Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2012

Seminggu Ramadhan

Seminggu yang telah lalu ini pasti ada antara kita yang ter'kandas'. Ter'kandas' itu bukanlah tidak berpuasa, tetapi terkandas dari meneruskan azam yang kita selalunya telah tetapkan dalam bulan Sya'ban yang lalu. Maklumlah, mungkin kata sesetengah orang," mahu dibiasakan", entah pemikiran mana yang mereka dan kadang-kadang kita 'ter'pakai, sedangkan Allah telah memberi kita bulan Rejab dan Syaa'ban sebagai bulan persediaan. Bagi membangkit kan ruh Ramadhan dalam diri kita, mahu ataupun tidak, fadhilat Ramadhan perlulah kita renung satu-persatu. Zaman kini sudah tidak ada alasan untuk dikatakan bahawa, "Aku tidak tahu tentang fadhilat Ramadhan." memandangkan terlalu banyak buku yang menjawab persoalan tersebut. Apa yang harus dirisaukan adalah : "Hadith ini maudhu' ke sohih?". Maklumlah, bila sudah terlalu banyak orang nak membangkitkan semangat Ramadhan, isu pendustaan ke atas kata-kata Nabi SAW pula timbul...

Hari ke 5 Ramadhan

Hmmm.. dah lima hari berpuasa, juga dah lima hari juga Athirah berpuasa, tapi puasa nya masih tak penuh, masik sekerat hari, tak perlah  baru 6 tahun, masih bertatih-tatih nak berpuasa, dan map pak pon masih tak mau straight sangat lagi.. cuma berharap dapat lah dia dapat berposa penuh sekurang-kurang  2 - 3 hari Ramadhan kali ni... Tapi entah lah tu pon, peel dia memang kuat owh, bila dah dia kata lapar tuh, sampai mengamuk mengamuk nak makan juga, tak leh sapa nak kata apa.. isk macam sapa ye..? posted from Bloggeroid

Kelebihan Terawikh ....??

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan tarawikh pada malam-malam ramadhan telah tersebar dengan meluas sekali. Media-media elektronik,media-media cetak serta media-media massa turut sama memainkan peranan mereka menyebarkannya melalui akhbar-akhbar, dairi-dairi Islam, TV, radio,risalah-risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat terutamanya dalambulan yang diberkati itu. Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut, Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadhilat sembahyang tarawih pada bulan Ramadhan antaranya:· Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).· Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-...

Ramadan Seorang Pejuang ...

Ramadan Seorang Pejuang Ramadan menjelang lagi. Bagi seorang Muslim, kedatangan Ramadan seharusnya disambut dengan kesyukuran dan kegembiraan. Walau pun secara lumrahnya ia membawa bersamanya keletihan fizikal dan kesibukan masa kerana tugas dan tanggungjawab tidak berkurangan dengan kedatangan Ramadan dan kesibukan pula bertambah kerana untuk mengimbang antara tugas harian dan amal peribadi bagi meraih fadilat bulan yang mulia ini, namun ia tetap harus disyukuri kerana ketidaksyukuran adalah petanda kurang redha akan taklif yang Allah telah tetapkan. Kita merasakan penting bulan Ramadan ini kerana ia adalah masa terbaik untuk kita membangun kekuatan yang berkurangan, merawat luka-luka dan menyucikan kekotoran jiwa yang bertompok sepanjang setahun yang lalu. Walau pun sebenarnya kita tidak perlu menanti Ramadan untuk melakukannya tetapi Ramadan tetap merupakan bulan yang terbaik untuk kita mempertingkat usaha tadi. Sejajar dengan konsep ‘hari ini lebih baih dari semalam’, maka Ram...

Menjelang Ramadhan

Nasihat Rasulullah Menjelang Ramadhan Diriwayatkan Oleh Ibnu Huzaimah, Rasulullah memberikan nasihat menjelang Ramadhan : "Wahai manusia! Sungguh telah datang pada kalian bulan Allah dengan membawa berkah rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia disisi Allah. Hari-harinya adalah hari-hari yang paling utama. Malam-malamnya adalah malam-malam yang paling utama. Jam demi jamnya adalah jam-jam yang paling utama. Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tamu Allah dan dimuliakan oleh-NYA. Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu ibadah, amal-amalmu diterima dan doa-doamu diijabah. Bermohonlah kepada Allah Rabbmu dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu untuk melakukan shiyam dan membaca Kitab-Nya. Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah di bulan yang agung ini. Kenanglah dengan rasa lapar dan hausmu di hari kiamat. Bersedekahlah kepada kaum fuqara dan masakin. Muliakanlah orang t...

Menjelang Ramadhan...

-gambar hiasan- Sudahkah kita bersedia dengan Ramadhan 1433H yang bakal tiba dengan hanya sebulan sahaja lagi? Sekadar perkongsian umum melalui pengalaman sendiri dan ilmu yang diketahui setakat ini, di bawah ini merupakan antara cara kita dalam melakukan persediaan menjelang Ramadhan. Lazimi dengan amalan-amalan sunnah seperti: 1) Membaca, menghayati ayat-ayat suci al-Quran. 2) Sentiasa lidah basah dengan zikrullah. Paling kurang pun beristighfar pun memadai kerana amalan yang sedikit tetapi berterusan adalah lebih baik daripada amalan yang banyak tapi terputus. Seperti mana hadith nabi SAW: “Daripada Aisyah r.ha., Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) 3) Melakukan puasa-puasa sunat sebagai latihan di bulan Ramadhan kelak. 4) Latih diri daripada melak...

Hilal Ramadhan 1433H

KUALA LUMPUR, 16 Julai – Tarikh bagi melihat anak bulan Ramadan ialah pada petang Khamis ini (19 Julai). Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, sebanyak 30 tempat di seluruh negara telah ditetapkan bagi tujuan itu. Tempat berkenaan ialah di Pontian Kecil Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara Melaka; Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Kuala Selangor; Pulau Angsa, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Banting Selangor; Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam; Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru Daerah Manjong Perak; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Acheh Pulau Pinang. Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda Kedah; Pemandangan Indah, Pulau Langkawi; Menara Alor Setar, Alor Setar Kedah; Bukit Besar Kuala Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman; Pulau Perhentian, Besut; Balai Cerap Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin(KUSZA) Setiu, Terengganu. Bukit Peraksi Pasir Puteh, Kelantan; Bukit Kampung Tembeling  Mu...

Eksiden berkembaq

Tadi dalam pukul 3 lebih, dua eksiden terjadi dekat ngan umah, ikut dari cerita kawan2 FB yang lalu (pasai aku kat tempat keja, jadi tak tau lah peristiwa nih, tapi thanks to FB ada juga orang yang laporkan bersama gambar..). Menurut kawan aku tuh, eksiden pertama melibat kan sdebuah kereta kancil dan Skuter Yamaha Ego..dia sendiri tak pasti nasib pemandu skuter tu sebab masa dia sampai pemandu tu dah di bawa ke hospital. eksiden pertama Eksiden kedua pulak rentetan dari eksiden pertama, dek kerana selisih  kereta yang bawak perlahan tu (mungkin nak tgk kemalangan tadi) menyebabkan kedua bergesel dan motor tidak dapat dikawal dan jadi diatas jalan, dan kemudian di gilis oleh sebuah lori simen. Pemandu motor ni budak sekolah masih berunifom masa nih,, nasib baik tak ada apa2...