Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2014

Konflik : Suami Isteri

TIPS MUNAKAHAT – KONFLIK ANTARA ISTERI MALAS & SUAMI ROMANTIK Sejak akhir-akhir ini, ramai yang merujuk kes rumah tangga, khususnya yang berakhir dengan tahap parah dan sudah menjengah ambang perceraian. Antara kes yang kami pandang berat ialah fenomena suami ‘romantik’ yang menjadi kebanggaan isteri pada awalnya.  Ramai suami di kalangan pemimpin di pejabat dan di organisasi pimpinannya, namun di rumah terlalu ‘romantik’ sehingga terpaksa melakukan sendiri kerja rumah. Ironinya, ada di antara isteri yang terlibat tidak bekerja, bahkan tidak mempunyai anak.  Banyak juga kes perceraian yang disebabkan isteri terlajak aktif bekerja sampai sering sekali outstation meninggalkan suami dan anak-anak di rumah. Fitrah seorang wanita adalah untuk digagahi suaminya secara fitrah. Apabila suami berterusan mengambil alih tugas isteri, memasak, membasuh, menghias rumah, menjaga anak dan sebagainya, maka lama kelamaan kelembutan terbentuk padanya. Akhirnya kelembutan ini pula

Sidang Redaksi Perpustakaan..

Ada juga gambar ku dalam sidang redaksi ni yer.. he he Mood tak berapa ok.. macam nak demam.. batu-batuk dah ni..

11 Tahun sudahh...

Tu dia aihhh... sedar tak sedar dah 11 tahun rupanya aku menceburi bidang penulisan blog ni.. ahh bukan masa yang singkat rupa nya. Walaupun kadang-kadang rasa masa berlalu dengan cepat.. begitu banyak juga peristiwa yang sempat ku kutip dan titipkan di sini. Bermula sebagai sekadar memenuhi masa luang sewaktu sendirian ketika bertugas di Kaunter Hipermedia Perpustakaa Cawanga Simpang Empat.. kemudian dah mula berkenalan dengan beberapa kenalan atau lebih tepat kenal beberapa orang blogger dan mengikuti setiap hari penulisan depa membuatkan kita pon semangat nak menulis sama.. Penulisan aku yang pertama atas nama sikelu menggunakan Blogdrive.com, semestinya percuma he he.. dan entri pertama ialah pada 12, May 2004. Kemudian 14, September berpindah ke Blogspot.com atas nama sangkelu.. Hingga kini dah masuk tahun ke 11 catatan ku di alam maya ni, macam2 pengalaman sebenarnya, bertemu dan berjumpa dengan blogger, di  pandang sinis disebalik aku berblog masa awal-awal dulu pasal

Sejuk sungguh Perlis

Perlis yang terletak di utara Semenanjung sekali lagi berdepan cuaca luar biasa. Berlainan tahun lalu yang menyaksikan kepanasan melampau melanda Perlis, kini penduduk berdepan 'musim dingin' pada sebelah malam. Kesejukan luar biasa itu dijangka berlarutan sehingga Tahun Baru Cina sekali gus membolehkan penduduk negeri itu merasai cuaca tanah tinggi buat sementara waktu. Untuk tempoh dua minggu akan datang, Perlis dijangka mencatatkan suhu antara 24 darjah celsius hingga 34 darjah celsius. Menurut laporan kaji cuaca, Perlis mungkin mengalami hari paling sejuk pada Sabtu ini (25 Januari) apabila Kangar dijangka mencatat suhu paling rendah 20 darjah celsius. Jurucakap Jabatan Meteorologi pula memberitahu bahawa Perlis sedang mengalami musim berangin dan keadaan itu akan mempengaruhi 'rasa sejuk' penduduk negeri tersebut. Untuk maklumat, Perlis sebelum ini turut mengalami cuaca luar biasa pada tahun lalu apabila mencatatkan suhu tinggi yang me

Makan2 @ hari minggu...

Hari ni masih bersantai2 bersama famili. Bangun pagi-pagi mesin rumput dibelakang rumah. Dalam jam 10pg dah berttolak ke Nat Cari stock basah utk seminggu. Beli juga barangan makanan utk sarapan pagi... Lepas Sarapan pi Cari mentatarang pulak.. Lepas tu ikan siakap... Akhirnya Ini lah yg terjadi...

Mahal nya makan...

Yoo Bro... Hari ni makànn.... Punya lah mewah.. Satu pack nasi campur boleh cecah smp RM 6 lah bro... Kalau ikut harga tu Wa boleh bayangkan mesti nasi beriani la, mandhi la, koman2 pun nasi ganja Perlis yang sempoi tu.... Sekali Wa dapat, tedia.... (Tengok saja gambor tu..) Kalau macam ni punya hidangan mmg sakit woooo.... Kne ikat perut ooo.... Nak salah kan sapa aih... Kalau nak salah Tak guna juga bila harga barang dah naik. Ini kali la.... Wa makan kangkung sajalah kalau mau jimat...

Stress ke..?

17 Tips Mengatasi Stress Dalam Hidup dan di Tempat Kerja stress Stress adalah keadaan jiwa yang paling populer di abad ini. Coba anda ingat-ingat kembali berapa banyak orang yang anda jumpai mengatakan bahwa mereka sedang mengalami stress atau mungkin anda sendiri sedang mengalaminya? Stress bukan suatu penyakit, tetapi jika anda tidak dapat mengatasinya dalam waktu tertentu, anda akan terkena banyak masalah kesehatan. Beberapa waktu yang lalu saya membaca sebuah artikel yang mengatakan bahwa : - Lebih dari 40 juta orang di Eropa atau setidaknya 1 dari 3 orang pekerja mengatakan bahwa mereka mengalami stress di tempat kerja. - Stress di tempat kerja adalah masalah kedua yang sering terjadi disamping masalah sakit punggung. - Dari hasil survei juga dikatakan bahwa lebih dari seperempat pekerja absen selama 2 minggu (akumulasi) dalam setahun karena masalah kesehatan yang diakibatkan oleh stress. Mohon maaf karena saya belum mendapatkan hasil survei di Indones

Kangkung oh Kangkung...

Hari ni terbit berita : SUSULAN tersebarnya video penuh ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir di media sosial yang turut menyebut mengenai harga sayur kangkung, hari ini trending Facebook adalah berkaitan sayur tersebut. Sinar Harian Online mendapati pengguna laman Facebook telah mengemaskini status dengan nama sayur kangkung beserta gambar sayur itu yang dijadikan pelbagai jenis hidangan. Isu sayur kangkung itu juga turut mendapat perhatian Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar  yang turut berkongsi menu makan tengahari "pilihan", pada hari ini. "Apa menu makan tengahari anda hari ini?...saya makan kangkung masak kurma!," tulisnya. Semalam Najib dipetik sebagai berkata: "...ada yang dah turun, kangkung yang dulunya naik sekarang sudah turun. "Bila turun kenapa tak puji kerajaan, masa naik dipersalahkan kerajaan," katanya. Lepas tu kan keluar lah macam2.. kan..?

Eksiden - eksiden...

KANGAR - Sebuah ambulans yang membawa pesakit diabetes bertembung dengan sebuah kereta di simpang empat lampu isyarat di Behor Lateh, dekat sini,  semalam. Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, Deputi Supernitendan Ismail Che Isa berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 8.15 pagi semalam, seorang waris yang mengiringi pesakit dalam ambulans itu patah tangan kiri, namun pesakit tersebut serta seorang lagi warisnya hanya cedera ringan. Menurutnya, pemandu ambulans dan seorang lagi kakitangan Hospital Tuanku Fauziah yang mengiringi pesakit tersebut turut cedera ringan. “Manakala pemandu kereta jenis proton Saga terbabit juga cedera ringan dalam kejadian itu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Kata Ismail, ambulans itu dipercayai dari arah Simpang Empat dalam perjalanan ke Hospital Tuanku Fauziah dan kereta tersebut pula dari Gunung Medan ke Kuala Perlis. Menurutnya, akibat salah faham dan sikap pemandu yang kurang peka terhadap siren ambulans, kedua-dua kenderaan tersebut bert

Anief ketagihan...

Hmmm.. Budak ni dah mula seronok berjalan... dapat peluang pakai kasut je mula lah nk  jalan sana sini, kalau Di larang mula la nak mengamuk, hmmm angin betui...

Hi.. Hi.... Bye... Bye....

Hi 2014... Bye 2013... Semoga 2014 memberi lebih kecekalan dalam mengharungi liku-liku cabaran. Terima Kasih 2013, atas segala kenangan, cabaran yang lebih mendewasakan,  juga atas rezeki yang dikurniakan Nya.... Alhamdulillah....