Skip to main content

Belasungkawa... Pergi nya seorang sahabat


IPOH - Seorang Inspektor polis dan ibu mentuanya maut manakala seorang kanak-kanak cedera apabila kenderaan mereka bertembung dengan sebuah lori di Jalan Gerik-Kuala Rui berhampiran Jalan Timur-Barat awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Gerik Superintendan Abdul Manab Beharum berkata dalam kejadian 4 pagi itu, Jafrizan Johan, 34, yang bertugas di Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas, Kelantan dan Khadijah Musa, 56, seorang peniaga meninggal di tempat kejadian.
"Siasatan awal mendapati kenderaan Proton Exora yang dipandu Jafrizan tiba-tiba terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori tanpa muatan," katanya kepada Bernama.    
Beliau berkata kanak-kanak lelaki berusia lingkungan tiga tahun itu cedera di dahi dan akan dipindahkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk rawatan lanjut.
Keluarga tersebut dalam perjalanan ke Pasir Mas manakala lori terbabit dari Kelantan menuju Gurun, Kedah. Abdul Manab berkata jenazah Jafrizan dan Khadijah dituntut waris mereka untuk dikebumikan di Perlis. - Bernama


Sebelum Berita ini Keluar, aku telah mendapat panggilan dari rakan sekerja memberitahu tentang kemalangan ni serta pemergian Jef ni. Terkapa-kapa aku, tak dapat nak pastikan kesahihan berita ni. Menurut rakan ku dia mendapat maklumat dari pada saudara terdekat arwah, kemudian dapat maklumat dari rakan rakan kumpulan berkereta mereka.

Allah, terlalu awal pemergian mu sahabat, masih banyak tanggungjawab yang perlu dipikul sebagai ketua keluarga pada 4 orang anak.. tapi apakan daya Allah mengetahui semuanya, Dia yang merancang segalanya. Tentu segala yang terbaik yang bakal dihadapi. Ku pohon kesabaran yang jitu buat balu beliau, sesungguhnya Dia tak akan menguji sesuatu yang hamba Nya tidak mampu. Sabar lah..

Buat sahabat semoga perjalan mu disini sampai disini, untuk ke Sana perjalan mu baru bermula, kami disini entah apa nasibnya.. Semoga roh mu aman di sana 

Comments

Popular posts from this blog

Kalau Grab di Perlis - Inspired By Copilot

Entri kira muat...

Kasihani lah....