Izinkan Saya Berzina Dengan Anak Pakcik? Ini ada satu kisah menarik yang boleh dikongsikan bersama kepada semua terutama kepada mereka yang belum berkahwin.. hayati perbualan yang indah ini :) Sekadar gambar Hiasan Satu hari nak dijadikan cerita, seorang lelaki telah datang ke rumah teman wanitanya.. Gadis : Masuk lah dulu, jumpa dengan ayah saya Teruna : Boleh ke? Gadis : Masuk je lah, saya nak siap Menyusup masuk si teruna melalui pintu utama. Pintu yang siap terbuka mengaluka-alukan kedatangan si Teruna. Teruna : Assalamualaikum. Bapa G : Waalaikumusalam. Melihat pada lantangnya suara bapa si gadis, terus si teruna kaku membatu. Lantas si gadis menarik tangan si teruna menyedarkan dari lamunan itu. Gadis : Mari, duduk kat kerusi Teruna : eh. Setelah tangan dihulur dan salam bertaut, duduklah si teruna di kerusi hampir menghadap bapa si gadis. Hanya surat khabar yang menjadi tabir antara mereka. Bapa G : nak jalan kemana hari ni? Teruna : Bandar je cik,...