Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2011

Majlis Hilal Ramadhan 1432H

Hasil Kolam Tok Pah

Semalam lepas balik dari Aloq Setaq singgah juga la sat kat umah tok pah, kononnya nak hantaq barang sikit, al maklum lahkan, dekat2 nak posa nih, sampai je nampak lah tok ayah dok ramai-ramai kat kolam ikan tuh, ingatkan pasai apa, rupa-rupa depa baru lepas angkat ikan keli nih. Owh abis sudah la ikan nih, kalau tangkap pakai jala mungkin boleh tahan lama, nih di pancing, jawab dia memang tak tahann lamalah... keli hasil kolam tok pah... 3.2kg Selepas lama sikit baru la ndengaq ceta yang selepas ikan nih yang asalnya masuk dalam pukat yang di tahan oleh tok ayah kat sungai depan umah tuh, di lepaskan kat kolam ikan.. dia dah rakus makan anak-anak ikan kat dalam kolam tuh, ooo patut la tengok ikan kat dalam tuh macam makin kurang saja, rupanya dia nih lah yang merampoknya....   ikut cerita tok ayahnya, paginya dah try di jala.. tapi si ikan keli ini dengan gagahnya berjaya melarikan diri, dengan meneborosi jalan yang di lontarkan.. akhirnya dek terliur akan perut ay...

Shopping raya katanya...?

kunon2nya nak pi cari baju depa nih, maklum lah dah nak puasa, lepas puasa dah nak raya.. nak cari aju ulan puasa tentunya dah letih, nak melayan depa nih lagi satu letih, jadi pelan-pelan cari lah baju sikit2.. untuk bebudak saja lah nampaknya.. mak pak budak, nanti2 lah atau recycled tahun lepas saja lah.. boleh la gitukan..? 

Opsss.. foto shoot pulak

Isk semalam di adakan satu sesi fotografi, dengar katanya untuk kemas kini carta organisasi.. wah bagus juga ni, sentiasa updatekan laman we, almaklum lah, sekarang semua staf dah berada di bawah pentadbiran kerajaan persekutuan , jadinya kena lah di perelokkan dan di kemaskinikan.... okeh.. steady lah bro...

Terlepas lagi...

Nampak gayanya terlepas lagi Malaysian  melangkahan ke pusing ke 3 kelayakan Piala Dunia 2012, tiada apa yang perlu di persalahkan, tiada siapa perlu di persalahkan kerana masing-masing telah melakukan terbaik mengikut ke upayaan masing-masing. Tiada ada sapa yang akan mengutuk siapa-siapa kerana begitulah tahap kemampuan kita. (gambar-gambar dari BHarian) Walaubagaimana pun ucapan tahniah dan juga terimakasih perlu juga di zahirkan, terutama kepada semua pemain, jurulatih, juga keseluruhan pasukan diatas komitmen mereka dalam memertabatkan sukan Malaysia. Juga ucaapan tahniah juga buat semua penyokong pasukan Harimau Melaya, begitulah hendaknya semangat, biar menang maupun kalah tetapi pasukan tetap di sanjung, Tahniah..!! Sesungguhnya kita masih belum kalah, cuma mencari ruang dan masa untuk terus menang... Syabas..!!!
Mari lah kita ramai-ramai sokong Harimau Malaya malam ni, biarlah mereka berjuang berhabis-habisan dengan bekalan semangat kita, biar apa pun keputusan malam nih, biarlah semangat yang menjadi ukuran... sokong kempen 3-0 Malaysia menang!!

Ruang Kaki Lima

Kaki lima di depan perpustakaan yang sedang di naik tarafkan...   Lagi tempat santai depan perpustakaan bahkan petang petang ada jualan kat gerai nih.. ada laksa, rojak uah dan pelbagai.. meria sungguh petang-petang..

Solat Terawih .. satu pandangan...

Bilangan Rakaat Solat Terawih.  Solat terawih boleh dilaksanakan dalam jumlah lapan atau dua puluh rakaat, diiikuti dengan solat sunat witir. Kadangkala timbul persoalan berkenaan jumlah rakaat solat terawih yang sepatutnya dilaksanakan, lapan atau dua puluh rakaat? Persoalan jumlah rakaat bagi solat terawih telah menjadi tumpuan para ilmuan Islam sejak dari dulu. Mereka telah mengkaji dalil-dalil yang ada serta membandingkan antara pelbagai pandangan yang wujud. Hasilnya membuahkan tiga pendapat. Pendapat pertama: Jumlah rakaat solat terawih ialah 8 rakaat diikuti dengan 3 rakaat solat witir. Pendapat kedua: Jumlahnya ialah 20 rakaat diikuti dengan 3 rakaat solat witir. Pendapat ketiga: Jumlahnya tidak ditentukan. Seseorang itu bebas melaksanakan solat terawih dengan jumlah rakaat yang dipilihnya, kemudian ditutupi dengan solat witir. Ketiga-tiga pendapat di atas memiliki dalil dan hujah di sebaliknya dan kita boleh memilih mana-mana pendapat di atas. Y...

Solat Terawih...

1. Sebenarnya, solat tarawih berjemaah yang pertama dilakukan oleh Rasulullah s.a.w sendiri. Sesiapa yang membaca hadis, akan menemui hal ini. Daripada Aishah r.aha: “Sesungguhnya RasululLah s.a.w keluar pada suatu pertengahan malam. Baginda solat di masjid (Masjid Nabi). Beberapa orang mengikut solat baginda. Paginya orang ramai pun bercerita mengenainya. Maka berkumpul lebih ramai lagi (pada malam kedua), baginda pun solat, mereka solat bersama baginda. Paginya orang ramai pun bercerita. Maka bertambah ramai ahli masjid pada malam ketiga. RasululLah s.a.w keluar bersolat, mereka solat bersama baginda. Apabila malam keempat, masjid menjadi tidak muat dengan orang yang hadir. (Baginda tidak keluar) sehinggalah baginda keluar pada solat subuh. Selesai solat subuh, baginda mengadap orang ramai, baginda bersyahadah, dan bersabda amma ba’d, sesungguhnya bukan aku tidak tahu penantian kamu, tetapi aku bimbang difardukan ke atas kamu lalu kamu tidak mampu. Sehinggalah RasululLah s...

Tarikh lihat anak bulan Ramadan Ahad

KUALA LUMPUR: Tarikh melihat anak bulan bagi menentukan permulaan puasa bagi umat Islam di seluruh Malaysia ialah pada petang Ahad ini, 31 Julai bersamaan 29 Syaaban 1432 Hijrah.  Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, tempat melihat anak bulan adalah Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara (Melaka); Teluk Kemang (Negeri Sembilan); Bukit Melawati (Selangor); Pulau Angsa (Selangor); Bukit Jugra (Selangor), Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam (Selangor); Pantai Pasir Panjang (Perak); Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang); Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda (Kedah); Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah); Menara Alor Setar (Kedah). Selain itu, Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu); Bukit Kemuning, Kemaman (Terengganu); Pulau Perhentian (Terengganu); Balai Cerap KUSZA, Setiu (Terengganu), Bukit Peraksi, Pasir Puteh (Kelantan); Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai (Kelantan); Menara Bangunan SEDC, Kota Bh...

Rezeki...

Ais Kacang...? Jom.....

Hari ni katanya depa teringin nak makan ais kacang.. yer lah dah anyak ari cari ais kacang, tak jumpa-jumpa lak, kalau jumpa pon kurang 'kick'... hmm bagi yang tak tau apa nyer ais kacang tuh .. haaaa ... aaa ni lah natenya natang ais kacang tuh, or biasa dikenali sebagai ABC.. he he yer lah kan, lain padang lain lak belalangnya kan..? tengok betapa asyiknya depa makan.... di kala depa sedang sedap makan, sempat juga berjalan-jalan dengan Anieq menikmati panorama petang menjelang senja... tenang nya... nelayang sedang memukat ikan... wah ada masjid aru dalam pembinaan....

Sesekali terlepas...