Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2012

Gempa Bumi dan Padang Besar..?

Gempa bumi kuat gegar barat daya Siberia 26 Februari 2012 KUALA LUMPUR - Gempa bumi kuat berukuran 6.5 pada skala  Richter menggegarkan baratdaya Siberia Russia pada pukul 2.17 petang ini. Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa bumi itu terletak di 525 km tenggara dari Krasnoyarsk, Russia, dan 5,029 km barat laut Padang Besar Perlis. Gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami.- Bernama

Anief dan Anieq

Semalam aka kemarin, di ketika mood yang baik sambil bermain-main telefon gamaknya dapat juga mama merakam detik-detik mesra Abang Angah aka Anieq yang cuba nak bermanja-manja secara malu-malu dalam mood manja bersama adik Anief.. wah cepat jua masa bergerak... hmmm okeh, gambar-gambar ni dari hanphone mama, yang telah di ceduk dari FB mama, he he ..

Latiff Ibrahim - meninggal

SHAH ALAM - Penyanyi era 80-an, Latiff Ibrahim meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) kira-kira jam 6.06 petang tadi. Allahyarham Latiff, 62, yang sebelum ini dimasukkan ke IJN 18 Disember lalu berikutan serangan jantung, menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga. sumber : Sinar Harian

Makin besar...

....hurray saya dah 5.4kg....

Jenguk-jenguk bilik tidur untuk budak-budak...

Wah, suka pulak tengok idea macam nih untuk katil budak-budak kan, lebih kemas dan teratur, tapi sesuai la untuk sapa yang ada anak yang ramai, hmm bayang kan ada dua bilik dan ada empat katil macam nih, pergh dahh jadi 8 orang anak, kalau bagi idea macam nih kat mama, boleh pengsannn ni!!!  Hmmm macam nih pon cantik juga kan untuk dua orang budak lelaki, tak terlalu kemas, tapi boleh di tambah dengan ruang untuk studi dan bersantai... Wah kalau macam ni pulak lebih kontemporari, tapi cantik juga kan, simple.. tapi kalau gaduh-gaduh berebut tempat macam mana pulak ye..?  Kalau hak atas rasanya tak berapa sesuai untuk anak-anak yang masik kecik, kot maunya terkejut tergempar maunya terus terjun tuh, tinggi juga tu, hak bawah tu pon catik siap ada meja studi lagi..  Yang macam ni juga cantik, sesuai untuk dua orang, lelaki atau perempuan... Yang ni single room dengan wardrobe dan study unit.. memang cun punya.. Adeh macam-macam jen...

Hujan...

dah lama tak ujan, hampir satu bulan,  bumi merekah, sungai kontang dan tiba-tiba hujan turun...  Alhamdulillah

Lagak Anieq...

Dah tiga hari dok buat treatment nebulizer kat anieq pasal kahak yang terkumpuldah makin banyak, terpaksa amik ubat dan juga nebulizertu,tiga hari lak buat tuh, nasib baiklah tak jauh,Kuala Perlis saja, tapi tuh la bila kena time malam sikit punya sesak derrr... Tinggallah abah ngan Anieq saja, mama jaga adik kat umah,Ayong mmg ada aktiviti dia sendiri di rumah.. Ingatkan dah batuk-batuk macamnih boleh ladia dok diam, tapi jangan harap la... Tapi tgk saja la kelaku dia.. heh he takleh diam laaaaa... dah amik nebulizer baru lah nak diam

Kasihani lah....

KANGAR - Seorang penjawat awam, Rosmizan Rosla, 33, dan isteri Norhasazliza Abu Hasin, 30, dari Kampung Batu 5, Kayang dekat sini, hanya mampu menangis melihat penderitaan dialami anak sulung mereka, Nurin Zuhaira, 5, berikutan penyakit barah otak yang dihidapinya sejak tiga setengah tahun lalu. Rosmizan yang mempunyai dua anak sering menangis bersama isteri setelah tidak sanggup melihat keadaan anaknya yang kini terpaksa menjalani pelbagai pembedahan termasuk rawatan pemeriksaan susulan kimoterapi sebanyak enam kali. Menurutnya, Nurin Zuhaira sebelum ini pernah menjalani pembedahan bagi membuang biji mata kiri setelah didapati menghidap penyakit retina blasptoma atau pun kanser mata pada usia satu tahun enam bulan. “Setelah pembedahan itu berjaya, Nurin Zuhaira kembali menjalani kehidupan dengan ceria sehinggalah kami mendapat tahu kanser yang dihidapi Nurin sebelum ini merebak ke bahagian otak pada tiga tahun lalu. “Satu pembedahan bagi membuang ketumbuhan di k...

Hari Keluarga Tok Pah...

Pada hari Sabtu lepas, Tok Ayah ngan Tok Pah buat plan nak timba telaga aka parit ternakan ikan belakang rumah tu, jadi pakat berimpun lah beramai-ramai segala rakyat Tok Pah dan Tok Ayah, yang takda pon Adik kat UITM Penang tuh, juga sorang cucu yang masuk asrama sekolah kat Arau.. jadinya meriah juga lah kat kampung tuh.... Cuaca lak memang dah lama tak ujan, jika ada awan tebal pon kejap kemudian di bawan angin entah kemana, memang musim kemarau betul, bendang dan sungai pon dah mula mengering da merekah.. Macam biasa bila balik kat kampung nih, macam biasa lah Anieq Nu'man nih memang tak mau masuk rumah punya, asyik merayau saja dalam kampung, kejap dia main dalam rumah kejap main batu kat luar rumah, hu hu memang heaven lah tu dapat main ramai-ramai macam tuh. Acara awai bermula dengan mengering dan menangkap ikan di kolam bela ikan tuh, jadi dalam kol 10.00 baru mula pam keluar air dan dalam 12.00 baru kering dan tangkap ikan, ikan yang awal-awal tuh kena siang...