Alhamdulillah... bermula dari 16.09.2013.. aku berpindah tempat kerja lagi.. kali ni bertugas di Kaunter Utama Perpustakaan Awam Perlis.. dan kali ni hari-hari juga kena mengadap pengguna, menjalankan tugas-tugas kaunter. Surat pertukaran tempat bertugas ni di terima pada 2.09.2013 lagi cuma sengaja aku pendamkan, bagi ku perkara biasa lah kan... bertindak mengikut arahan.
Semalam 16.09.2013 hari pertama aku bertugas di tempat baru.. sebaik tiba kat kaunter ( masuk lewat la.. pasal Shift pukul 9.00), member sekerja aku nih cakap ada call dari admin... so aku call balik depa cakap sila naik ke pejabat amik surat... loh surat apa lak kan sampai kena gi amik sendiri dan perlu di telefon . hmm so sebaik masuk pejabat .. aku di beri surat...
Alhamdulillah rupa-rupanya Jawatan aku di 'upgrade" satu takuk lagi, maklum lah dah jadi warga 'senior' lah katakan.. dah 13 tahun aku lebih malahan dah tahu ke 14 sebenarnya ak bertugas di sini.. jadi kenaikan adalah atas kelulusan pihak atasan .. Jadi Alhamdulillah aku sangat bersyukur dan berterima kasih pada Nya. Juga kepada Pegawai atasan yang mengiktiraf aku. Mungkin juga rezeki anak-anak... Alhamdulillah
Ini lah yang aku maksud kan " hari ni mula kerja di Bahagian Baru.. mula pula dengan langkah kanan.. "
Comments