Skip to main content

Dah besar berani dia..


Sedar tak sedar... dah masuk 6 Tahun dah Anieq Nu'man ni.. pejam-celik pejam-celik dah besar panjang dah anak teruna aku ni.. Kategori akai jenuh juga nih.. macam-macam perihal lah depa ni. Semalam dia tak mau makan, ntah pasal tak tahu.. mama pulak tak ada, ada kelas katanya kat Ipoh. Esok tu baru lah dia bagitau yang giginya sakit dan dah longgar. Bukan setakat malahan dia request nak pegi cabut.

Lepas mama balik dari Ipoh sekali lagi dia request.. ok lah.. pagi ni baru la dapat pi cabut, mama nya lah teman.. abahnya cari tempat parking.. susah benor nak dapat Parking kat Klinik Kesihatan Kangar ni.  Alhamdulillah berani sungguh dia.. tak nangis, tak memberontak pon.. Alhamdulillah Mudah dia.. Tahniah Abg Ngah.. well done!

Comments

Popular posts from this blog

Kalau Grab di Perlis - Inspired By Copilot

Entri kira muat...

Kasihani lah....