Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2014

Aktiviti hujung minggu... Gomba Telaga

Macam biasa bila datang musim kemarau, sawah bendah semua dah kering tinggal lah telaga-telaga dan parit-parit serta taliair yang air nya tinggal sedikit... apa lagi musim gomba (pam keluar air) dah bermula.. hmm tapi kerana kaki ku yang kurang sihat.. maka tak dapat lah aku terjun tangkap ikan macam depa, rugi-rugi, tapi nak buat kan.. nasib badan... Hasil kali tak banyak sangat rasanya.. mungkin dah selalu benor kena gomba telaga ni, ikan pon dah tak berkenan nak diam. Tapi masih juga ada rezeki, setakat nak makan dengan buat pekasam memang tak de masalah punya... Jadi menu special tengahari ni, apalagi makan ruan bakar dan juga gulai ikan puyu.. tak lupa ikan sepat yang yg besar, gemuk dan lemak tuh di goreng makan panas-panas.. wahh sedap tak hinggat nak snap gambar dah. Air yang di gomba tu sempat juga bagi anak-anak itik tu mandi, hu hu bahagia depa, lama tak boleh berkubang macam tu.. panas terik sangat ohhh Dalam dok seronok gomba te...

Tips mengasingkan anak tidur dari bilik ibu bapa

Tips mengasingkan anak tidur dari bilik ibu bapa Memisahkan anak-anak tidur di bilik sendiri bukanlah perkara yang mudah, tetapi jika betul cara dan kaedahnya, Insya Allah urusan yang bisa memeningkan kepala ini akan berjaya ibu bapa laksanakan. Jika anda buntu, jom kita cuba tips-tips dibawah. Moga membantu dan bermanfaat! Sepakat Ibu dan bapa mestilah sepakat di dalam hal ini, setiap orang mesti menyampaikan mesej yang sama dengan kerap setiap hari. Berbual dengan anak tentang perkara ini setiap pagi selepas mandi, ketika makan, ketika pergi bersiar-siar, di dalam kereta, sebelum tidurkan anak-anak dan bila-bila sahaja yang dirasakan sesuai. Ibu bapa boleh katakan kepada anak-anak : “Seminggu lagi adik dah 3 tahun, adik dah besar, cantik dan berani, jadi adik kena tidur di bilik sendiri tau…” “Mulai minggu depan, adik tidur di bilik adik tau, bilik ayah dan ibu ni bukan lagi bilik adik, nanti kita hiaskan bilik adik cantik-cantik ok? Adik nak cadar warn...

Pentingnya.. asingkan bilik tidur anak dan ibu bapa..

Asingkan anak-anak tidur dari bilik ibu bapa? Kenapa? Walaupun anak-anak ini kelihatan begitu lena, namun kita tidak dapat menjamin bahawa mereka tidak akan tersedar sehingga ke pagi. Maka berwaspadalah sentiasa! Pendidikan seks, apa yang anda fikirkan apabila disebut perkataan ini? Ramai yang rasa ia adalah satu perkara yang lucah dan memalukan. Namun, ketika saya ingin menulis tentang mengasingkan anak tidur dari ibu bapa, saya menyelak buku Pendidikan Anak-Anak Islam tulisan Dr Nasih Ulwan. Saya dapati, Dr Nasih Ulwan telah menerangkan tentang perkara terbut di dalam satu bab yang panjang iaitu bab pendidikan seks.  Setelah diteliti, ternyata bahawa pendidikan seks di dalam keluarga islam sangat-sangat dipentingkan untuk menjaga anak-anak dari terdedah kepada gejala sosial yang amat membimbangkan sebagaimana yang berlaku di dalam masyarakat pada masa kini. Melihat kepada gejala sosial yang berlaku kini seperti penzinaan,  pembuangan anak,  seks...

Dah besar berani dia..

Sedar tak sedar... dah masuk 6 Tahun dah Anieq Nu'man ni.. pejam-celik pejam-celik dah besar panjang dah anak teruna aku ni.. Kategori akai jenuh juga nih.. macam-macam perihal lah depa ni. Semalam dia tak mau makan, ntah pasal tak tahu.. mama pulak tak ada, ada kelas katanya kat Ipoh. Esok tu baru lah dia bagitau yang giginya sakit dan dah longgar. Bukan setakat malahan dia request nak pegi cabut. Lepas mama balik dari Ipoh sekali lagi dia request.. ok lah.. pagi ni baru la dapat pi cabut, mama nya lah teman.. abahnya cari tempat parking.. susah benor nak dapat Parking kat Klinik Kesihatan Kangar ni.  Alhamdulillah berani sungguh dia.. tak nangis, tak memberontak pon.. Alhamdulillah Mudah dia.. Tahniah Abg Ngah.. well done!

Timur Tua

Dulu dulu kalau sejuk macam ni... Timur tua namanya...