Skip to main content

Musim timuaq tua...

Dalam banyak kisah orang dulu-dulu ni, timuaq tua adalah hikayat di mana pesawah berada di dalam kesah dan gelisah.. kemarau yang memanjang sememang nya menjadi punca rezeki menguncup dengan ketaranya.. hendak bersawah bendang kering dan kontang.. hendak mandi jenuh pula mencari telaga yang airnya masih belum kering.. malahan untuk minum dan memasak terpaksa mencari telaga yang airnya betul-betul jernih. Malahan kadang-kadang terpaksa menapak berbatu-batu (ukuran dulu) mencari air dan mengandarkan nya balik. 

Dikala semua kerja tidak menjadi, apa yang dapat di buat hanya bermain... masa ini lah dapat bermain berhibur hati menghabiskan masa. Permaianan seperti wau, toi, bola di dalam bendang dan bermacam-macam permainan lagi yang dapat di kongsi berbagai peringkat umur. Yang menjadi kegemaran antara nya ialah menangkap ikan selepas air di gomba (pam keluar air) memang cukup nostalgia.. 

Kembali kepada nostalgia dulu.. maka berpakat juga lah dengan adik beradik sebelah mertua utuk gagau ikan dalam parit di hujung kampung... nostalgia sungguh!











Comments

Popular posts from this blog

2012 ke 2018 Dah bèrbeza ke..

Salam Ramadhan

Keria...