Skip to main content

Aktiviti hujung minggu... Gomba Telaga


Macam biasa bila datang musim kemarau, sawah bendah semua dah kering tinggal lah telaga-telaga dan parit-parit serta taliair yang air nya tinggal sedikit... apa lagi musim gomba (pam keluar air) dah bermula.. hmm tapi kerana kaki ku yang kurang sihat.. maka tak dapat lah aku terjun tangkap ikan macam depa, rugi-rugi, tapi nak buat kan.. nasib badan...


Hasil kali tak banyak sangat rasanya.. mungkin dah selalu benor kena gomba telaga ni, ikan pon dah tak berkenan nak diam. Tapi masih juga ada rezeki, setakat nak makan dengan buat pekasam memang tak de masalah punya...

Jadi menu special tengahari ni, apalagi makan ruan bakar dan juga gulai ikan puyu.. tak lupa ikan sepat yang yg besar, gemuk dan lemak tuh di goreng makan panas-panas.. wahh sedap tak hinggat nak snap gambar dah.


Air yang di gomba tu sempat juga bagi anak-anak itik tu mandi, hu hu bahagia depa, lama tak boleh berkubang macam tu.. panas terik sangat ohhh


Dalam dok seronok gomba telaga, budak budak kecik pulak seronok dok main dalam rumah, nak keluar main kat luar panas sangat, kang ada yang demam nanti . Bila dah main kat dalam tu macam-macam hal lah.. at the end, ntah macam mana tangan Anief boleh kena pintu dan berdarah-darah ni ha.. uih sekalai tengok cuak juga, isi dia macam terbelah je.. tapi rupanya macam terkoyak je.. mula-mula letak minyak gamat, Alhamdulillah berhenti pendarahan dia.. lepas tu letak pulak 'Fucidin Cream' untuk kering dan cantum kanmd kembali isi dia tu.. Alhamdulillah juga menjelang petang petang dah tercantum balik dah.. luka pon dah mula kering.. hu hu nasib baik lagi tak patah jari ke.. apa nak buat, bila dah ramai-ramai berhimpun ni macam-macam boleh jadi.. sabar aje la...

Comments

Popular posts from this blog

Kalau Grab di Perlis - Inspired By Copilot

Entri kira muat...

Kasihani lah....