Skip to main content

Mr Mama Again!

Wah... kali ni aku bergelar Mr Mama lagi.. entah buat kali ke berapa.. kalau dulu Mr Mama in short term.. tapi kali ni mungkin akan berpanjangan.. The real mama, kini on the way ke tempat kerja baru... Nunn jauh ke Rantau Muadzam Shah. Ke salah satu pusat pengajian sana. Makna kata bertambah lagi status nya.. Bukan setakat jadi Mr Mama.. Malahan ada lagi PJJ kat belakangnya.. apa-apa akronim sesuai bagi PJJ ini adalah terpakai.. 

Sebenarnya sebelum melapor diri untuk bekerja selepas bercuti kerana menyambung pengajiannya selama 3 tahun tu, dah dapat berita akan di tukar ku Bandar Muadzam Shah Pahang. Jadinya makan tak lalu, jiwa tersentap dan pelbagai rasa ada.. cuba-cuba juga  nak buat rayuan dengan pelbagai jenis ikhtiar.. akhirnya bila lapor diri kat KPT Putrajaya tetap juga kena berhijrah ke sana. Adusss!!

Dengan hati berat terpaksa juga menapak melangkah memulakan hijrah. Hijrah dalam mencari sara hidup keluarga. Mungkin juga laluan untuk mencari bahagia itu bukan selamanya satu perjalan yang mendatar.. adakalanya perlu juga kita memanjat mau pun menuruni ranjau.. entah disana, di hujaung jalang mungkin ada sinar yang ditemui...


Tanggal 28 Ogos 2016 kami anak beranak mengiringi dan memberi sepenuh semangat untuk mama mendaftar diri di tempat kerja baru. Bertolak sejauh 1460km pergi balik, akhirnya mama dapat  pelepasan perpindahan 2 minggu sehingga lepas raya haji nanti baru mula kerja. Makin balik lah kembali kami ke negeri kelahiran bagi merancang persiapan dan menyelesaikan pengajiannya. Bila sampai nya kerumah esok harinya.. dapat call dari pentadbiran bahawa pelepasan tidak dapat di luluskan.. makan terpaksa ambil cuti tahunan. Tinggal beberapa hari saja lagi yang ada.. 

Jadi hari ni bermulanya mama menjadi pengembara di bumi Muadzam Shah, dan Mr Mama pula memulakan tugas hari ni...

Comments

Popular posts from this blog

Kalau Grab di Perlis - Inspired By Copilot

Entri kira muat...

Kasihani lah....