaktepatan kedudukan akaun TH. Akibatnya, hibah bagi beberapa tahun lalu adalah datang daripada wang depositor bukannya daripada untung perniagaan sebenar. Ia adalah resipi keruntuhan TH sekiranya diteruskan serta _dak diperbaiki dan diperbetulkan. Ber...